Jangan pandang rendah R&D anak tempatan

Sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) tanggungjawab dan pengalamannya sudah tentu membawa  Prof.  Dr. Ahmad Fauzi Ismail berdepan dengan cabaran mengurus mengendalikan isu isu berkaitan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Justeru, melihat akan kepayahan menjalankan kerja-kerja R&D, beliau kagum dengan kemampuan penyelidik tempatan yang berjaya menghasilkan pelbagai inovasi .

Beliau yakin bahawa bakat mereka juga setanding dengan penyelidik luar negara. Prof Ahmad Fauzi berkongsi pengalaman tersebut kepada wartawan jurnal.my, LAUPA JUNUS.

Prof. Dr Ahmad Fauzi Ismail

Apakah  bidang kepakaran  Prof?

Prof. Ahmad Fauzi :Bidang kepakaran saya adalah pembangunan teknologi membran dan aplikasinya. Antara aplikasi yang menggunakan teknologi membran ini adalah rawatan penyahgaraman air laut, rawatan air tercemar, rawatan air kumbahan, rawatan air bawah tanah, teknologi membran bagi rawatan pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, pemisahan gas karbon dioksida daripada gas mentah, penyingkiran bahan-bahan tercemar seperti logam berat dan penghasilan sel bahan api.

Sejauh mana bidang tersebut penting?

Prof Ahmad Fauzi: Seperti yang telah dinyatakan, bidang teknologi membran ini merangkumi pelbagai bidang dan aplikasi. Jika teknologi dapat dikomersialkan semakin ramai orang yang bakal memperoleh manfaat daripadanya.

Sebagai contoh, saban tahun kita seringkali menghadapi masalah kekurangan air bersih akibat pencemaran daripada sisa industri, bencana alam seperti banjir dan musim kemarau akibat perubahan cuaca yang tidak menentu pada masa kini.

Dengan menggunakan teknologi membran ini, ia dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi kini.

Di samping itu, pelbagai bidang juga dapat diterokai dengan menggunakan teknologi membran ini. Ini termasuklah antaranya bidang kesihatan iaitu membran ini digunakan untuk rawatan pesakit mengalami masalah kegagalan buah pinggang, penyingkiran logam-logam berat yang terdapat dalam sisa perindustrian dan penghasilan tenaga yang lebih selamat dan lebih mampan.

Apakah kita mampu melahirkan ramai pakar dalam bidang ini?

Prof Ahmad Fauzi : Pada masa kini, bidang teknologi membran ini telah berjaya melahirkan ramai pakar yang tidak hanya tertumpu kepada satu cabang aplikasi sahaja. Pakar-pakar ini dapat menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat dan negara seterusnya meningkat sumber pendapatan negara.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai penyelia dalam bidang ini hampir 30 tahun, kira-kira 20 orang staf akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan lebih 30 orang staf daripada universiti tempatan dan luar negara saya bimbing. 

Antara pelajar doktor falsafah dan sarjana yang telah berjaya dalam lapangan kerjaya masing-masing adalah mantan Naib Presiden SKKMIGAS (Pengurusan Projek) di Indonesia yang kini juga telah menubuhkan syarikat berkaitan minyak dan gas di Indonesia, empat dekan dan dua timbalan dekan, tiga profesor dan 14 profesor madya, pengarah, timbalan pengarah, 22 pensyarah kanan dan 10 orang bekerja dalam pelbagai industri di Malaysia dan luar negara.

Sebagai makluman juga, kepakaran bidang teknologi membran kini telah diiktiraf oleh kerajaan dan pemain industri menerusi penubuhan persatuan MyMembrane pada tahun 2017. Persatuan ini telah mempunyai hampir 100 ahli yang terdiri daripada akademia, industri dan  profesional.

 Sepanjang penglibatan Dr. Apakah yang paling mengecewakan?

Prof Ahmad Fauzi  Untuk berada pada peringkat ini, ia memerlukan banyak pengorbanan dan usaha tanpa jemu.

Saya berasa sedikit kecewa dengan sesetengah industri dan masyarakat yang masih memandang rendah kepada hasil penyelidikan anak-anak tempatan di universiti, sedangkan teknologi yang dibangunkan adalah setanding dengan teknologi yang dibangunkan di negara Barat.

Cara pemikiran ini harus diubah jika kita ingin menjadikan negara kita terus maju dan menjadi negara membangun teknologi sendiri dan bukan sebagai negara yang hanya sebagai pengguna teknologi.

Bagaimana kita hendak meningkatkan minat dan kesedaran dalam bidang kepakaran Dr?

Prof Ahmad Fauzi : Sesungguhnya, bidang ini banyak mendatangkan faedah kepada kehidupan manusia dan alam sekitar.

Bagi meningkatkan minat dan kesedaran, pelbagai kerjasama telah dimeterai dengan pelbagai pemain industri dan juga dengan universiti tempatan dalam melalui kajian penyelidikan bersama yang berterusan.

Selain itu, kami juga telah terlibat secara langsung sebagai urus setia utama dalam penganjuran persidangan di peringkat antarabangsa dan juga tempatan dalam mempromosikan teknologi membran ini.

Kami juga telah banyak terlibat dalam program tanggungjawab sosial korporat semasa bencana alam, penyertaan dalam kempen kesedaran seperti ‘Hari Sungai Dunia’ yang berlangsung di Sungai Bunus, Kuala Lumpur pada bulan Oktober setiap tahun dengan sesi perkongsian maklumat serta menyediakan sumber air bersih untuk kegunaan program.

Program-program ini bukan sahaja dapat memberi kesedaran tentang betapa pentingnya bidang teknologi membran ini tetapi juga dapat membantu mereka khusus komuniti, masyarakat, industri serta penduduk di kawasan pedalaman yang sukar mendapat sumber bekalan air bersih.

Saya juga berusaha membuat seberapa banyak kerjasama dengan universiti-universiti, industri dari dalam mahu pun luar negara untuk menjadikan bidang teknologi membran semakin dikenali di mata dunia seterusnya meningkat kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan bidang teknologi membran ini.

Apakah yang Dr. lakukan sebagai sumbangan setakat ini?

Prof Ahmad Fauzi  : Sejak berkecimpung dalam bidang pendidikan ini sejak tahun 1990 lagi, sumbangan saya boleh dikategorikan kepada penyelidikan, pengajaran, pengurusan.

Penyelidikan:

Hasil penyelidikan teknologi membran ini telah memberi banyak manfaat kepada masyarakat. Misi tangungjawab sosial korporat iaitu melalui Advanced Membrane Technology Research Centre (AMTEC) khususnya telah banyak bekerjasama dengan kementerian pendidikan untuk membekal dan memasang sistem rawatan air menggunakan teknologi sistem osmosis balikan di sekolah-sekolah dan komuniti.

Terkini, kami diberikan kepercayaaan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan bagi pelaksanaan kontrak projek pembekalan air bersih di 53 buah sekolah di Sarawak, Sabah, Kelantan, Pahang, Perak dan Terengganu yang berjumlah RM 8,132,850. Selain itu, kami juga telah diberi kepercayaan bagi membangunkan loji penyahgaraman air laut menggunakan teknologi membran yang pertama di negara ini untuk kegunaan masyarakat, berkapasiti 500,000 liter sehari di Kg. Pantai Senok, Kelantan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM 5juta. 

Pembangunan loji ini telah berjaya dibangunkan pada Januari 2018 dan dioperasikan serta diselenggarakan sendiri oleh tenaga pakar di UTM dan masih beroperasi dengan baik sehingga kini.

Pengajaran:

Saya telah berjaya melahirkan ramai pelajar kedoktoran (PhD) dan sarjana dalam bidang penyelidikan membran. Melalui AMTEC juga saya bertanggujawab untuk melatih jurutera, saintis dan juruteknik dari dalam dan negara negara untuk meningkatkan modal insan seterusnya meningkatkan produktiviti negara.

Sehingga kini saya telah menyelia seramai 120 orang pelajar pasca siswazah (doktor falsafah dan sarjana).

Pengurusan:

Sebagai Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI) , saya bertanggungjawab untuk memacu kemajuan penyelidikan dan inovasi di UTM bagi memacu konsep penyelidikan translasionalyang telah diperkenal pada tahun 2017.

Bagi menggerakkan konsep translasional ini, hasil ciptaan dapat diaplikasi oleh komuniti dan industri. Pelbagai pelan penyelidikan juga telah dirangka untuk jangka masa panjang beserta hala tuju untuk memperkasa bidang-bidang penyelidikan ini.

Contohnya pada tahun 2017, merupakan tahun yang penuh cabaran untuk saya berserta ahli penyelidik yang lain berikutan kekangan peruntukan daripada kerajaan khususnya untuk dana penyelidikan dan mengurus. Keadaan ini serba sedikit memberi kesan terhadap pencapaian penyelidikan dan inovasi secara umum. Namun, dengan usaha yang berterusan serta sentiasa berfikiran positif, pelbagai usaha telah diperhebat untuk medapatkan peluang mendapatkan geran luar sama ada melalui pihak industri, antarabangsa, mahu pun agensi luar.

Selain itu, program bagi mengenegahkan bakat kepimpinan dan bakat baharu juga telah diperkenalkan melalui program UTM Shine yang telah berjaya dilaksanakan oleh Jabatan TNCPI.

Program ini dilihat sebagai pemangkin kepada pencapaian berterusan universiti dalam penyelidikan dan juga kepimpinan akademia. Sebagai peneraju Jabatan TNCPI UTM, saya bersama dengan pihak pengurusan telah memperkenalkan Konsortium AIMS4STAR (Academia, Industri, Goverment, Society for Synergistic Transformation) utuk memperkasa usaha bagi mempromosi kepakaran para pensyarah untuk dimanfaatkan oleh akademia, industri, masyarakat dan kerajaan secara bersepad

Apakah perancangan Dr akan datang?

Prof Ahmad Fauzi  Pelbagai perancangan telah saya atur untuk memastikan bidang teknologi membran ini semakin dikenali dan dapat disertai oleh ramai peyelidik lain supaya ia semakin berkembang serta memberi impak yang berkesan kepada pelbagai pihak.

Saya juga berharap hasil penyelidikan yang dilakukan mampu diterjemah kepada masyarakat bukan hanya sekadar di jurnal-jurnal artikel dan persidangan-persidangan sahaja tetapi juga dapat memberi manfaat dan impak kepada masyarakat, industri dan negara.

Saya juga berharap agar dapat melakukan lebih banyak kerjasama dan geran-geran penyelidikan daripada agensi-agensi, dan industri dari dalam mahu pun luar untuk mengkomersialkan dan seterusnya memasarkan produk-produk yang menggunakan teknologi membran ini. Usaha ini juga akhirnya saya percaya mampu menjana pendapatan serta membantu  meningkatkan ekonomi negara.

Biodata

Nama: Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail

Asal: Melaka

Pendidikan:

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (1989), Universiti Teknologi Malaysia
  • Sarjana Kejuruteraan Kimia (1992), Universiti Teknologi Malaysia
  • Doktor Falsafah Kejuruteraan Kimia dan Proses (1997), Universiti Strathclyde, Gasgow, Scotland, United Kingdom.

Bidang: Kejuruteraan Kimia (Teknologi Membran) 

Kerjaya: Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM,  Johor Bahru

Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan (Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga)

Ahli Majlis Sains Negara

Felo Kehormat di Advanced Membrane Technology Research Centre (AMTEC), UTM.

Felo Akademi Sains Malaysia

Chairman, Malaysia Membrane Society (MyMembrane)

Pengerusi Akademi Sains Negara, Southern Region

Timbalan Presiden, JSPS Alumni Association Malaysia

International Advisory Panel, Qatar University Press

Pencapaian

Telah menerbitkan lebih daripada 700 jurnal artikel dengan H-indek 73 (Scopus) dengan jumlah sitasi 24,365 dan 69 (Web of Science) dengan jumlah sitasi 21,814. Telah menulis lebih daripada 9 buku, lebih 70 bab buku, dan menyunting 9 buku.  Memiliki 10 paten dan 25 paten masih menunggu untuk diluluskan.

Pelantikan Profesional: Pelantikan sebagai Editor dan ahli Lembaga Editorial

  • Editor Jurnal Desalination sehingga 2016, yang diterbitkan oleh Elsevier
  • Editor Board members Separation and Purification Technology, Elsevier
  • Jurnal Teknologi, Penerbit UTM
  • Jurnal of Rubber Research,
  • Journal of Membrane Science and Research,
  • Biofuel Research Journal dan Journal of Membrane and Separation Technology.
  • Lembaga Penasihat Editor Desalination, Elsevier
  • Lembaga Penasihat Editor Journal of Chemical Technology and Biotechnology, John Wiley
  • Editor of Emergent Materials Journal,
  • Editor Arabian Journal for Science and Engineering.

Anugerah: Telah menerima dan memenangi lebih daripada 130 anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa.  Antara anugerah berprestij yang diterima adalah:

  • 2019 highly cited researcher by Clarivate Analytic (Web of Science)
  • The World Academy of Sciences (TWAS) Prize in Engineering Sciences for 2019,
  • 2018 highly cited researcher by Clarivate Analytic (Web of Science), ranked among the top 1% of researchers for most cited documents in cross field.
  • Merdeka Award untuk Kategori Pencapaian Cemerlang Pencapaian Scholastic (2014)
  • Malaysia’s Research Star Award 2018, (International Research Collaboration Category),
  • Highly Cited Researcher 2018, Clarivate Analytics,
  • Malaysia’s Research Star Award 2017 (International Collaboration),
  • 2017 highly cited researhcer by Clarivate Analytic (Web of Science),
  • Penerima anugerah “Innovative Action Plan for Human Capital Development Tertiary Level” oleh Kementerian Pendidikan.
  • Penerima Anugerah Citra Karisma untuk pelbagai kategori (2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019).
  • Highly Cited Research in Separation and Purification Technology (Elsevier) 2016 ,
  • Most Cited Researchers 2016 in the list developed for Shanghai Ranking’s Global Ranking of Academic in Chemical Engineering  by Shanghai Jiaotong University,
  • Top Research Scientist Malaysia 2012
  • Malaysian Toray Science and Technology Foundation Award, 2013
  • Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers Awards 2016, Best Academia-Industry Collabration (AMTEC – Petronas),
  • Marquis Who’s Who in the World.
  • Anugerah Inovasi Negara 2011, Kategori Produk 2011
  • Anugerah Akademik Negara, Kategori Pengkomersilan Produk 2013
  • Grand Winner of the National Intellectual Property, Patent Category 2009
  • Anugerah Inovasi Negara 2009, Waste to Wealth Category 2009
  • Anugerah Saintis Muda Negara, January 2001
  • Anugerah Saintis Muda ASEAN, September 2001
  • British Chevening Royal Society Fellowship, August 2006 Awarded by The British Council.
  • Gold Medal Discovery Award, Awarded by UTM which has been presented by Prime Minister YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad, August 1999.
  • Best Fundamental Research Project, Awarded by Ministry of Higher Education, 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *