myDof penentu kejayaan industri perikanan

Sebagai sebuah jabatan yang dekat dengan isu perikanan dan nelayan, Jabatan Perikanan yang dijenamakan sebagai myDOF Peneraju Industri Perikanan mempunyai tanggungjawab besar dalam menentukan hala tuju industri perikanan sebagai pembekal protein utama kepada rakyat Malaysia.

Antara peranan pentingnya adalah menjalankan penyelidikan menghasilkan benih ikan yang boleh dimanfaatkan oleh penternak dalam industri akuakultur

MyDOf juga bertanggungjawab dalam hal ehwal berkaitan nelayan di negara ini, membantu dalam memastikan nasib golongan tersebut sentiasa terbela dan tidak kurang  pentingnya menguatkuasakan undang-undang berkaitan supaya industri ini sentiasa menwujudkan ekosistem yang membantu mensejahterakan supaya pemegang taruh yang terlibat.

Lebih penting myDOF juga mahu memastikan industri perikanan menyumbang kepada ekonomi negara .

Iktui wawancara wartawan jurnal.my LAUPA JUNUS bersama Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Munir Mohd. Nawi

Jabatan Perikanan mempunyai beberapa pusat penyelidikan dan pengembangan . Boleh kongsikan kemudahan kemudahan tersebut

myDOF: Jabatan Perikanan mempunyai :

*Sebanyak 11 buah Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI) termasuk ISMAT & MARSAL.

*Sebanyak 10 buah Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) dan termasuk

*Sebanyak tujuh buah Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan atau Fisheries Demonstration & Transformation Centre (FiDTEC)

Boleh senaraikan FRI, PPA & FiDTEC yang ada sekarang di seluruh negara dan dan apakah beza FRI, PPA & FiDTEC

myDOF:  FRI berfungsi untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang perikanan (perikanan tangkapan dan akuakultur).

– PPA yang berperanan sebagai pusat pengembangan akuakultur (penghasilan benih, khidmat nasihat teknikal dan latihan).

– FiDTEC adalah pusat pengembangan berfungsi sebagai agen pengubah kepada nelayan bagi mengubah kehidupan nelayan dari kategori miskin kepada golongan yang berjaya dalam industri perikanan tangkapan.

Senarai Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI) :

1. FRI Langkawi, Kedah (Penyelidikan Mariculture)

2. FRI Pulau Sayak, Kedah (Penyelidikan Krustasia Marin)

3. FRI Batu Maung, Pulau Pinang (HQ)

4. FRI Kg Acheh, Perak (Perikanan Tangkapan)

5. FRI Glami Lemi, Negeri Sembilan (Penyelidikan Perikanan Air Tawar)

6. FRI Gelang Patah, Johor (Penyelidikan Ikan Air Payau)

7. FRI Rantau Abang, Terengganu (Penyelidikan Penyu dan Spesies Marin Terancam)

8. FRI Tanjung Demong, Terengganu (Penyelidikan Ikan Marin)

9. FRI Bintawa, Sarawak (Penyelidikan Terumbu dan Laut Dalam )

10. ISMAT Terengganu (Pengurusan sumber perikanan marin untuk rantau Asia Tenggara)

11. MARSAL (Stesen Penyelidikan Marin Pulau Layang-Layang)

Senarai PPA :

1. PPA Jitra, Kedah

2. PPA Banding, Perak

3. Pusat Ikan Hiasan (PIH) Enggor, Perak

4. PPA Tapah, Perak

5. Pusat Penetasan Udang Galah (PPUG) Kg Acheh, Perak

6. PPA Bukit Tinggi, Pahang

2

7. PPA Perlok, Pahang

8. PPA Machang, Pahang

9. PIH Port Dickson, Negeri Sembilan

10. Pusat Pengeluaran Benih Ikan Laut (PPBIL) Santubong, Sarawak

Senarai Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan (Fisheries Demonstration & Transformation Centre (FiDTEC)

1. FiDTEC Gelugor, Pulau Pinang

2. FiDTEC Manjung, Perak

3. FiDTEC Lenggong, Perak

4. FiDTEC Tanjung Sedili, Johor

5. FiDTEC Seberang Takir,Terengganu

6. FiDTEC Bintawa, Sarawak

7. FiDTEC Labuan

Adakah FRI, PPA & FiDTEC ini mempunyai skop tugasan masing mengikut peranannya

myDOF : Skop tugasan kemudahan kemudahan tersebut adalah seperti berikut:

Skop FRI : tugasan khusus untuk penyelidikan dan turut terlibat bagi program pengembangan, pemantauan, latihan, pengurusan dan pentadbiran.

Skop PPA :

– Mengeluarkan benih ikan air tawar (tilapia merah, tilapia GIFT, keli hibrid, puyu) dan ikan asli (kelah, lampam, patin, jelawat, baung, sebarau, udang galah) kepada penternak/pengusaha dan penambahan stok ikan di perairan umum.

– Melatih penternak secara ‘hands on’ dalam aktiviti pembiakan dan asuhan benih ikan kepada peserta/penternak di pusat dan in-situ.

3

– Memberi khidmat nasihat dan teknikal kepada penternak yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan ternakan ikan air tawar dan aktiviti pengeluaran benih ikan.

Skop FiDTEC : berfungsi sebagai pusat demonstrasi teknikal dan pemindahan teknologi perikanan yang merangkumi teori dan praktikal kepada nelayan. Para nelayan dan keluarga akan diberi latihan dari segi penggunaan teknologi baharu, peralatan menangkap ikan yang lebih efisien, ilmu pelayaran dan kaedah pemprosesan produk perikanan.

Bagimana tentang kepakaran penyelidikan yang ada di setiap PPA dan FRI. Berapakah jumlah kepakaran.

myDOF: Setiap kemudahan tersebut juga mempunyai keupayaan dan kepakaran seperti berikut.

* FRI berkepakaran bidang akuakultur, kesihatan ikan, perikanan tangkapan, pentaksiran sumber perikanan, perikanan darat, ikan hiasan, tumbuhan akuatik, pemuliharaan mamalia marin terancam dan penyu, karang , penaklukan spesies asing -Invasive Alien Species), makanan ikan, genetik ikan, impak persekitaran akuatik, sosio ekonomi, kuda laut, logam berat, biotoksin, pelan pengurusan perikanan melibatkan penyelidik seramai 93 orang.

Bagi PPA & FiDTEC pula setiap pegawai dan kakitangan telah terlatih untuk menjalankan tugasan dan peranan masing-masing. Pegawai telah didedahkan kepada latihan dan kursus dalam dan luar negara bagi meningkatkan kompetensi.

Setakat ini apakah antara pencapaian yang ada bagi FRI, PPA & FiDTEC tersebut.

myDOF:  Antara usaha yang dilakukan pencapaian  FRIadalah

*Pembakaan ikan (tilapia, udang galah, kerapu, siakap, udang marin, ikan air tawar)

*Pentaksiran sumber perikanan (demersal & pelagik)

*Pembangunan vaksin

*Pembangunan sumber akuakultur baharu (kelah & patin buah)

*Pengkomersialan hasil penemuan R&D

*Pembangunan teknologi RAS (Recirculating Aquaculture System)

4

*Teknologi pengeluaran makanan rumusan (kematangan, pembenihan & ternakan) dan makanan asli (alga, rotifer dan moina)

*Pendaftaran 25 harta intelek

*Pengkomersialan enam  inovasi

*Penganugerahan medal untuk lapan jenis teknologi

*Sebanyak 193 penerbitan kertas saintifik dalam jurnal antarabangsa

Pencapaian PPA pula adalah

*Mencapai sasaran pengeluaran benih yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan setiap tahun (25 juta benih ikan/ udang galah) untuk tujuan ternakan dan pelepasan di perairan umum

*Kejayaan PPA Perlok dalam membiak baik spesies ikan asli (patin buah dan kelah)

*Pensijilan MyGAP kepada PPA Tapah, Jitra, Perlok dan Bukit Tinggi sebagai pusat pengeluaran benih yang telah memenuhi pematuhan biosekuriti.

*PPA Perlok telah diiktiraf oleh Jabatan Perikanan sebagai Pusat Pembangunan Stok Ikan Asli

*Menyumbang kepada pemeliharaan dan pemuliharaan sumber ikan asli sebagai warisan dan khazanah negara.

*Anggaran sebanyak 14 latihan kepada kumpulan sasar yang berjadual dan sebanyak 7,000 khidmat nasihat yang diberikan kepada kumpulan sasar sama ada di pusat dan ladang.

*Anggaran sebanyak 12 juta ekor benih yang diberi secara percuma kepada 1,700 orang penternak setiap tahun di seluruh negara.

-Anggaran sebanyak lima  juta ekor benih dilepaskan ke perairan umum.

Pencapaian FiDTEC

*FiDTEC telah berjaya membimbing ramai usahawan dalam bidang perikanan termasuk bidang indusri asas tani.

*Menjadi teraju dalam projek inovasi produk berasaskan ikan yang dijalankan di FiDTEC dan telah berjaya membuat pelbagai inovasi produk perikanan seperti satay tuna dan steak tuna serta mempelbagaikan hasilan produk perikanan.

*FiDTEC telah menjalankan pelbagai program berbentuk demonstrasi dan latihan in situ kepada golongan sasar.

5

*FiDTEC juga telah menjalankan pelbagai bentuk demonstrasi teknikal, kursus dan taklimat kepada golongan sasar dan juga kakitangan Jabatan Perikanan seperti teknologi pelayaran, enjin sangkut dan teknologi lepas tuai.

Bagi setiap penyelidikan yang dibuat adakah apakah ia berdasarkan permintaan, keperluan atau faktor faktor lain.

myDOF: Kajian dibuat berdasarkan Pelan Strategik Jabatan Perikanan, keperluan Dasar Agromakanan Negara (DAN), Keselamatan Makanan dan Kedaulatan Negara, dan keperluan serta maklum balas dari pihak industri dan pihak berkepentingan.

Apakah antara cabaran cabaran bagi FRI, PPA & FiDTEC yang dihadapi. Sebagai contoh kekurangan kepakaran atau kemudahan

myDOF antara cabaran FRI ;

*Kajian yang perlu diteruskan mengikut tempoh yang panjang.

*Pembangunan kepakaran (succession plan).

*Peruntukan yang tidak berterusan.

*Bidang penyelidikan yang luas.

*Pengkomersialan.

*Jaringan antarabangsa & kerjasama serantau

*Modal insan

*Peralatan penyelidikan terkini

*Pemulihan sumber

*Pembangunan teknologi terkini dan kompetetif kos

Cabaran PPA:

*Sumber peruntukan yang terhad untuk pembangunan. penyelenggaraan dan mengoperasikan PPA.

*Induk yang berkualiti sukar untuk diperoleh, hanya bergantung kepada pembangunan sumber induk sendiri yang mengambil tempoh masa yang lama untuk mencapai tempoh matang.

*Kakitangan PPA mempunyai kepakaran yang terhad dalam bidang tertentu sahaja contohnya pembenihan bagi spesies yang tertentu sahaja.

*Menangani isu-isu berkaitan dengan perubahan iklim (climate change) ke atas industri akuakultur seperti perubahan kualiti air yang secara langsung/tidak

6

langsung menyebabkan induk stress dan kemerosotan kualiti benih yang dihasilkan.

Cabaran FiDTEC

*Sesetengah FiDTEC kekurangan kepakaran dalam bidang tertentu dan terpaksa meminjam kepakaran kakitangan dari pusat FiDTEC yang lain.

*Kekurangan peruntukan untuk memperbaiki kemudahan yang ada di FiDTEC untuk memberi demonstrasi dan khidmat nasihat yang lebih baik dan selesa kepada golongan sasar.

*Kekurangan peruntukan untuk menganjurkan sesi program peningkatan kemahiran dengan lebih kerap kepada golongan sasar dan kakitangan.

*Cabaran untuk menarik minat penduduk setempat untuk menceburi bidang perikanan dan menjadi usahawan perikanan dengan bimbingan Jabatan Perikanan.

Adakah jabatan bercadang akan menambah atau mewujudkan FRI, PPA & FiDTEC baharu pada masa akan datang atau dah ada yang sedang dalam pembinaan.

myDOF : Antara cadangan FRI adalah mewujudkan :

*Pusat Penyelidikan Taman Laut Negara

*Pusat Penyelidikan Karang Negara

Cadangan PPA

*Jabatan Perikanan bercadang untuk menambah/ membina PPA Marin dalam RMK 12 samada pembinaan bangunan baru atau pertukaran fungsi pusat sedia ada.

*Bertujuan bagi menambah pengeluaran benih ikan marin selain daripada benih ikan marin sedia ada bagi menampung keperluan benih semasa.

Cadangan FiDTEC

*Tiada cadangan menambah bilangan FiDTEC buat masa ini tetapi Jabatan Perikanan sedang dalam proses menambah baik serta menjenamakan semula fungsi FiDTEC sedia ada selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini.

*Memberi khidmat nasihat dan khidmat sokongan dengan lebih baik agar kumpulan sasaran dapat mendapat manfaat dan dapat mengubah sosioekomomi kumpulan sasar.

7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *