Galeri Inovasi Padi MARDI destinasi agropelancongan

Gambar MUHAMMAD FIRDAUS MOHAMED YUSOF (MARDI)

Padi merupakan salah satu subsektor yang menjadi tumpuan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi memastikan hasil pengeluarannya dapat menjamin kestabilan harga dan bekalan makanan negara. Kementerian akan memastikan bekalan makanan ruji ini sentiasa mencukupi dan industri padi dan beras negara terus berkembang.

Isu tersebut merupakan satu cabaran kepada kementerian kerana tahap sara diri (SSL) negara masih sekitar 72 peratus sedangkan kementerian menyasarkan 75 peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang bagi menampung keperluan rakyat yang semakin bertambah.

Berdasarkan statistik, pesawah di negara ini menghasilkan sebanyak 2.64 juta tan padi pada tahun 2018. Daripada jumlah itu, dua peratus atau 52,815 tan padi datangnya daripada 2,780 orang pesawah di Tanjung Karang, Selangor

Justeru, ia menjadi satu cabaran kepada kementerian berkenaan yang memandang serius kepada kepentingan hasil pengeluaran padi agar rakyat Malaysia sama-sama dapat menerima manfaat yang sewajarnya supaya menerima bekalan beras yang mencukupi dan bermutu; petani menerima pulangan yang setimpal dengan usaha mereka; dan berlaku perkembangan ekonomi dalam industri padi dan beras negara.

Untuk tujun itu, kementerian berkenaan menyediakan program-program berbentuk bantuan dan khidmat nasihat kepada petani, penternak, nelayan dan usahawan menerusi jabatan dan agensi yang berkaitan.

Selain Program Agropreneur Muda, Program Pembangunan Modal Insan, Usahawan Industri Asas Tani dan Program Rezeki Tani, agro pelancongan merupakan salah satu program yang dilihat menjadi sumber penjanaan pendapatan bagi aktiviti pertanian, perikanan, penternakan dan industri asas tani menerusi sektor pelancongan.

Pada 2017 sahaja, negara telah menerima pendapatan sebanyak RM82.1 billion berikutan ketibaan pelancong dan perbelanjaan mereka di negara ini.

Sebanyak 61 peratus tarikan pelancong ke pusat pelancongan adalah untuk membeli belah, bersiar-siar (50 peratus), melawat tempat bersejarah (34 peratus) , melawat kawasan kampung (27 peratus) dan melawat muzium (24 peratus).

Dengan wujudnya pusat-pusat agro pelancongan yang pelbagai termasuk lah sawah padi, pengusaha inap desa  di kawasan sekitar akan menerima tempahan lebih banyak, usahawan.

Produk industri asas tani boleh mendapat pulangan yang lumayan, jualan hasil-hasil pertanian meningkat dan dalam masa yang sama, menggalakkan inisiatif untuk menaik taraf kemudahan dan infrastruktur sedia ada.

Inisiatif penubuhan pusat-pusat agro pelancongan di jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan merupakan antara platform terbaik untuk menterjemah peranan kementerian kepada rakyat bagi meningkatkan lagi penjanaan pendapatan dalam agro pelancongan khususnya dalam industri padi dan beras .

Maka dengan itu, pewujudan Galeri Inovasi Padi yang baru dilancarkan di Tanjung Karang, Selangor atas inisiatif Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) baru-baru ini ini akan menjadi salah satu pusat tarikan pelancong di daerah Kuala Selangor untuk membantu industri agropelancongan.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan terus membantu petani  meneroka kaedah atau teknik baharu dalam teknologi pengeluaran padi menerusi MARDI.

Kementerian sentiasa yakin dengan kemampuan MARDI yang menjadi tunjang utama negara dalam menghasilkan teknologi padi untuk sekuriti makanan MARDI telah menghasilkan 50 varieti yang digunakan oleh petani sejak penubuhannya 50 tahun lalu. Kesemua jelapang padi negara ditanam dengan varieti hasil penyelidikan MARDI. Ini bermakna, hampir setiap beras tempatan yang kita makan setiap hari, semuanya adalah hasil daripada teknologi MARDI.

Malah, Tanjong Karang ini juga sinonim dengan Padi Sempadan dan Sebernas MARDI yang telah dilancarkan pada tahun 2018.  Sebahagian daripada teknologi yang disebutkan ini dipamerkan di dalam Galeri Padi ini.

MARDI pada hari ini terus mengorak langkah ke hadapan dalam memacu industri agro pelancongan negara dengan mewujudkan sebuah Galeri Inovasi Padi di Taman Agro Teknologi MARDI Tanjong Karang,

Galeri Inovasi Padi ini merupakan salah satu strategi institut dalam menyebar luaskan pengetahuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada masyarakat di samping meninggalkan kenangan manis yang tidak akan dilupakan oleh pengunjung.

Ia juga sebagai platform terbaik dalam meningkatkan lagi penjanaan pendapatan industri agro pelancongan khususnya dalam sektor padi dan beras di Tanjong Karang.

Taman Agro Teknologi MARDI Tanjong Karang bermula sebagai Pusat Penyelidikan Jabatan Pertanian Persekutuan. Pada tahun 1971, ia telah diserahkan kepada MARDI sempena dengan penubuhan MARDI yang bertujuan membangunkan teknologi untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani tempatan. Petak Sawah MARDI Tanjong Karang (MTK) diutamakan untuk penyelidikan padi dari aspek penilaian varieti, kajian pembajaan, petak pengeluaran benih berdaftar.

Sementara itu Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd Noor berkata, penubuhan Penubuhan Galeri Inovasi Padi merupakan usaha berterusan pihaknya dalam mendekati petani dalam memperkenal dan memindahkan teknologi berkaitan padi di Tanjong Karang.

“Untuk makluman semua, usaha pembangunan Galeri Inovasi Padi ini telah bermula sejak tahun 2011.

“MARDI Tanjung Karang menguruskan petak sawah bagi tujuan pengeluaran benih padi asas, untuk menjalankan penyelidikan dari aspek penilaian varieti, kajian pembajaan dan pengurusan padi,’’ ujarnya.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan RMK-10, MARDI telah menghasilkan pelbagai teknologi dan varieti baru padi manakala MARDI Tanjung Karang dijadikan stesen sokongan bagi Pusat Kecemerlangan untuk tanaman Padi.

MARDI Tanjung Karang kini terus memainkan peranannya untuk menyokong aktiviti penyelidikan padi dalam Rancangan Malaysia ke-11.

Menurut Dr Mohamad Roff , galeri ini menempatkan, maklumat mengenai sejarah industri padi, mekanisasi, varieti padi, pengurusan padi dan pengendalian lepas tuai hasil kajian MARDI.

“Untuk pengetahuan semua, MARDI Tanjung Karang adalah salah satu Taman Agroteknologi yang terdapat di MARDI. Taman Agro Teknologi ini mempunyai elemen-elemen Teknologi, Inovasi, Pemuliharaan, Pendidikan dan Rekreasi.

“Pendekatan secara edutainment diterapkan oleh MARDI Tanjung Karang bagi membolehkan pengunjung berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman di sawah padi. Aktiviti rutin pesawah juga akan dirasai sendiri dengan berunsurkan pendidikan dan rekreasi yang menghiburkan seperti menanam padi, menangkap ikan dan sebagainya. Ini membolehkan pengunjung terutamanya anak-anak

muda serta mereka yang tinggal di kawasan bandar merasai sendiri  pahit jerih seorang petani dalam menghasilkan beras,’’ ujarnya.

Sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia 2020, MARDI Tanjung Karang telah membuat pra pembukaan sebagai Taman Agroteknologi MARDI Tanjung Karang – pada 27 Mac 2019 yang menawarkan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung.

Setakat pra pembukaannya sehingga kini, MARDI Tanjung Karang menampilkan 19  pembentangan kertas kerja yang menarik seperti:

  • Cabaran dan Hala Tuju Industri Agropelancongan, Teknologi
  • Sumber Kejayaan Produk Agropelacongan dan Strategi
  • Pemasaran dan Promosi.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,  Datuk Haslina Abdul Hamid dan turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Faizal Abdul Raji dan Pengarah MARDI Negeri Selangor, Fadzlirahimi Ismail,

Info

MARDI juga telah melancarkan:

a. Padi hibrid pertama Malaysia yang dinamakan Kadaria 1 pada penghujung tahun 2019.

b. Teknologi Pertanian Tepat Padi,

c. Padi BASF bagi menangani masalah padi angin; dan

d. Prosedur Operasi Standasr (SOP) kehilangan lepas tuai

Info Galeri Inovasi Padi

  • Dibuka setiap hari (kecuali hari Jumaat) dari  pukul  8.30 pagi sehingga 4.30 petang
  • Bayaran masuk bermula dari RM2
  • Antara aktiviti yang ditawarkan kepada pengunjung termasuklah lawatan galeri, demo proses beras, menanam padi, menangkap ikan, memancing, bersampan, berbasikal dan minum air kelapa muda.
  • Galeri Inovasi Padi, Platform Agro Pelancongan Terbaik Papar

Peranan kerajaan kepada masyarakat

  • Sebagai pusat agro pelancongan yang berasaskan padi.
  • Ketengahkan teknologi, inovasi, pemuliharaan, pendidikan dan rekreasi.
  • · Dedah teknologi, varieti padi yang dihasilkan MARDI.
  • Pamer peralatan tradisional dan moden padi.
  • Rancakkan ekonomi masyarakat setempat.

MARDI Tanjung Karang Sepintas lalu

*Bermula sebagai Pusat Penyelidikan Jabatan Pertanian Persekutuan.

* Pada tahun 1971 pusat penyelidikan ini diserahkan kepada MARDI sempena dengan penubuhan MARDI yang bertujuan membangunkan teknologi untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani tempatan.

*Pada tahun 2005, petak sawah diuruskan oleh Unit Biji Benih MARDI bagi pengeluaran benih asas dan hanya sehektar digunakan oleh pengurusan stesen.

*Petak Sawah MARDI Tanjong Karang (MTK) diutamakan untuk penyelidikan padi dari aspek penilaian varieti, kajian pembajaan, petak pengeluaran benih berdaftar.

*Selari dengan peranan MTK sebagai stesen sokongan kepada Pusat Kecemerlangan penyelidikan dan inovasi teknologi Padi.

*MARDI Tanjong Karang terletak 7 km ke utara  pekan Tanjong Karang dan 1 km dari Jalan Besar Tanjong Karang – Sekinchan

*Ketinggian dua meter dari paras laut

*Terletak dan di dalam kawasan jelapang padi Negeri Selangor atau lebih dikenali sebagai Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor.

*Mempunyai kelembapan bandingan yang tinggi berubah-ubah antara 55 hingga 59 peratus.

* Tanah sawah di MARDI ini terdiri daripada tanah laut siri Bakau yang sesuai untuk tanaman padi.

*Tanah yang terdapat disekeliling luar stesen adalah kelapa dan padi.

* Sistem pengairan di MTK ini merupakan sistem palong yang mendapat bekalan air di Parit Buang (Parit 1).

* Pertengahan tahun 2019, MARDI Tanjong Karang telah mengorak langkah meningkatkan visibiliti teknologi MARDI melalui aktiviti di Taman Agroteknologi.

Taman Agtroteknologi MARDI Tanjong Karang adalah salah satu  pusat pemindahan teknologi, membolehkan  pengunjung atau pelanggan  didedahkan dengan sejarah teknologi padi, varieti padi yang dihasilkan di MARDI, mekanisasi dan kajian-kajian berkaitan padi yang dilakukan oleh MARDI.

Pengunjung juga berpeluang merasai sendiri pengalaman sebenar menjadi petani sawah dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti menaman padi, menangkap ikan dan pelbagai aktiviti menarik di lapangan petak sawah yang disediakan.


Penyelidikan Padi dan Beras

• Pembangunan varieti padi baharu yang berhasil tinggi, rintang kepada penyakit dan perosak utama serta menghasilkan beras yang berkualiti.

• Pembangunan sistem pengeluaran yang kos efektif, mampan dan mesra alam dengan penekanan ke atas penggunaan input yang optimum.

• Pengurusan perosak dan penyakit utama.

• Pembangunan teknologi pengendalian lepas tuai dan pembangunan produk berasaskan beras yang berkualiti Penyelidikan Kejuruteraan.

• MARDI telah mengambil langkah yang proaktif  dalam mencapai matlamat untuk memperluas teknologi berkaitan mekanisasi dan automasi di dalam sector pertanian dan industri pengeluaran makanan negara.

Antara Kajian yang dijalankan adalah kajian Pintu Pam menggunakan Aplikasi GSM.

Program Pengeluaran Biji Benih, Bahan Tanaman dan Ternakan

 • Program ini berfungsi untuk  menghasilkan bahan tanaman dan benih yang disahkan oleh MARDI dan disyorkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta mengekalkan ketulenan dan kualiti bahan tanaman yang diiktiraf dan dikomersilkan oleh MARDI. Salah satu pengeluaran benih terkini yang telah dilaksanakan adalah Pengeluaran Benih Asas MR 303.

Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan

• Membantu melahirkan usahawan pertanian dan industri asas tani yang kompetetif di peringkat pasaran tempatan dan global melalui bimbingan, latihan dan khidmat nasihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *