Hasil kajian penyelidik tempatan, terus mendapat perhatian dan terbaharu, Dr. Noormazlinah Ahmad dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menarik perhatian sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Qatar, Agrico untuk menggunakan teknologi nutrisi tumbuhan berprebiotik yang dinamakan Pre-pecto.

Menurut Dr Noormazlinah, kajian Nutrisi tumbuhan berprebiotik tersebut merupakan nutrisi tumbuhan organik yang kaya dengan makronutrient seperti Nitrogen, Fosforus dan Kalium (NPK) serta diformulasikan bersama prebiotik untuk memberikan manfaat sepenuhnya kepada tumbuh tumbuhan secara menyeluruh.
Penyelidikan tersebut kata beliau bermula 2014 dan mula dipasarkan pada 2017, manakala nutrisi tumbuhan adalah lanjutan daripada kajian prebiotik yang turut memberikan manfaat bukan sekadar kepada manusia malah kepada tumbuh tumbuhan.
Penyelidikan lanjutan tersebut kata beliau bermula pada 2017 dan mula divalidasi oleh pelbagai sektor pertanian termasuk Agrico, Qatar pada April, 2019.
Berkongsi lebih lanjut beliau berkata, idea kajian bermula apabila prebiotik tersebut memberi manfaat yang sangat baik kepada manusia dan haiwan.
“Rentetan daripada itu, saya bersama seorang pensyarah berkelulusan Jepun iaitu Dr Siti Hajar Noor Shaarani yang pakar tentang genetik tumbuhan bekerjasama untuk melihat kebaikan prebiotik ini kepada penanaman keseluruhannya.

“Alhamdulillah ia berjaya diformulasikan secara optimum dan memberikan kesan yang sangat baik kepada pelbagai jenis tanaman terutamanya tanaman komoditi seperti padi’’ ujarnya yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan enzim dan teknologi bioproses serta teknologi pemisahan.
Menjelaskan lebih lanjut beliau memberitahu, kandungan prebiotik dalam penanaman adalah sangat signifikan iaitu sebagai makanan kepada bakteria dan fungi baik yang diperlukan oleh tanaman atau turut dikenali sebagai endofit.


Lazimnya ramuan yang digunapakai oleh seluruh dunia adalah dengan membekalkn secara terus endofit dari pelbagai spesies untuk membantu pertumbuhan tanaman, namun dengan menggunakan penambahbaikkan prebiotik di dalam nutrisi tumbuhan maka tumbuhan itu sendiri yang akan menjemput pelbagai jenis endofit yang sesuai untuk dirinya di samping pada kadar yang paling bersesuaian.
Dengan itu, ia dapat merangsang pertumbuhan tanaman secara optimum, lebih cepat dan pengeluaran lebih tinggi.
Beliau berkata, matlamat pembangunan hasil penyelidikan tersebut adalah untuk berkongsi kebaikan kepada masyarakat secara amnya.
“Seperti yang kita tahu baja organik memberikan manfaat yang sangat signifikan kepada manusia.,” ujar beliau.
Dengan kebaikan baja organik berprebiotik ini maka seluruh dunia dapat beralih kepada penanaman yang bersifat lebih selamat, sihat dan dihindari daripada penyakit yang berbahaya yang berpunca daripada makanan.
Dalam pada itu beliau merancang untuk menambahbaik produk tersebut terutamaya dari segi pembangunan tata cara mengikut kesesuaian tanaman.

Justeru, pihaknya sangat mengalu-alukan kedatangan pengusaha tanaman untuk sama-sama bekerjasama bagi membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) tersebut
Projek tersebut mendapat geran daripada kerajaan dan turut mendapat pembiayaan daripada syarikat penanaman, Agrico Plantation, Qatar.
Mereka yang berminat boleh mendapatkannya pada harga RM30 sebotol berkapasiti 1 liter (L).
“Saya berharap dengan kejayaan penghasilan baja berprebiotik dan berada dalam pasaran tempatan mahupun dunia, semoga taraf kesihatan pengguna sejagat semakin baik dan masalah kriris kekurangan makanan dapat diatasi.
“Prebiotik yang dihasilkan telah memasuki pasaran untuk gred makanan dan farmaseutikal, ‘ ujarnya.

Pengiktirafan
*Pingat emas pada Persidangan dan Ekspo Antarabangsa Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi (PECIPTA) 2017.
*Pingat perak pada Pameran Reka cipta Antarabangsa Seoul (SIIF) Korea 2017.
*Pingat emas pada Pameran Kreativiti , Inovasi, Teknologi (CITREX) 2017.
Beri seranai barangan baja , termasuk harga, cara hubung.
Mcm mana nk beli baja ni,m