Signifikan sambutan Hari Bumi dan kepentingan ekosistem paya bakau

Sempena Sambutan Hari Bumi Antarabangsa 22 April 2020

Tarikh 22 April setiap tahun amat signifikan kerana ia merupakan sambutan Hari Bumi yang sewajarnya diraikan bagi membuktikan kita penduduk dunia ini menghargai dan menyanyi tempat tinggal ini

Lebih signifikan, pada 2020 ini, merupakan  ulang tahun ke-50 sambutan Hari Bumi Antarabangsa.

Apakah tujuan ia disambut?

Mengulas panjang mengenai sambutan tersebut, Pensyarah Kanan Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Dr. Sarah Abdul Razak berkata, tujuan kita meraikan Hari Bumi Sedunia ialah sebagai peringatan betapa terancamnya Bumi kita sekarang dan betapa pentingnya kita untuk melindunginya.

Kataya, seluruh dunia meraikan Hari Bumi untuk terus mempromosi dan meningkatkan kesedaran alam sekitar dan kepentingan melindungi Bumi serta untuk mengingatkan penduduknya bahawa setiap individu juga dapat melindungi Bumi dalam kehidupan seharian.

 

Tahun ini, katanya, tema yang dipilih untuk Hari Bumi Antarabangsa adalah Tindakan Iklim (Climate Action)

Tindakan Iklim adalah selaras dengan Perubahan Iklim.

Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan iklim? Perubahan iklim ialah perubahan-perubahan yang dialami oleh Bumi akibat daripada tindakan-tindakan yang kebiasaannya negatif akibat daripada kerakusan manusia.

“Contoh-contoh kesan perubahan iklim kepada bumi ialah seperti  pemanasan global (global warming) yang bepunca daripada akibat daripada kenaikan suhu dunia.

“Pemanasan global ini menyebabkan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair dan menyebabkan isipadu air laut meningkat, seterusnya meningkatkan paras air laut dan menyebabkan hakisan persisiran pantai.

“.Selain itu , kesan perubahan iklim ialah akibat dari pencemaran udara, pencemaran air dan deforestasi (penebangan hutan), ‘’ ujarnya.

Oleh itu, apakah yang perlu dilakukan bagi menangani perubahan iklim ni? Antara cara yang boleh digunakan ialah dengan melakukan tindakan iklim.

Contoh-contoh tindakan iklim yang boleh dilakukan sebelum ini ialah kebanyakannya daripada aktiviti luar seperti membersihkan kawasan persisiran pantai, membersihkan sungai, membersihkan hutan dan aktiviti menanam pokok secara besar-besaran.

Walau bagaimanapun, menyedari tentang hakikat kini d iancam wabak COVID-19 dan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pastinya pergerakan kita terbatas dan tidak boleh melakukan aktiviti di luar rumah.

Maka, manusia masih boleh menyumbang kepada bumi dengan Tndakan Iklim yang dilakukan di rumah. Salah satunya ialah mengelakkan penggunaan plastik.

“Saya ambil satu contoh yang mudah iaitu apabila kita pergi membeli-belah di pasar raya, kita elakkan penggunaan beg plastik.

 “Malah, kita cuba untuk menggunakan beg yang dibawa dari rumah.

“Beg ini haruslah boleh diguna pakai berulang kali dan boleh dicuci selepas digunakan. Gunakannya secara konsisten untuk mengelakkan penggunaan beg plastik yg boleh mencemarkan alam sekitar, seperti disarankan oleh kerajaan dan mula diamalkan oleh sesetengah restoran.

“Saya percaya telah ramai mula mempraktikkan di kehidupan harian. Teruskan usaha murni anda, bagi yang belum, boleh bermula sekarang, ’’ ujar Dr Sarah lagi.

Tindakan iklim seterusnya yang boleh dipraktikkan di rumah ialah mengelakkan pembaziran sisa makanan yang berlebihan.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa pembaziran sisa buang makanan yang berlebihan ialah salah satu masalah besar bagi sesetengah negara, termasuk negara Malaysia. Jadi suka sekiranya saya mengenengahkan slogan 3R, iaitu Reduce, Reuse dan Recycle.

Reduce ialah dengan cara mengurangkan pembaziran sisa buangan makanan, Reuse ialah melalui penggunaan bekas-bekas plastik yang boleh kita gunakan berulang-kali, serta yang paling menarik sekali ialah Recycle.

“Salah satu contoh adalah Korea Selatan. Semasa pengalaman manis saya melanjutkan pelajaran di negara berkenaan selama dua tahun, saya dapati masyarakat Korea Selatan mempunyai sistem pengurusan bahan buangan yang sangat teratur di mana setiap masyarakat telah membuang sisa baki makanan mengikut kategori masing-masing.

“Misalnya, sisa buangan baki makanan basah telah dibuang dan diasingkan di dalam satu bekas, sisa makanan kering atau plastik di dalam satu bekas dan sisa buangan seperti kaca dan tin di bekas berasingan yang lain, ” katanya.

Menurutnya lagi, sistem buangan sisa makanan yang teratur ini sebenarnya memudahkan proses Recycle (kitar semula) dan secara tidak langsung mengelakkan penghasilan sampah sarap yang berlebihan dan pencemaran kepada bumi. Slogan 3R ini telahpun mula dipraktikkan di Malaysia terutamanya di kompleks beli belah dan juga di tempat kerja beliau sendiri iaitu di Fakulti Sains, Universiti Malaya.

Langkah Tindakan iklim yang seterusnya ialah penjimatan air. Elakkan membazir air terutamanya ketika mandi, mencuci pinggan ataupun ketika mencuci baju. Penjimatan air tidak hanya membantu kota menjadi lebih kuat dalam menghadapi ribut, kekeringan, dan bencana alam, tetapi juga menjimatkan tenaga air dari sumber bumi, sekaligus dapat memulihara sumber air dari kepupusan di masa akan datang.

Seterusnya ialah menjimatkan sumber tenaga eletrik. Matikan dan cabut palam peranti elektronik apabila tidak digunakan. Elakkan memasang lampu ketika siang hari dan tutup suis yang tidak digunakan. Jimat tenaga, jimatkan bil utiliti anda dan kurangkan jejak karbon anda sekaligus.

Langkah seterusnya ialah sangat bermakna dan dekat di hati saya iaitu menanam pokok iaitu Sepohon pokok, sejuta harapan. Beliau menyeru supaya menanam sebanyak pokok yang boleh Ia boleh mula dengan menanam pokok teduh di sekitar rumah, pokok-pokok herba ataupun pokok-pokok ornamental seperti pokok bunga. Pokok-pokok ini bukan sahaja memberikan keteduhan, ketenangan, kelestarian, kecantikan dan menyejukkan kawasan rumah, tetapi pokok-pokok ini membantu mengekalkan sumber penghasilan oksigen dan penyerapan atau penyimpanan karbon dalam perjuangan kita untuk memerangi perubahan iklim.

Langkah Tindakan Iklim yang terakhir yang ingin kongsikan pada hari ini ialah, Tak Kenal Maka Tak Cinta. Semasa tempoh PKP, ini rakyat Malaysia boleh mengisi masa terluang di rumah dengan mengajar anak-anak tentang kepentingan alam sekitar dan cintakan bumi. Didik diri anda dengan membaca buku dan menyokong program tindakan iklim. Pembelajaran sepanjang hayat mengenai tindakan iklim akan menjadikan kita semua warga negara yang lebih baik dan membantu kita belajar lebih mendalam mengenai isu-isu tersebut. Pendidikan adalah kunci untuk semua yang anda lakukan untuk persekitaran. Sekiranya anda tahu lebih banyak mengenai apa yang boleh anda lakukan untuk melindungi alam sekitar, anda akan dapat menggunakan pengetahuan itu dan berkongsi dengan anak-anak atau orang lain yang mungkin berminat dengannya juga. Walaupun semua usaha tindakan iklim yang saya sebutkan di atas tampak kecil pada masa sekarang, tetapi percayalah dalam jangka masa panjang, mampu memberi impak yang besar kepada alam sekitar dan bumi kita.

Mungkin cara terbaik untuk meraikan Hari Bumi adalah dengan cara menghargai planet kita setiap hari sepanjang tahun. Kesedaran tentang betapa istimewa persekitaran kita akan memotivasi kita untuk melindungi dan memeliharanya selalu.

Bumi ini bukan sahaja terdiri daripada manusia, tetapi juga flora dan fauna. Flora dan fauna ialah tumbuhan dan haiwan.

Contoh tumbuhan ialah pokok. Pokok sebenarnya  bukan sahaja memberi bekalan oksigen kepada kita tetapi juga terdapat pelbagai fungsi dan kepentingan pokok.

Suka sekiranya saya memberi fokus kepada sejenis pokok iaitu pokok paya bakau (mangrove trees).

Istimewanya hutan paya bakau ini ialah ia hanya terdapat di Malaysia dan negara-negara yang beriklim tropika. Hutan paya bakau ini kebiasaannya boleh dijumpai di persisiran pantai. Hutan paya bakau memberikan banyak kepentingan yang dalam bahasa saintifiknya digelar perkhidmatan ekosistem (ecosystem service).

Perkhidmatan ekosistem bermaksud sumbangan yang telah diberikan oleh ekosistem paya bakau kepada manusia.

Di antara perkhidmatan ekosistem paya bakau ialah sebagai penghadang bagi melindungi persisiran pantai. dan menjadi penghalang semula jadi yang melindungi masyarakat pesisiran pantai dari ribut, banjir, dan taufan. Sebagai contoh, ancaman ribut tsunami yg berlaku pada tahun 2004.

Ketika itu didapati kawasan persisiran pantai yang mempunyai kepadatan hutan paya bakau yang tinggi telah mengalami kurang kerosakan jika dibandingkan dengan kawasan yang tidak mempunyai hutan paya bakau.

Di kawasan hutan bakau dibersihkan, kerosakan pantai akibat tsunami jauh lebih parah.Ini adalah kerana, hutan paya bakau bertindak sebagai barrier yang menyerap tenaga daripada ombak tsunami tersebut dan menyebabkan kurang impak yang terjadi di kawasan persisiran pantai yang berkaitan.

Selain itu, hutan paya bakau membantu dalam memperlahankan hakisan di tepi pantai kerana sistem akar hutan bakau yang padat berjaya memerangkap sedimen yang mengalir di sungai dan di darat.

Ini membantu menstabilkan garis pantai dan mencegah hakisan dari gelombang dan ribut.

Dengan jaringan akar dan tumbuh-tumbuhan di sekitarnya yang padat, mereka menyaring dan memerangkap sedimen, logam berat, dan bahan pencemar lain.

Keupayaan untuk menahan sedimen yang mengalir dari hulu mencegah pencemaran saluran air hilir dan melindungi habitat sensitif seperti terumbu karang dan dasar laut.

Hutan paya bakau juga bertindak sebagai penyimpanan karbon (carbon storage).

Paya bakau “mengasingkan karbon pada kadar dua hingga empat kali lebih besar daripada hutan tropika yang matang dan menyimpan tiga hingga lima kali lebih banyak karbon bagi setiap kawasan yang setara daripada hutan tropika” seperti hutan hujan Amazon.

Ini bererti bahawa memulihara dan memulihkan hutan bakau sangat penting untuk memerangi perubahan iklim, pemanasan iklim global yang didorong oleh peningkatan pelepasan karbon, yang sudah pastinya memberikan kesan buruk kepada masyarakat di seluruh dunia.

Selain itu, hutan paya bakau menyumbang kepada kepelbagaian biologi/biodiversiti. Ia bertindak sebagai habitat bagi pelbagai spesies fauna seperti ketam, udang, dan spesies moluska, serta tempat pembiakan ikan dan kerang, burung yang bermigrasi, dan penyu laut.

Dianggarkan 80 peratus tangkapan ikan global bergantung pada hutan paya bakau sama ada secara langsung atau tidak langsung. Perikanan ini membentuk sumber makanan penting bagi ribuan komuniti pesisir di seluruh dunia. Hutan juga berfungsi sebagai taman asuhan bagi banyak spesies ikan, termasuk ikan terumbu karang. Ini menjadikan hutan bakau sangat penting bagi terumbu karang dan perikanan komersial.

Hutan paya bakau juga digelar the kidney of the earth kerana ia menapis pelbagai pencemaran toksik daripada air dan juga tanah.

Seperti buah pinggang, yang menyaring darah kita untuk menghilangkan toksin dalam badan, hutan paya bakau mengasimilasi dan mengubah bahan pencemar sebelum sampai ke permukaan air dan saluran air.

“Menyedari tentang hakikat ini, saya bersama-sama dengan rakan penyelidik saya telah menjalankan satu projek penyelidikan mengenai sifat hutan paya bakau ini sebagai ‘buah pinggang bagi bumi’.

“Projek penyelidikan ini diketuai oleh Dr. Khairunnisa Hasikin daripada Fakulti Kejuruteraan, UM serta dianggotai oleh rakan penyelidik lain dari Fakulti Sains, UM termasuklah saya dari Institut Sains Biologi, UM.

“Projek tersebut Climate Change Mitigation: Artifical Intelligence-Based Integrated Environmental System For Mangrove Forest Conservation ini adalah kerjasama dengan Sime Darby Research Sdn. Bhd dan lokasi penyelidikan ialah di kawasan hutan paya bakau di Pulau Carey, ” ujarnya.

Menyedari tentang kepentingan hutan paya bakau ini, beberapa langkah hendaklah dilakukan bagi memulihara hutan paya bakau dari kepupusan. Antara langkah tersebut ialah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hutan paya bakau.

Seperti yang telah dijalankan oleh Dr. Sarah dan rakan-rakan akademik serta bukan akademiknya di Institut Sains Biologi, Universiti Malaya yang membawa pelajar-pelajar melakukan aktiviti kerja lapangan di luar.

Sebagai contoh, kumpulannya telah membawa pelajar-pelajar dari Program Ekologi Biodiversiti untuk menanam pokok paya bakau di Kuala Selangor.

Selain itu mereka juga telah mempelajari cara-cara untuk mengenal pasti spesies-spesies hutan paya bakau dan juga spesies-spesies makrofauna yang hidup di hutan paya bakau.

Langkah-langkah ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan hutan paya bakau, malah boleh menerbitkan rasa cinta kepada hutan paya bakau dan memotivasikan diri pelajar-pelajar untuk memulihara hutan paya bakau dari kepupusan.

Bumi memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada kita semua. Bagaimana kita ingin tunjukkan kasih syg kpd bumi kita?

Semasa tempoh PKP ini, cara paling mudah untuk menyumbang kepada Bumi kita yang tercinta ialah dengan mempraktikkan enam tindakan iklim yang telah disebutkan.

Sebagai warga bumi, perubahan ini perlu bermula dengan kita, di peringkat individu, demi kesenangan generasi akan datang.

Dalam pada itu pensyarah Universiti Putra Malaysia UPM) , Prof. Dr. Japar Sidek Bujang berkata tarikh 22 April 2020, menandakan ulang tahun ke-50 Hari Bumi, perayaan tahunan pergerakan alam sekitar.

“Hari Bumi tahun ini berlaku semasa wabak paling meluas. Akibatnya, aktiviti kami dalam Penyelidikan Rumput Laut terutamanya di Sungai Pulai, Johor yang dijadual pada 22 April hari ini hingga 25 April ditangguh kerana PKP.

“Kali terakhir ke kawasan rumput laut adalah pada 13 hingga 15 Mac. Kumpulan kami merasakan sambil melaksanakan penyelidikan pada hari ini, kumpulan kami dapat merayakan Hari Bumi pada masa yang sama di Kawasan Rumput Laut Tanjung Adang Laut, Johor,’’ ujar beliau.

Kata beliau, kumpulannya beranggapan ada baik juga masa PKP ini bercadang untuk melihat apa kesannya pada kawasan rumput laut ini, apabila tiada gangguan daripada aktiviti manusia.

Ini bertujuan meninjau kesan alamiah tanpa gangguan manusia sepanjang COVID-19 ke atas kawasan rumput laut seperti Rumput Laut Tanjung Adang Laut.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod  berkata, Hari Bumi dimulakan di Amerika Syarikat bermula  22 April 1970.

Tema sambutan tahun ini iaitu Menangani Perubahan Iklim penting kerana isu perubahan iklim merupakan perkara yang penting.

“Malah kawasan hutan memainkan peranan yang signifikan secara murah dan efisien.

“Umumnya kawasan berhutan mampu menyerap dan menyimpan kira-kira 20 peratus karbon dari atmosfera.

“Kajian perubahan iklim dan perhutanan antara skop kajian yang sedang dijalankan oleh pihak FRIM. 

“Negara kita bertuah kerana telah memberi komitmen bagi pengekalan sekurang-kurangnya 50 peratus adalah kawasan berhutan.

“Ini secara langsung menyumbang kepada kesejahteraan hidup dan merupakan antara komitmen penting Malaysia kepada dunia., ‘’ ujarnya.

Bagi Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof Dr. Ahmad Ismail, pada tahun ini sambutan 50 tahun Hari  Bumi. Sepatutnya pada umur 50 tahun manusia sudah matang dalam membuat keputusan berkaitan isu alam sekitar yang memjamin kesejahteraan planet Bumi yang  sedang berada meneruskan kehidupan.

Sambutan Hari Bumi ini untuk menggerakkan seluruh masyarakat dunia bersama melakukan sesuatu setakat yang mampu berkaitan kempen Hari Bumi bergantung kepada kekuatan dan kedudukan masing-masing.

Paling kurang kata beliau yang juga pensyarah Jabatan Biologi Fakulti Sains, UPM katakan sesuatu berkaitan alam sekitar.

“Kalau boleh lakukan sesuatu seperti menanam pokok, menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, mengamalkan kitar semula dan macam macam lagi.

Kalau pihak berkuasa sediakan kemudahan untuk masyarakat mengamalkan Aktiviti seperti kitar semula, pembersihan pantai, sungai dan kawasan perumahan,’’ ujarnya.

Kebetulan tahun ini sambutan hari bumi sedunia dalam musim PKP, kita lihat kualiti udara bersih dan kualiti air sungai juga lebih baik.

Fenomena ini mengajar manusia secara langsung apabila kurangnya aktiviti manusia maka pencemaran juga berkurangan

Bagi Pembantu Penyelidikan FRIM Edi Hermi Mahamad Ramli, sempena Hari Bumi beliau mengajak rakyat Malaysia supaya sama-sama memikul tanggungjawab menjaga alam sekitar di mana sahaja berada, sayangi juga hutan dan hutan bakau kita kerana hidupan dua alam ini dapat “mengekalkan keseimbangan oksigen dengan karbon dioksida

“Manfaatkan sambutan Hari Bumi tahun ini ketika musim pandemik ini dengan melakukan aktiviti menanam pokok di halaman rumah (sayuran dan buah buahan),olah sisa sampah sayur dan buah untuk di jadikan baja

“Kurangkan pengunaan plastik, cermat mengunakan air (tidak membazir), dan akhir sekali jangan membuat pembakaran terbuka yang akan menyebabkan pencemaran alam sekiar, ‘’ ujarnya.

Info

*Hari Bumi diadakan pada 22 April setiap tahun. April 22, 2020 merupakan sambutan 50 tahun Hari Bumi

*Hari Bumi merupakan sambutan yang diadakan setiap tahun ketika musim bunga di Hemisfera utara, dan musim luruh di Hemisfera selatan bertujuan meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. 

*Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

Sejarah Hari Bumi 22 April

*Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di SeattleWashington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar.

*Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara.

Katanya, “Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya.

*Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency(US EPA).

Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970.

Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.

Tema Hari Bumi 2020

Tema Hari Bui 2020 ialah Tindakan Prubahan Iklim. Perubahan iklim adalah cabaran global terbesar.

*Pada masa yang sama ia juga membuka peluang yang luas untuk tindakan diambil diperingkat global.

*Perubahan iklim akan mendatang kesan yang signifikan kepada sistem-sistem sokongan kehidupan manusia dan habitat dunia.

Signifikan Hari Bumi

*Sambutan Hari bumi adalah respon bersama kepada krisis alam sekitar global – tumpahan minyak, pencemaran udara dan air, kebakaran hutan dan hal-hal lain .

*Hari Bumi adalah acara global yang sangat penting. Pada 2016, upacara bersejarah Perjanjian Paris bagi manangani perubahan iklim ditandatangan pada Hari Bumi

*Pada Hari Bumi 2020, kita menggunakan berbagai cara dan bertindak untuk melakukan sesuatu samada besar atau kecil untuk mengubah hidup kita dan dunia untuk selamanya.

One thought on “Signifikan sambutan Hari Bumi dan kepentingan ekosistem paya bakau”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *