Penggemar makanan laut pastinya tidak akan melepaskan peluang jika diberi peluang melawat Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak.
Menaiki feri pastinya tidak membosankan kerana mengambil masa perjalanan kira kira 20 minit sahaja.
Mereka pasti teruja melihat aktiviti penduduk yang sebahagian besarnya golongan nelayan mengusahakan boy ika bilis dan rumpai laut.
Pelbagai jenis makanan laut hasil golongn tersebut termasuklah antaranya bilis mata biru, kerepek ikan, ikan masin, air gamat memenuhi rak jualan di kedai dan harganya tidak terlalu mahal.
Ikan bilis mata biru pulak dikatakan antara yang terbaik di Sememanung dan diusahakan oleh sebuah keluarga masyarakat Tionghwa sejak turun-temurun.
Seorang pengusaha makanan laut yang terkenal di pulau ini dikenali sebagai Pak Su juga antara yang berjaya mengeluarkan produknya sendiri hasil bimbingan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Jadi berkunjung ke pulau ini tidak akan membosankan kepada golongan tersebut kerana selera mereka terdapat di sini.