MAHA 2022 sasar 100,000 pengunjung sehari

KUALA LUMPUR: Pameran Pertanian. Hortikulur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang kembali diadakan selepas empat tahun tidak dianjurkan ekoran penularan Covid-19 dijangka menjadi tumpuan ramai di sebalik isu sekuriti makanan, masalah eputusan bekalan dan harga  beberapa barangan makanan melambung

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengakuui penganjurannnya kali ini cukup pentimg dan dinanti-nantikan oleh orang ramai.

MAHA yang dianjurkan setiap dua tahun , merupakan program yang menampilkan pelbagai produk baharu berkaitan pertanian yang bersandarkan kepada teknologi terkini, inovasi-inovasi tempatan dan luar negara, strategi-strategi pemasaran dan pengeluaran yang efektif serta lain-lain pendekatan.

“ Untuk rekod, penganjuran terakhir MAHA pada tahun 2018 telah berjaya menarik seramai 3.3 juta orang pengunjung dan mencatatkan hasil jualan sebanyak RM215 juta

“Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, program secara dwi-tahunan MAHA ini tidak dapat diadakan pada tahun 2020 berikutan penularan pandemik Covid-19.

“Kini, setelah 4 tahun, penganjuran MAHA kembali lagi, dan saya percaya ia akan menjadi satu acara tumpuan

“ Sehubungan dengan fasa peralihan negara ke endemik, pelaksanaan MAHA 2022 dianjurkan secara hibrid, iaitu kombinasi fizikal dan maya dan MAHA 2022 bertemakan “Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan,” ujar beliau.

Penetapan tema tersebut kata beliau pastinya tepat dengan tumpuan dan fokus dalam terus memperkukuhkan lagi agenda sekuriti makanan negara

Ini kerana sektor agromakanan berdepan dengan pelbagai risiko dan cabaran di peringkat domestik mahu pun global, malah kesannya semakin dirasai sekarang.

Ini termasuk cabaran produktiviti dan inovasi pertanian, kos input pertanian, perubahan iklim dan ancaman bencana alam, serangan penyakit dan perosak, tahap adaptasi teknologi dan mekanisasi yang rendah.

Tambahan pula, perkembangan geopolitik seperti konflik Ukraine-Rusia yang masih berlarutan serta dasar-dasar perlindungan, protectionist policies, yang terpaksa dilaksanakan oleh beberapa buah negara pastinya memberi kesan berganda ke atas sistem bekalan makanan dunia termasuk di Malaysia.

Melangkah ke hadapan, cabaran-cabaran ini perlu ditangani secara bersama supaya sistem makanan negara bersiap sedia menangani apa jua krisis semasa atau yang mungkin berlaku pada masa akan datang.

Selaras dengan matlamat tersebut serta hasrat MAFI untuk menjadikan sektor agromakanan sebagai penyumbang utama ekonomi negara, pelbagai program dan pendekatan baharu telah dirangka sepanjang tahun ini.

Antaranya termasuklah penganjuran MAHA 2022 yang boleh menjadi platfom untuk MAFI mencapai objektif yang disasarkan, iaitu: aktiviti pemadanan perniagaan (business matching); mempamerkan teknologi dan inovasi terbaharu dalam bidang agromakanan;, menjelaskan hala tuju dan menyediakan platform untuk perkembangan perniagaan dalam dan luar negara dan menggalakkan penglibatan generasi muda menceburi bidang perniagaan pertanian;

MAFI juga sedang terus mengorak langkah menerajui Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) bagi memodenkan industri pertanian negara sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 [DAN 2.0].

Ia adalah selaras dengan hasrat menjadikan sektor agromakanan terus berdaya saing dan mampan.

Sekilas fakta MAHA 2022

Tarikh : 4 hingga 14 Ogos 2022

LokasI MAEPS Serdang Selangor

Tema; Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan

Ruang pameran: Dianggarkan lebih kurang 1,500 ruang pameran dan jualan akan disediakan mengikut segmen.

Segmen :

  • pameran oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan;
  • (ii) pameran oleh syarikat swasta dan badan korporat tempatan
  • (iii) seminar dan konvensyen agromakanan;
  • (iv) pengoperasian laman-laman dan rumah negeri;
  •  (v) makanan popular Malaysia di Empayar Makanan; dan
  •  (vi) tidak ketinggalan juga, Farmers’ Market, melibatkan 70 lot jualan disediakan untuk menjual hasil pertanian segar dari ladang pada harga yang berpatutan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *