Ahmad Shabery terajui usaha penanaman jagung bijian

Setiap tahun Malaysia mengimport empat  juta tan metrik jagung bijian dengan nilai RM3.1 bilion.

Jika sebahagian jumlah ini dapat ‘didomestikkan’, kita bakal mewujudkan satu ekosistem industri baharu, yang memberi peluang besar kepada pengusaha di sepanjang rantaian nilainya, termasuk benih, penanaman, baja, penuaian, pengeringan, pengumpulan, pemprosesan, logistik, penjualan, pengeksportan dan pembiayaan.

Justeru di bawah menteri baharu, Kementerian Pertanian dan Indusri Asas Tani mengusahakan satu projek perintis melibatkan kerjasama antara Jabatan Pertanian dengan syarikat Green World Genetics Sdn. Bhd. (GWG) melibatkan usaha syarikat tersebut yang akan melatih petani untuk menanam jagung bijian di kawasan sawah milik mereka dan keuntungan bersih akan dibahagi antara petani dan syarikat.

Syarikat juga menawarkan jaminan pembelian semula (buy back guarantee) jagung bijian yang dihasilkan oleh peserta projek tersebut.

GWG adalah sebuah syarikat peneraju sejak 2013 dalam program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian di bawah Projek Permulaan (EPP) #14, iaitu Pembangunan Industri Benih. Salah satu penyelidikan yang sedang dijalankan oleh syarikat adalah pembangunan benih varieti jagung bijiran yang sesuai dengan tanah dan iklim negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Chua Kim Aik berkata, beliau gembira kerana kerajaan akhirnya telah mengambil satu langkah konkrit ke arah mengurangkan kebergantungan bahan ini kepada sumber import.

“Kita telah sekian lama menyarankan agar dasar makanan ternakan diberi perhatian serius. Malaysia hari ini mampu mengeluarkan 100 peratus ayam yang diperlukan oleh rakyat, tetapi ini tidak menjamin bekalan jika kesemua makanan ayam-ayam tersebut terpaksa kita import,” tambah beliau.

Terdahulu , Presiden Persatuan-persatuan Persekutuan Penternak Malaysia (FLFAM) Jeffry Ng Choon Ngee dipetik berkata, harga jagung bijian import telah naik beberapa kali sejak kebelakangan ini akibat bencana serta ketidaktentuan ekonomi  di negara sumber di Amerika Selatan. Berikutan peningkatan ini, penternak-penternak tempatan kini terpaksa menanggung peningkatan harga makanan ternakan yang tinggi.

Pada tahun 2015 defisit imbangan dagangan agromakanan negara adalah sebanyak RM18.1 bilion. Nilai import sebanyak RM45.4 billion sementara nilai eksport pula adalah RM27.3 bilion. Makanan ternakan merupakan salah satu penyumbang kepada nilai defisit tersebut dengan import sebanyak RM5.6 bilion melibatkan jagung bijian sahaja bernilai RM3.1 bilion.

Inisiatif penanaman jagung bijian dicetuskan menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 2013. Ketika itu beliau merupakan ahli Parlimen Kemaman di Terengganu.

Antara kawasan terpilih adalah di Merbok Kedah dan Kampung Dadong Kemaman.

Pada 2017  beliau mengetuai majlis penuaian jagung bijian bersama  penduduk kampung   sempena Seminar Pembangunan Industri Jagung Peringkat Kebangsaan  2017 di Kemaman.

Projek  perintis Penanaman Jagung Bijian  Kampung Dadong  bermula Jun 2016 yang merupakan percubaan pertama  Malaysia untuk menilai  kebolehlaksanaan  penanaman jagung di kawasan tanah sawah.

Projek tersebut merupakan inisiatif  Jabatan Pertanian selaras dengan  hasrat Ahmad Shabery yang juga Anggota Parlimen Kemaman bertujuan mengurangkan  kebergantungan kepada import makanan ternakan.

Beliau berulang kali mengingatkan bahawa kejayaan awal itu adalah permulaan kepada saha berterusan kementeriannya untuk menjana kekayaan baharu terutama dalam kalangan penanam yang terlibat.

Dengan import  makan jagung makanan ternakan empat juta tan setahun bernilai RM3.1 bilion , ia menjadi bebakan bil impot makanan setiap tahun. Penaman jagung pada waktu itu diterajui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kata beliau jagung merupakan  bahan mentah terpenting dalam makanan ternakan termasuk ayam, lembu, kambing dan ikan akuakultur.

“Pada masa ini, kita terpaksa mengimport hampir 100 peratus jagung bijian yang kita gunakan,” tambah beliau yang ditemui ketika menyaksikan penanaman benih jagung oleh para petani di Kampong Dadong.

Tanah sawah seluas 38 hektar di Kampung Dadong akan digunakan untuk penanaman jagung bijian menerusi projek perintis tersebut . Penanaman padi dalam kawasan luar jelapang ini hanya dijalankan sekali setahun, iaitu dari bulan Februari hingga Jun.

Para petani kini boleh menggunakan tanah tersebut untuk bertanam jagung dari Jun hingga Oktober. Ini akan memberikan pendapatan tambahan sekitar RM1,000 sebulan untuk setiap hektar yang mereka usahakan.

“Jika ‘Model Penanaman Jagung Kemaman’ ini terbukti berjaya, kita akan memperluaskannya ke kawasan-kawasan sawah luar jelapang yang lain di Malaysia, yang kini dianggarkan seluas 164,000 hektar.

Selain itu, kementerian juga menyasarkan untuk menggunapakai tanah terbiar, yang dianggarkan seluas120,000 hektar, untuk tujuan yang sama,” kata Ahmad Shabery.

Penduduk di Kampung Dadong Kemaman ,Terengganu sekali lagi mencipta sejarah sebagai model atau contoh inisitaf program pembangunan jagung bijian yang mula menunjukkan benih kejayaan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *