Jabatan Pertanian perkasa industri durian

Sektor  pertanian  kita semakin  berkembang dengan wujudnya peluang baharu dalam pasaran eksport yang semakin mendapat perhatian.

Antara tanaman yang kini mula mendapat perhatikan dalam pasaran eksport adalah  raja  buah kita, durian terutamanya Musang King.

Durian yang digelar Raja Buah , boleh dianggap gah dalam  kalangan peminatnya durian dan kini mendapat perhatian sebagai sumber kekayaan baharu.

Berdasarkan statistik Jabatan Pertanian jumlah pengeluaran durian kita dianggarkan sekitar 300,000 tan pada 2020.

Berdasarkan statistik yang terkandung  dalam dokumen Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2019-2020, keluasan tanaman durian yang direkodkan di negara ini pada tahun 2017 adalah 72,000 hektar (ha) dengan pengeluaran sebanyak 210,000 tan metrik.

Jumlah eksport durian pada tahun 2015 adalah sebanyak 19,892 tan metrik bernilai RM65 juta dan jumlah nilai eksport pada tahun 2016 meningkat sebanyak enam peratus kepada RM68 juta.

Negara-negara pengimport utama untuk komoditi durian adalah Singapura, China, Hong Kong, Indonesia, Amerika dan Australia.

Dalam itu, perladangan durian premium iaitu D197 dan D24 akan diperluaskan.

Dalam masa yang sama, eksport pulpa durian, pes durian dan produk berasaskan durian ke China akan dipergiatkan termasuk memperkenalkan durian kampung yang berkualiti.

Bagi tujuan pengeksportan sejuk beku, garis panduan pengendalian lepas tuai (post harvest handling) yang wajib dijalankan oleh semua ladang yang terlibat selain mewajibkan Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practice) untuk

produk eksport telah dibangunkan.

Jabatan Pertanian antara agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berperanan membangunkan industri  tanaman bagi membantu merancakkan lagi subsektor tanaman di negara ini.

Menurut Ketua Pengarahnya, Mohd Nasir Warris, ketika  ini terdapat  kira kira 617,000 pokok durian kampung  di negara ini  dan terbahagi kepada dua iaitu yang berkualiti dan tidak berkualiti.

Mohd. Nasir Warris

Varieti berkualiti diperoleh hasil daripada kerja-kerja cantuman mata tunas yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian selepas mengenal pasti ia merupakan pokok berkualiti yang diambil daripada pokok durian kampung.

“Kita ambil mata tunas dan dicantumkan pokok penanti untuk menghasilkan anak benih berkualiti,’’ ujarnya.

Malah katanya, pokok durian premium seperti Musang King adalah durian kampung yang dihasilkan daripada teknologi pembaikbakaan seperti mata tunas.

Namun, varieti durian kampung yang dibiakkan menggunakan biji benih oleh petani dan tumbuh menghasilkan buah berkualti tetapi jumlahnya hanya sepokok sahaja sehingga ia matang dan berbuah.

Beliau  berkata, setakat ini pihaknya mendaftarkan sebanyak 205 varieti durian.  

Kejayaan teknologi penamanamn durian di negara ini oleh Jabatan Pertanian membolehkan buah tersebut boleh dinikmati dua hingga tiga kali sertahun.

“Jika dahulu kita boleh menikmati setahun sekali sahaja, kini boleh dua hingga tiga kali setahun.

“Malah boleh dirancang musim berbuah bergantung (teknologi) pembajaan dan pengairan untuk berbuah lebih kerap tanpa mengikut musim,’’ ujarnya.

Usaha Jabatan Pertanian memperkasa indusri tanaman durian dibuktikan dengan pewujudan lading buah buahan mililknya.

Ladang buah-buahan berkeluasan lebih 20 hektar (ha) yang terdiri daripada  tanaman Durian (15 ha), mangga (3 ha), dokong (1 ha), pulasan (1 ha), rambutan (1ha) dan selebihnya merupakan tanaman repositori buah-buahan (rambutan dan durian) janaplasmapokok nadir dan herba

Ladang tersebut juga menempatkan Model Farm tanaman yang menjadi lokasi tumpuan bagi pengajaran dan pendidikan yang dilengkapi dengan kemudahan pemerhatian dan penyesuaian teknologi dengan menggunakan sumber-sumber sedia ada.

Sejak 1934, Jabatan Pertanian telah mendaftarkan sebanyak 205 varieti (klon) durian untuk dijadikan piawaian bagi tanaman durian.

Sebahagian varieti-varieti yang didaftarkan ini merupakan pokok induk bagi varieti yang telah didaftarkan dan berasal daripada pelbagai lokasi di seluruh negara  dan ada antaranya berasal dari Thailand dan Indonesia.

Sehingga kini, terdapat lebih 1,000 pokok durian yang terdiri dari 30 varieti durian telah ditanam di Ladang Buah-buahan, Kompleks Pertanian Serdang. Antaranya ialah varieti Dato Nina (D2), Bukit Merah (D24), Kop Kecil (D99), Chanee(D123), Beserah (D145), Tangkai Panjang (D158) dan Raja Kunyit (D197). Terdapat juga varieti-varieti durian hibrid seperti D142, D143, D144 dan durian MDUR (D190). Selain itu, terdapat varieti durian unik dikenali sebagai durian botak (D172) yang ditanam di plot repositori tanaman durian.

Bahagian BPIT Selangor, Jabatan Pertanian bertanggungjawab bagi mengumpulkan dan memelihara sebanyak mungkin varieti (klon) yang telah didaftarkan dan dikumpulkan secara berpusat.

Ladang buah-buahan BPIT Selangor, Kompleks Pertanian, Jabatan Pertanian

  1. LATAR BELAKANG

Kompleks Pertanian Serdang (KPS) yang terletak di Lot 5377, Mukim Petaling, Daerah Petaling, Selangor merupakan sebuah kompleks yang menghimpunkan beberapa bahagian di dalamnya iaitu Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT), Institut Latihan Pengembangan Pertanian (ILPP), Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian (PLKP), Institut Pertanian Serdang (IPS), Bahagian Kejuruteraan Pertanian (BKP), serta Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman (BKKT).

Bahagian-bahagian ini mempunyai peranan dan menjalankan fungsi masing-masing dalam membantu Jabatan mencapai objektif dan matlamatnya.

BPIT bertanggungjawab bagi membangunkan kepakaran dan teknologi pertanian melalui kajian dan pemerhatian mengikut bidang pengkhususan iaitu bidang buah-buahan,sayur-sayuran, florikultur dan tanaman industri.

Antara fungsi dan tugas BPIT adalah:

  1. Menyesuai, mengesyor dan mempromosi teknologi tanaman buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman industri, florikultur, dan pengembangan pertanian mengikut keadaan setempat;
  • Merancang dan menyelaras pengeluaran benih/bahan tanaman bagi buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman industri dan florikultur bagi menyokong pembangunan industri berkenaan;
  • Membuat penilaian terhadap varieti tanaman yang berpotensi tinggi dan membuat pengesyoran untuk penanaman secara komersial;
  • Memulihara sumber genetik tanaman buah-buahan dan herba;
Tahun Luas bertanam (hektar) Luas berhasil (hektar) Pengeluaran (tan)
2016 66,037 43,532 302,646
2017 72,391 35,179 210,874  
2018 73,740 47,347.00 341,332
2019 72,536 35,32 348,170
2020 (anggaran) 72,609 35,390 405,536  

Standard Kualiti Durian Kampung Premium (DKP):

Isi

  • Isi  Warna krim (light yellow brown) – kuning – oren
  • Ketebalan melebihi  10mm

Rasa

  • Kemanisan isi tidak kurang brix ≥30
  • Isi rasa berlemak
  • Sedikit pahit 

Berat buah  

  • Lebih kurang sekilogram

One thought on “Jabatan Pertanian perkasa industri durian”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *