Akademik gig dan cabarannya

Gig merupakan satu fenomena atau trend yang biasanya dikaitkan dengan aktiviti di sektor ekonomi.

Contohnya, Grab Car, FoodPanda, LalaMove dan seumpamanya.

Gig ini dalam erti kata mudah nya adalah pekerja tanpa komitmen kepada majikan dan majikan tiada kuasa atau autoriti kepada pekerjanya.

Dalam satu artikel bertajuk “Academia and the gig economy: how to survive in the post-golden age” yang ditulis oleh Inger Mewburn terbitan Times Higher Education pada tahun 2017 menyifatkan fenomena gig ini sudah mula bertapak di dalam rencah akademia.

Ekonomik gig kini berkembang pesat melibatkan penyertaan golongan muda -GAMBAR HIASAN

Menurut beliau juga, perkara ini berlaku terdorong atas dua faktor: 1) Budaya dunia akademik yang pesat berubah dan 2) Lambakan graduan doktor falsafah.

Faktor pertama ini dikatakan merubah lanskap akademik yang mana dahulunya ahli akademik Hanya perlu fokus kepada hal-hal akademik seperti pengajaran dan penyelidikan.

Namun, kini ahli akademik juga mula terlibat dalam pelbagai perkara seperti pentadbiran, pengurusan organisasi, penjanaan pendapatan dan sebagainya. Ini mengakibatkan perkara-perkara asas seperti pengajaran dan penyelidikan mula terabai. Di sinilah wujudnya salah satu jenis gig iaitu akademik gig tidak bersandar.

Ketika ini, kita boleh melihat ramai ahli akademik yang berpegang kepada konsep “Freelance” atau “Homeless” yang mana mereka ini bebas untuk berpindah dari satu institusi ke institusi yang lainnya dan dilantik sebagai professor adjung. Mereka ini hanya dibayar upah atau gaji sekiranya mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Sekiranya mereka mendapat upah atau tawaran yang lebih lumayan, mereka akan berpindah ke institusi tersebut.

Faktor yang kedua pula membawa kepada satu lagi jenis gig iaitu akademik gig bersandar/bergantung.

Gig jenis ini merupakan mereka yang terdesak untuk mencari kerja dan sanggup melakukan apa saja untuk mendapat kerja sebagai ahli akademik secara tetap kepada mana-mana institusi.

Oleh itu, muncullah posisi-posisi yang baru untuk menampung lambakan graduan ini seperti penyelidik pasca doktoral, pensyarah kontrak, pensyarah separuh masa dan sebagainya. Mereka ini tidak mempunyai komitmen jangka masa panjang bersama institusi tersebut namun disebabkan oleh tahap kualiti akademik yang rendah mereka akur dan bergantung harap kepada apa saja jenis posisi yang wujud bagi enampung kos hidup seharian mereka.

Ada yang sampai 3 kali sambung kontrak, tapi masih tidak berjaya mendapat jawatan yang tetap. Namun, mereka inilah yang dikerah untuk mengajar dan melakukan penyelidikan bagi menampung KPI institusi tersebut.

Jika dilihat dari perspektif institusi pengajian tinggi di Malaysia, budaya akademik gig ini sudah mula bertapak lebih-lebih lagi dalam kalangan universiti penyelidikan. Persoalannya, adakah ia sesuatu yang bagus dan baik untuk pembangunan institusi pengajian tinggi kita? Atau ianya bakal mengakibatkan keruntuhan moral dan etika insitusi pengajian tinggi di Malaysia ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *