Astronomi yang memanfaatkan manusia

Astronomi dianggap antara bidang sains yang tertua di dunia kerana ahli astronomi sejak dahulu lagi mencipta banyak teori  daripada pemerhatian mereka, fenomena yang berlaku di langit.

Astronomi berasal dari perkataan Greek iaitu (bintang) dan nomos  atau peraturan atau undang-undang dan merupakan satu bidang kajian mengenai objek di luar angkasa seperti bintang planet , komet dan galaksi dan sebarang fenomena yang berlaku di luar bumi.

Bidang astronomi semakin berkembang terutamanya selepas kejayaan mencipta teleskop.

Kalangan ahli astronomi mengetahui, saintis Itali, Galileo Galieli, merupakan orang yang pertama  mencipta teleskop untuk meneropong langit pada 1609.

Itu merupakan sebahagian sejarah astronomi tetapi banyak teori dan pendapatan awal mengenai astronomi melibatkan Galilei , Ptolemy , Nikolai Corpenicus.

Ahli Falsafah , Aristotle sependapat dengan Ptolemy bahawa Bumi sebagai paksi kepada pergerakan planet sebaliknya  Galileo dan Corpenicus sependapat bahawa Bumi mengelilingi matahari.

Namun,  evolusi sejarah astronomi moden banyak berkaitan dengan perkembangan astronomi Islam terutama semasa Era Kegemilangan Islam semasa abad ke 8 hingga 16.

Era kegemilangan Islam banyak memanfaatkan ilmu pengetahuan terutama matematik  dan bidang astronomi terutama bagi menentukan permulaan tahun dan bulan misalnya semasa Ramadan dan Syawal, waktu solat dan kiblat.

Dalam era tamadun Islam,  antara tokoh  astronomi pertama adalah al-Khawarizmi yang menghasilkan Zij al-Sindh pada 830 Masehi.

Pada 850 Masehi, seorang lagi pakar astronomi Islam, al-Farghani menulis Kitab fi Jawani (A compendium of the science of stars) yang memberikan ringkasan mengenai kosmografi Ptolemy bukan saja digunakan secara meluas dalam dunia Islam tetapi telah diterjemah ke Bahasa Latin.

Selain itu, Muhammad Ibn Jabir al-Harrani al-Battani atau dikenali di Barat sebagai Albatenius (853 – 929 Masehi) pula menemui konsep Bumi mengelilingi Matahari dalam orbit.

Pada abad ke 10, Abd al-Rahman al-Sufi (Azophi) menjalankan pemerhatian ke atas bintang dan menggambarkan kedudukan, magnitud, kecerahan serta warna dan melukis setiap satu dalam bukunya Book of Fixed Stars.

Beliau juga memberikan penerangan pertama dan menggambarkan A Little Cloud yang kini dikenali sebagai Andromeda Galaxy.

Ibn Yunus pula memerhatikan lebih 10,000 kedudukan matahari beberapa tahun menggunakan astrolab besar dengan diameter 1.4 meter.

Pada awal abad ke 11, Abu Rayhan al-Biruni  membincangkan mengenai teori peredaran Bumi dan mereka astrolab, Zuraqi.

Di zaman moden, Kerim Kerimov (1917- 2003) dari Azerbaijan merupakan antara pengasas program angkasa Soviet dan terlibat dalam kapal angkasa manusia pertama (Vostok 1).

Beliau juga bertanggungjawab bagi pelancaran stesen angkasa pertama (siri Salyut dan Mir) serta Cosmos 186 dan Cosmos 188.

Sela;in itum,  Farouk El-Baz (1938) seorang bangsa Mesir, bertugas di NASA terlibat dalam program Apollo mendarat di Bulan dan membantu dalam merancang ekspedisi saintifik di Bulan.

Kini astronomi merupakan sebahagian daripada bidang sains angkasa. Sains angkasa merupakan satu kajian ke atas angkasa lepas dengan menggunakan sains sebagai mediumnya

Ia terbahagia kepada tiga bidang utama:

 i) Penyelidikan astronomi/astrofizik

   ii) Pembangunan teknologi angkasa

   iii) Aplikasi angkasa

Penyelidikan untuk sesuatu perkara yang khusus yang pada kebiasaannya untuk tujuan komersial

KEPENTINGAN ASTRONOMI

Hari ini jutaan manusia di seluruh dunia menggunakan kemajuan hasil dari penyelidikan astronomi dan sains angkasa untuk meningkatkan kualiti harian mereka tanpa merek sedar .

PEMINDAHAN TEKNOLOGI

Sebahagian daripada  hasil penyelidikan astronomi yang boleh dipindahkan teknologinya ialah

Pembangunan pengesan CCD;

Teknik pemprosesan imej;

Komunikasi menggunakan satelit; dan

Pembangunan robotik (Development of Robotics).

IMPAK KEPADA KEHIDUPAN SEHARIAN

–  Pertanian – Penentuan musim penanaman dan penyemaian melalui pencerapan dan pemahaman konsep pergerakan Matahari dan bulan untuk perikanan.

 –  Navigasi di lautan – penentuan pasang-surut air laut dan arah pelayaran (melalui pemahaman gerakan matahari, bulan dan planet).

IMPAK KEPADA KEHIDUPAN SEHARIAN

Seni bina: Rekabentuk bangunan untuk mencapai penjimatan tenaga.

Kelansungkan kehidupan manusia: Pemahaman mengenai asteroid boleh membantu dalam kita mengenali cirian asteroid yang mungkin akan melanggar Bumi.

Perlakuan manusia: Kaitan pergerakan objek angkasa dengan kelakuan manusia?

Pengkajian perubahan cuaca:

Perubahan jumlah penerimaan tenaga dari Matahari yang memberi kesan kepada atmosfera Bumi 

Penambahan kadar kebocoran lapisan ozon dan kemasukan sinar ungu yang memberi kesan kepada suhu Bumi.

Sinar kosmik yang boleh memberi kesan kepada litupan awan.

Ilmu astrometri (positional astronomy)  yang membantu mengemudi satelit buatan manusia dan pengunaan aplikasi GPS

Ramalan cuaca: Penggunaan teknologi satelit untuk memantau pergerakan awan yang membolahkan ramalan cuaca yang tepat dilakukan.

TELEKOMUNIKASI / PENENTUKEDUDUKAN

Pada tahun 2010 pasaran global berkaitan komunikasi  angkasa (hardware dan perkhidmatan) dijangka  ASD140 billion setahun

Pasaran perkhidmatan penentududukan satelit sudah mencapai USD 20 billion setahun.    Pada 2010 :  USD 50 billion

APLIKASI AWAM UNTUK PENENTUDUDUKAN

*Kenderaan

-Kereta

-Pengurusan kenderaan komersial

*Keretapi

-Ketibaan / pelepasan

-Perelakan pelanggaran

*Peribadi

-Telefon bimbit

-Rekreasi

-Penjejakan

*Maritim

-Manuver di pelabuhan

– Kawalan barangan berbahaya

Penerbangan

-Peengurusan lapangan terbang

-Kapal terbang

Lain-lain

  Pertanian persis

  Sistem waktu

  Penguatkuasaan undang-undang

  Transaksi kewangan

PENCERAPAN BUMI

-Kajicuaca

  Kajian atmosfera

 -Pemetaan

 -Pengurusan risiko dan bencana

  -Oseanografi

———————-Kotak———————————

Penyelidikan Astronomi

*Objek angkasa adalah jauh dan malap…

*Maklumat yang diterima hanyalah melalui gelombangnya

*Memerlukan instrumentasi yang berkuasa dan jitu

*Ahli astronomi menggabungkan pelbagai teknik cerapan di dalam pelbagai panjang gelombang

Penyelidikan asas

Untuk menjana ilmu pengetahuan

Contoh

 i) Galileo Galilei mengkaji bulan planet Jupiter yang membantu kepada pemahaman sistem suria

 ii) Edwin Hubble mengkaji gerakan galaksi yang membantu kita memahami konsep pengembangan alam semesta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *