Rencana berbayar
Politeknik Nilai Negeri Sembilan (PNS) , nampaknya bergerak ke hadapan dalam menghargai pencapaian pelajarnya. Manakan tidak, sebanyak 30 anugerah telah diberikan kepada mereka yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai kategori yang diwujudkan.
Penganugerahan tersebut bukan sahaja akan memberi kenangan manis dalam kalangan pelajar yang menang tetapi sekali gus memberi inspirasi dan motivasi kepada keseluruhan pelajar supaya berusaha untuk bersaing pada masa akan datang.
Justeru, atas maksud tersebut penganjuran malam anugerah Success Award@PNS 2020 amat signifikan dan tepat pada masanya. Apatah lagi ramai pelajar politeknik berkenaan mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa sekali gus mengharumkan nama politeknik dan juga negara.
Acara buat julung kalinya itu diadakan di kampus PNS di Bandar Enstek, Negeri Sembilan merupakan satu platform terbaik bagi mengiktirafkan dan memberi penghormatan dan galakan kepada siswa – siswi yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan yang holistik dan kompeten selari dengan lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pengajian Tinggi) 2015-2025

-baru ini
Success Award adalah singkatan daripada Students Unlimited Co-curricular Enterpreneurial Sports Success Award yang menyaksikan sebanyak 100 pencalonan bagi 30 anugerah kecemerlangan dan kepimpinan dan kecemerlangan sukan dan kebudayaan dalam kalangan pelajar PNS yang menyertai pelbagai aktiviti dan pencapaian yang membanggakan sehingga ke peringkat antarabangsa sepanjang tahun lalu.
Sebanyak lapan Anugerah Kecemerlangan dan tujuh Anugerah Kepimpinan siswa mengikut kategori dipertandingkan.
Bagi kategori Sukan, lapan anugerah, tiga anugerah Ko-kurikulum dan tiga anugerah Kebudayaan.
Acara kemuncak penghargaan adalah pemilihan pelajar Anugerah Pengarah Politeknik Nilai dan Anugerah Khas Pengarah Politeknik.

Program berprestij itu turut dihadiri oleh Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taufek Abd. Ghani, yang turut menyumbang trofi penghargaan kepada penerima anugerah dan sijil penghargaan kepada lima atlet Sukan SEA dalam kalangan pelajar PNS berlangsung di Manila, Filipina Disember tahun lalu.
Penerima anugerah utama majlis tersebut merupakan tokoh pelajar yang menerajui selaku Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selain aktif dalam ko kurikulum dan aktiviti kesukarelawanan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Pelajar terbabit terus aktif dan mendorong dan memimpin rakan-rakan yang lain untuk terus mencapai kecemerlangan, walaupun diuji dengan masalah keluarga yang berat.
Olahragawan pula merupakan atlet sukan tempur taekwondo merupakan sebahagian atlet Kontijen Malaysia yang telah menyumbang pingat gangsa pada kejohanan Sukan SEA di Manila Filipina, selain pingat gangsa pada World Universiade Italy Games dan pingat emas pada Pohang World University Taekwondo Korea Selatan.
Olahragawati PNS kali ini merupakan pemain pasukan bola jaring kebangsaan dan pernah menyumbang pingat emas pada Kejohanan Bola Jaring Empat Negara, pingat emas Pertandingan Bola Jaring Belia Asia ke-11 di Kashima, Jepun yang melayakkan pasukan negara mewakili Asia ke Kejohanan Dunia di Fiji tahun depan. Malah beliau turut menyumbang emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2019.
Dalam pada itu, Mohamad Taufek berkata, Kerajaan Negeri Sembilan memberikan penghargaan berupa cendera hati kepada para atlet Politeknik Nilai yang mewakili Negara ke Sukan SEA di Manila baru-baru ini sebagai sebagai penghormatan kepada mereka.

“Kerajaan Negeri Sembilan juga telah mewujudkan Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) bagi memperkasakan peranan belia di negeri ini.
“TABAH berperanan sebagai pusat sehenti bagi menyelaras aktiviti mahasiswa di di negeri ini,’’ ujarnya.
Kata beliau, lima kluster TABAH yang akan diberi fokus iaitu pendidikan, kemahiran, kerjaya, sukarelawan dan penyelidikan yang signifikan dengan pemerkasaan dalam melahirkan mahasiswa yang lebih cemerlang dan unggul.
Justeru beliau mencadangkan agar pengurusan Politeknik Nilai dan pegawai kanan Politeknik Malaysia amnya bekerjasama dengan kerajaan negeri dan berbincang bagi merealisasikan PNS sebagai hab pembangunan sukan dan kesukarelawanan.
“Realiti kini memerlukan Malaysia menyediakan modal insan terpuji dan beraklhlak mulia bagi menghadapi cabaran teknologi baharu yang kompleks.
“Bakal mahasiswa perlu sedar dan merebut peluang bertatih selama tiga hingga empat tahun di institusi pendidikan tinggi pilihan untuk mempersiapkan diri,” ujarnya.
Yang turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengarah Politeknik Nilai, Negeri Sembilan, Lt. Kol. Bersekutu Nazri Idris ,pengarah-pengarah Bahagian, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Pengarah-Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan.
Program diadakan di Dewan Seri Putra , PNS pada 22 Januari 2020.
SENARAI PENERIMAAN ANUGERAH
PENYAMPAIAN ANUGERAH 1 (KATEGORI KEPIMPINAN) ( 7 ANUGERAH)
BIL | NAMA ANUGERAH | PEMENANG |
Hadiah berupa sijil , trofi dan wang tunai RM200 | ||
---|---|---|
1 | Anugerah Kepimpinan Kebudayaan, Kesenian & Warisan | NUR AISHAH AMALI FAIZAL |
2 | Anugerah Kepimpinan Kesukarelawanan | PUTERA NUR RAHMAN RAHIM |
3 | Anugerah Kepimpinan Keusahawanan | KHAIRUL RIEZMAN KHULAPA RASHIDI |
4 | Anugerah Kepimpinan Ko- Kurikulum | MUHAMMAD FITRI RADZALI |
5 | Anugerah Kepimpinan Inovasi | NUR NADIA MOHAMAD NOH |
6 | Anugerah Kepimpinan Sukan | ZULKHAIRI ZAINAL HISHAM |
“Hadiah berupa wang tunai RM500 sumbangan Fix Wanted Gadget Enterprise” | ||
7 | Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Pelajar | MUHAMMAD ARIF MOHMAD ASRI |
Menerajui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2019, aktif dalam ko kurikulum dan aktiviti kesukarelawanan sehingga ke peringkat antarabangsa. |
KATEGORI KECEMERLANGAN (8 ANUGERAH)
Hadiah berupa sijil , trofi dan wang tunai RM200 | ||
1 | Anugerah Kecemerlangan Kebudayaan, Kesenian & Warisan | NUR AISHAH AMALINA FAIZAL |
2 | Anugerah Kecemerlangan Pengucapan Awam | SAKSHANA A/P PARAMESWARAN |
3 | Anugerah Kecemerlangan Kesukarelawanan | MUHAMMAD IZHAR NORAZIZI |
4 | Anugerah Kecemerlangan Keusahawanan | AIMAN MOHD SHAFIE |
5 | Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum | KALAIARASAN A/L SANGKAR |
6 | Anugerah Kecemerlangan Kemahiran | AINUL MAHFUZAH ROZMAN |
7 | Anugerah Kecemerlangan Inovasi | MUHAMMAD ARIF MOHMAD ASRI |
Hadiah berupa sijil , trofi dan wang tunai RM500 sumbangan Alumni MPP | ||
8 | Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum | NURUL SHAHIRA MOHD HASHIM |
Pelajar Cemerlang Diploma Lojistik & Rantaian Bekalan, memenangi pingat emas dalam pertandingan kemahiran Polyskill bersama Pasukan Politeknik Nilai |
KATEGORI SUKAN/ KEBUDAYAAN/ KO-KURIKULUM (12 ANUGERAH)
Anugerah Kesenian & Kebudayaa Hadiah berupa sijil , trofi dan wang tunai RM200” | ||
1 | Inspirasi Seni Harapan (Lelaki) | MUHAMMAD ASHRAF B. TS MOHD KHAIRUDDIN |
2 | Inspirasi Seni Harapan (Wanita) | HASFARINA A/P MALIM |
3 | Anugerah Emas Seni Budaya PNS | AMORE BAND |
Anugerah Kokurikulum Hadiah berupa sijil , trofi dan wang tunai RM200 | ||
4 | Anugerah Pelatih Cemerlang (PISPA) | NORFARAHANA CHE MOHD SHAHRIZAM |
5 | Anugerah Pelatih Cemerlang (RELASIS) | MUHAMMAD IZHAR . NORAZIZI |
6 | Anugerah Pasukan Uniform Terbaik | PLATUN RELASIS |
ANUGERAH SUKAN
Hadiah berupa sijil , trofi dan wang tunai RM200” | ||
1 | Jurulatih Terbaik | NOORADILAH ABDUL SAMAT |
2 | Pengurus Terbaik | PANNEER SELVEM A/L INDIRAN |
Hadiah berupa sijil , trofi dan wang tunai RM500 | ||
3 | Pasukan Lelaki Terbaik | TAEKWONDO |
Pasukan Taekwondo telah berjaya meraih pingat gangsa dalam Acara Kyorogi di World University Games, Napoli, Itali pada Julai 2019. | ||
4 | Pasukan Wanita Terbaik | BOLA JARING |
Pasukan bola jaring merupakan Juara Karnival Sukan MSP 2019 di Politeknik Ungku Omar. | ||
Hadiah berupa sijil , trofi dan wang tunai RM300 | ||
5 | Olahragawan Harapan | AHMAD NOR IMAN HAKIM RAKIB |
Pelajar Jurusan Diploma Pengurusan Peruncitan ini merupakan pemenang pingat perak Sukan SEA 2019 Manila, Pemenang pingat gangsa World University Games di Napoli, Itali | ||
6 | Olahragawati Harapan | QASIDAH NAJWA MUHD HILMI |
Pelajar Jurusan Diploma Landskap dan Holtikultur, merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 di Manila, atlet Malaysia ini menyumbangkan mata kemenangan buat Malaysia! kini sedang dalam siri perlawanan Malaysia Hockey League mewakili pasukan PDRM |
ANUGERAH KHAS PENGARAH
(6 ANUGERAH)
Hadiah berupa sijil , trofi dan wang tunai RM200 | ||
1 | Khidmat Pengurusan (Unit Logistik dan Kewangan) | KETUA UNIT/ WAKIL |
2 | Unit Kemahiran | KETUA UNIT/ WAKIL |
3 | Unit Instruktional dan Multimedia (Uidm) | KETUA UNIT/ WAKIL |
4 | Unit Ambilan Pelajar (Hep) | KETUA UNIT/ WAKIL |
5 | International Language Camp | KETUA UNIT/ WAKIL |
6 | Unit Antarabangsa | KETUA UNIT/ WAKIL |
Hadiah berupa sijil , trofi dan waran kerajaan bernilai RM 3,000 | ||
The Most Outstanding Department Award dianugerahkan kepada Jabatan Akademik yang banyak menyokong dan menyumbang bilangan pelajar teramai kepada pencapaian kecemerlangan PNS dalam pelbagai bidang. | ||
7 | The Most Outstanding Department Award | JABATAN PERDAGANGAN |
ANUGERAH SUKAN SEA (5 ANUGERAH)
Hadiah berupa sijil dan hadiah sumbangan YB Dato’ Exco Belia & Sukan | ||
MOHD SYAFIQ ZUBER | ||
AHMAD NOR IMAN HAKIM RAKIB | ||
JOSHUA AMIRUL ABDULLAH | ||
NOR AQILAH SURAYA MOHD SUHAMI | ||
QASIDAH NAJWA MUHD HILMI |
ANUGERAH OLAHRAGAWATI PNS
Hadiah berupa sijil , trofi dan wang tunai RM500
1 | NORDIYANAH NOORSABADINEE Olahragawati PNS kali ini merupakan atlet pasukan bola jaring kebangsaan dan pernah menyumbang pingat emas dalam Kejohanan Bola Jaring Empat Negara ,pingat emas dalam Kejohanan Bola Jaring Belia Asia ke-11 di Kashima Jepun melayakkan pasukan negara mewakili Asia ke Kejohanan Dunia di Fiji 2021. Malah beliau turut menyumbang emas dalam SUKMA 2019. |
ANUGERAH OLAHRAGAWAN PNS
Hadiah berupa sijil , trofi dan wang tunai RM500
1 | MUHAMMAD SYAFIQ ZUBER Olahragawan pula merupakan atlet sukan tempur taekwondo merupakan sebahagian atlet Kontinjen Malaysia yang telah menyumbang pingat gangsa dalam kejohanan Sukan SEA 2019 di Filipina, pingat gangsa pada World Universiade Itali Games dan pingat emas di Pohang World University Taekwondo Korea Selatan |
ANUGERAH PLATINUM
Hadiah berupa sijil , trofi dan wang tunai RM1000
Trofi Anugerah Platinum merupakan sumbangan YB Dato Exco Belia & Sukan
1. | MUHAMMAD ARIF MOHMAD ASRI Mantan Yang Dipertua (YDP), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2019 PNS ini selain cemerlang pencapaian akademik dengan HPNM 3.57 Pernah membentangkan Projek Inovasi antarabangsa pada 40th National Convention of Future Farmers di Thailand dan memenangi gangsa pertandingan yang diadakan. Walaupun diuji dengan masalah keluarga yang berat tidak menghalang beliau terus aktif dan mendorong serta memimpin rakan-rakan yang lain untuk terus mencapai kecemerlangan. |