Jeruk madu Pak Ali terkenal seantero dunia

Membangunkan produk industri kecil dan sederhana (IKS) berasaskan makanan Biasanya tidak memerlukan modal yang besar , apatah lagi jika bermula secarea kecil-kecilan   Demikian juga bagi perniagaan Jeruk Pak Ali yang hanya bermodalkan RM15 sahaja dan hanya dihasilkan di rumah.     Namun Jeruk Pak Ali kini menjadi  gergasi  dalam industri jeruk di negara ini apabila mampu meraih jualan mencecah RM10 juta setahun.  

  Lebih membanggakan, populariti jeruk di bawah label Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. kini mula menembusi pasaran antarabangsa apabila turut dijual di Ireland  dan Brunei selain mula mendapat tempahan dari negara Asia Barat.

 

  Menurut pengarah urusannya, Alias Ali ayahnya mahu penduduk yang tinggal berhampiran dengan kilang di Simpang Ampat mendapat peluang pekerjaan dan seterusnya meningkatkan ekonomi masing-masing dan ketika ini.    

Syarikat berkenaan kini terus mengorak langkah apabila berjaya mengeluarkan sebanyak 1,247 tan jeruk dengan jualan sebanyak RM10 juta dua tahun lepas dan pada tahun lepas sasaran pengeluaran adalah sebanyak 1,600 tan atau peningkatan sebanyak 28 peratus dengan jangkaan pendapatan sebanyak RM15 juta.

  “Permintaan adalah melebihi pengeluaran dan bagi tujuan itu, pembukaan kilang baharu merupakan langkah penting bagi memastikan dapat menampung permintaan,’katanya.    

Pada 2009, syarikat tersebut mula dikenali dengan nama Pak Ali Enterprise tetapi bermula dua tahun lepas, namanya bertukar kepada Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. kerana kini ia turut menghasilkan produk hiliran yang juga mendapat sambutan baik.  

Selain jeruk mangga, kedondong, betik, sengkuang, salak dan jambu batu yang merupakan produk terlaris, syarikat mula menumpukan pengeluaran produk baharu seperti jus buah pala, sabun buah pala, kuah rojak, jeruk kering selain kuihkuih tradisional,  katanya.

Selain mempunyai cawangan jualan di beberapa tempat seperti Bangi, Johor, Kuala Terengganu, Sungai Petani, Sarawak dan Kota Bharu, syarikat berkenaan juga tidak melupakan Pulau Pinang yang merupakan tempat kelahiran jeruk berkenaan.   

Menurut Alias, syarikat bertuah kerana mendapat sokongan padu pelbagai pihak sehingga menjadikan jeruk berkenaan sebagai produk pelancongan bagi pelancong yang berkunjung ke negeri ke Pulau Pinang ini.    Antara yang banyak membantu termasuklah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda),         

Dari segi pasaran, Alias berkata, sebanyak 60 peratus masih bertumpu untuk kawasan utara membabitkan negeri ini, utara Perak dan selatan Kedah.  Selain itu, pelanggan suka berkunjung ke kilang kami di Simpang Ampat kerana di sini  terdapat sebuah pusat jualan dan mereka turut berpeluang menyaksikan proses penghasilan jeruk. Pada masa depan, rancangan untuk membuka muzium jeruk akan  dilaksanakan.   dengan sambutan yang cukup menggalakkan,  katanya.

        Membangunkan produk industri kecil dan sederhana (IKS) berasaskan makanan Biasanya tidak memerlukan modal yang besar , apatah lagi jika bermula secarea kecil-kecilan   Demikian juga bagi perniagaan Jeruk Pak Ali yang hanya bermodalkan RM15 sahaja dan hanya dihasilkan di rumah.     Namun Jeruk Pak Ali kini menjadi  gergasi  dalam industri jeruk di negara ini apabila mampu meraih jualan mencecah RM10 juta setahun.     Lebih membanggakan, populariti jeruk di bawah label Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. kini mula menembusi pasaran antarabangsa apabila turut dijual di Ireland  dan Brunei selain mula mendapat tempahan dari negara Asia Barat.     Menurut pengarah urusannya, Alias Ali ayahnya mahu penduduk yang tinggal berhampiran dengan kilang di Simpang Ampat mendapat peluang pekerjaan dan seterusnya meningkatkan ekonomi masing-masing dan ketika ini.     Syarikat berkenaan kini terus mengorak langkah apabila berjaya mengeluarkan sebanyak 1,247 tan jeruk dengan jualan sebanyak RM10 juta dua tahun lepas dan pada tahun lepas sasaran pengeluaran adalah sebanyak 1,600 tan atau peningkatan sebanyak 28 peratus dengan jangkaan pendapatan sebanyak RM15 juta.   “Permintaan adalah melebihi pengeluaran dan bagi tujuan itu, pembukaan kilang baharu merupakan langkah penting bagi memastikan dapat menampung permintaan,’katanya.     Pada 2009, syarikat tersebut mula dikenali dengan nama Pak Ali Enterprise tetapi bermula dua tahun lepas, namanya bertukar kepada Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. kerana kini ia turut menghasilkan produk hiliran yang juga mendapat sambutan baik.   Selain jeruk mangga, kedondong, betik, sengkuang, salak dan jambu batu yang merupakan produk terlaris, syarikat mula menumpukan pengeluaran produk baharu seperti jus buah pala, sabun buah pala, kuah rojak, jeruk kering selain kuihkuih tradisional,  katanya. Selain mempunyai cawangan jualan di beberapa tempat seperti Bangi, Johor, Kuala Terengganu, Sungai Petani, Sarawak dan Kota Bharu, syarikat berkenaan juga tidak melupakan Pulau Pinang yang merupakan tempat kelahiran jeruk berkenaan.    Menurut Alias, syarikat bertuah kerana mendapat sokongan padu pelbagai pihak sehingga menjadikan jeruk berkenaan sebagai produk pelancongan bagi pelancong yang berkunjung ke negeri ke Pulau Pinang ini.    Antara yang banyak membantu termasuklah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda),          Dari segi pasaran, Alias berkata, sebanyak 60 peratus masih bertumpu untuk kawasan utara membabitkan negeri ini, utara Perak dan selatan Kedah.  Selain itu, pelanggan suka berkunjung ke kilang kami di Simpang Ampat kerana di sini  terdapat sebuah pusat jualan dan mereka turut berpeluang menyaksikan proses penghasilan jeruk. Pada masa depan, rancangan untuk membuka muzium jeruk akan  dilaksanakan.   dengan sambutan yang cukup menggalakkan,  katanya.
  
  
  
  
Jeruk Madu Pak Ali menyasarkan jualan sebanyak RM15 juta pada tahun ini bagi segmen pasaran tempatan. Pengarah Urusannya, Alias Ali berkata, unjuran berkenaan yakin dapat dicapai kerana kapasiti pengeluaran tahun ini telah meningkat sebanyak 28 peratus.   Pada tahun lalu, jualan yang dicatatkan ialah sebanyak RM10 juta membabitkan pengeluaran sebanyak 1,247 tan walaupun permintaan sebenarnya melebihi pengeluaran   Prestasi jualan sehingga bulan Ogos lalu berjaya mencapai apa yang telah ditetapkan dan selain itu tumpuan juga mula diberikan kepada pengeluaran produk hiliran seperti kuih tradisional dan jus buah pala  

Fakta

Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd

    Diasaskan oleh Ali Omar dengan yang dikenali sebagai Jeruk Madu Pak Ali pada 1985     *Beliau meninggal dunia tahun lepas di telah diambil alih oelh anaknya Alias.   *Perusahaan jeruk yang berkembang menjadi satu jenama besar pada 2007 di negara ini dan mendapat permintaan sehingga ke luar negara antaranya United Kindon , Afrika Selatan dan Arab Saudi.

*Sebanyak 1,600 tan jeruk buah-buahan dikeluarkan melibatkan mangga, salak, kedondong, betik, sengkuang dan jambu batu.

*Kerja-kerja memproses masih mengekalkan kaedah tradisional termasuk menggunakan tenaga kerja manusia ketika proses penghasilan pelbagai jenis jeruk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *