Apa kata mereka tentang jurnal.my

Jurnal ini sangat bermanfaat dan berupaya memaparkan maklumat dan isu semasa khususnya berkaitan inovasi teknologi.  Walau bagaimana pun untuk lebih berkesan portal ini perlu boleh di ‘link‘ dengan websites utama jabatan, agensi, kementerian dan sekolah sebagai rujukan. Ini untuk memastikan ia mendapat ikutan yang banyak

– Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah Agensi  Angkasa Malaysia (MySA)

Jurnal ni nampak real!

Sangat menyeronokkan dan menarik minat pembaca kerana very straight to the point!

– Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail
Timbalan Naib Canselor, (Penyelidikan dan Inovasi) , Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Hebat. Informatif dan analitikal

Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin
Profesor Fakulti Pertanian UPM

Menarik dan informatik

Prof. Dr Salleh Kamaruddin
Fakulti Pertanian UPM

Saya suka. Lay out cantik dan berita yang dihidang menarik.

Datuk Dr. Mazlan Othman
Pakar sains angkasa negara

Persembahan bahan yang sangat menarik dan penuh infomasi

Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim
Dekan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Sangat  informatif . Boleh bantu mahasiswa kenal dengan bidang keusahawanan pertanian

Datuk Syed Abdul Rahman Abdul Rashid
Usahawan  strawberi Cameron Highlands.

Jurnal yang bagus untuk perkongsian ilmu secara santai tapi berkesan dan bertenaga.

Datuk Dr. Abdul Latif Mohmod
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Banyak maklumat dan mesra pengguna direct dan interface tidak merumitkan dan yang penting tiada  pop up dengan iklan.

Kandungannya pula cantik  sebab sesuai dengan namanya, jurnal.my  dan laman macam ini yang saya suka sebab ia laman informasi dan tidak bercampur aduk sangat. Justeru kandungannya kalau boleh kekalkan jenis macam ini .. niche yang sama.

Dr. Amir Izzwan Zamri
Pensyarah Kanan
Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT

jurnal.my adalah sebuah portal yang menyediakan ruang berita mengikut klasifikasi yang mudah dan membawa pembaca untuk mencari maklumat melalui menu baru yang disediakan. 

Maklumat tersedia mengikut kategori santai daripada akar umbi kepada teknologi tinggi yang menjadi kegiatan dan aktiviti masyarakat serta pencapaian rakyat daripada sekecil-kecil nano sehingga seluas angkasa.

Anita Bahari
Pengarah Planetarium Negara

Sepintas lalu menarik . Menonjolkan bidang pertanian

Prof Ts. Ir. Dr Rezuwan Kamaruddin
Pensyarah
Universiti Malaysia Perlis
(UniMAP)

Dari segi susun atur dan penampilan  jurnal.my juga menarik

Prof Datuk Dr. Rusli Yunus
Pensyarah Universiti Malaysia Pahang 

Bagi saya jurnal.my adalah satu inisiatif yang sangat baik untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang aktiviti-aktiviti dan usaha-usaha berkaitan sains dan teknologi yang melibatkan industri perladangan, pertanian, alam sekitar dan sebagainya.

Artikel-artikel dan berita ringkas yang dipaparkan dapat membantu menarik perhatian masyarakat umum tentang inisiatif sedia ada. Saya doakan agar jurnal.my mampu untuk terus menjuarai usaha ini.

Prof. Datuk Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad, FASc
Timbalan Naib Canselor (TNC)
Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM)

Jurnal.my merupakan platform yang menyediakan banyak informasi sains yang telah dihasilkan oleh  penyelidik tempatan. Diharapkan ia boleh dijadikan sumber rujukan kepada rakyat Malaysia dalam memupuk generasi yang minat kepada sains dan teknologi dan seterusnya memacu pertumbuhan negara ke arah yang lebih baik dan cemerlang.

Terbaik jurnal.my

Prof. Madya. Chm. Dr. Khairul Anuar Mat Amin
Pensyarah Kanan
Universiti Malaysia Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *