Inovasi ampaian pintar ciptaan saintis cilik

Cuaca yang tidak menentu dan kadangkala kesibukan bekerja tidak memungkinkan kita dapat menyempurnakan urusan seharian. Mereka yang bekerja dan pelajar antara golongan yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan kerja kerja asas seharian seperti memasak membasuh baju dan mengemas.

Malah mereka yang sentiasa sibuk kadangkala tidak sempat mengutip kain di ampaian dan membiarkan hujan membasahi pakaian yang dijemur.

Mana mungkin mereka berkesempatan mengutip kain sekiranya sentiasa sibuk, apatahlagi cuaca tidak menentu tidak membolehkan kain dikutip .

Agak sukar menyelesaikan masalah ini, melainkan menghantar pakaian kotor ke kedai dobi .

Namun yang demikian, masalah tersebut mendapat perhatian daripada sekumpulan pelajar sekolah Menengah Teknik Kuantan yang menjalan kajian bagi menghasilkan inovasi ampaian mudah alih pintar.

Menurut ketua kumpulan penyelidik tersebut, Ayu Nurfatihah Mohamad Shakri, idea penyelidikan tersebut adalah  untuk menghasilkan ampaian yang mudah digunakan  sejajar dengan gaya hidup moden masa kini.

Dalam proses penghasilan banyak perkara serius perlu diambil kira,  Matlamat penghasilannya menentukan reka bentuk dan kesesuaian untuk dipasang pada tingkap.

Pada peringkat awal masalah perlu dikenal pasti terlebih dahulu supaya berjalan seperti yang dirancangkan dan memberi manfaat kepada pengguna.

Beliau berkata, objektif kajian adalah untuk membangunkan satu inovasi sistem pengawalan jemuran pakaian yang mudah untuk dikendalikan dan diyakini keberkesanannya, bertindak pantas dan dan kepekaan tinggi dan selamat digunakan.

Kata beliau, sebelum kajian dijalankan, kumpulannya merancang prosedur kajian supaya penyelidikan dapat dijalankan dengan sistematik.

Langkah langkah yang telah diambil termasuklah mengenal pasti masalah,  membuat kerangka soalan temu bual, membuat kerja-kerja temu bual dengan pengguna, membuat simulasi dan membuat laporan.

`Kajian yang dijalankan tertumpu kepada pengguna dewasa yang bekerja dan mempunyai kelapangan masa yang terhad.

“Kajian ini juga membantu golongan pelajar yang menetap di asrama yang sentiasa sibuk, ’’ ujarnya.

Pihaknya juga mengambil kira ciri-ciri keselamatan apabila mengambil keputusan menghasilkan ampaian mudah alih pintar tersebut.

Antara ciri-ciri keselamatan adalah menggunakan peranti elektronik yang selamat dan menggunakan kuasa elektrik kepada bekalan arus elektrik .

Maka ia tidak membahayakan pengguna . Selain itu, pengguna juga tidak perlu berada di rumah untuk mengalihkan kain di ampaian semasa hujan.

Beliau berkata, inovasi tersebut amat berpotensi dikomersialkan kepada pengguna. Ini kerana  pengguna produk ini sememangnya mempunyai permintaan di pasaran  di samping kos yang murah dan mudah digunakan.

——————————————————————————————————————————–

Kaedah beroperasi

I Apabila hujan, sensor (penderia) mengesan kehadiran air, manakala sensor cahaya akan mengesan cahaya untuk mengoperasikan sistem.

ii. Sistem yang dilengkapi Cytron UNO akan menarik tali dan membawa masuk kain di ampaian ke arah bawah bumbung apabila sensor air mengesan kehadiran hujan.

iii. Apabila hujan sudah berhenti dan cuaca kembali cerah Cytron UNO akan menggerakkan semula pakaian ke jemuran.

      Bahan dan komponen Kos
  Roda              RM10
  Kayu Bahan terpakai
  Skru dan nat       RM3.50
  Washer RM0.80
  Aluminium U RM 1
  Paip PVC RM 2.50
  RVC Clip RM1
  Cat dan berus Bahan terpakai
  Komponen elektronik RM133.14
  Jumlah RM151.94
     
     

Info

Komponen elektronik yang digunakan

-Adapter 12 v (1A) UK plug

-Stepper motor

-Female tofemale jumper Wire

-USB Micro B Cable

-Light Sensor Module

– Rain Sensor Module

-CT UNO

-L298 N Dual H Bridge Motor/Stepper

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *