STEM Carnival@PNS 2020 bantu celik teknologi dan digital

Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Politeknik Nilai (STEM Carnival@PNS) 2020 yang diadakan baru-baru ini memberi gambaran jelas bahawa usaha memperkasa bidang tersebut berada pada landasan betul.

Ini berdasarkan  jumlah kehadiran yang membanjiri lokasi penganjuran program mencecah 2,000 orng terdiri daripada pelajar sekolah dan komuniti di sekitar Nilai, Bandar Enstek dan Labu .

Karnival yang berteraskan kepada pendidikan STEM itu begitu menarik minat pengunjung dan mereka benar-benar mengambil peluang dalam meningkatkan kemahiran dan menimba ilmu pengetahuan.

Karnival tersebut diisi dengan aktiviti  berbentuk pertandingan, bengkel, hands-on activity,  pameran Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara, Robot & Education, STEM Cube Challenge, Nurient Film Technique (NFT) Technology, Mummies LAB dan Online Booth-Quiz Challenge.

AMIN HAMAT

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Amin Hamat, berkata, pihaknya menerus Politeknik Nilai sentiasa komited untuk konsisten dalam mendukung agenda Kementerian Pendidikan memperkasa STEM melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

“Antara objektif karnival menarik minat dan mempromosi STEM dalam kalangan pelajar sekolah, politeknik dan komuniti setempat bagi menyokong pemerkasaan STEM dan Latihan Vokasional dan Pendidikan Teknikal (TVET) ke arah Revolusi Perindustrian (IR4.0)

 “Tanpa STEM dan TVET, inovasi-inovasi terkini yang telah banyak mengubah cara hidup kita seperti automobil, kapal terbang, Internet, telefon pintar dan elektrik tidak mungkin wujud.

“Objektif karnival ini menyokong dasar Kementerian Pendidikan dalam membudayakan pendidikan STEM serta kempen STEM4ALL dalam kalangan rakyat Malaysia” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan penutupan STEM Carnival@PNS  2020 di Bandar Enstek, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Menurut beliau, karnival tersebut juga menggabungkan STEM dan TVET dalam pendekatan pendidikan baharu yang sedang diterokai oleh negara-negara di seluruh dunia.

Ia bagi membangunkan pelajar yang akan dilengkapi dengan kemahiran berkaitan industri yang diperlukan untuk pasaran kerja pada masa hadapan.

Politeknik Nilai  turut menandatangani sijil kolaborasi (CoC) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dalam usaha merealisasikan peluang bagi meningkatkan kemahiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman serta mencipta jaringan yang lebih luas untuk kepentingan bersama.

Kemuncak karnival pada hari tersebut dimeriahkan dengan kehadiran Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dalam slot Bicara Angkasa dan Meet and Greet.

Karnival yang julung kali diadakan pada 13 Februari lalu berlangsung  dengan penuh meriah dan sambutan luar dugaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *