TANAH RUNTUH, BENCANA APABILA ALAM TERLALU DIUSIK

Kejadian tanah runtuh baru baru ini sepatutnya mampu membuka mata ramai pihak mengenai pentingnya alam sekitar supay tidak terus diusik.

Tambahan pula kejadian tanah runtuh merosakkan harta benda dan mengorbankan nyawa.

Terbaharu satu kejadian tanah runtuh berlakuj di Taman Bukit Permai 2, Ampang Selangor beberapa hari lepas yang menjejaskan 15 rumah serta 10 kenderaan selain meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera ringan.

Menurut pihak berkuasa, kawasan tersebut tidak termasuk dalam senarai lebih 150 cerun yang diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi runtuh di Selangor. selepas banjir besar melanda baru-baru ini.

Namun bagi pakar kajian tanah runtuh negara, Prof. Dr Roslan Zainal Abidin , faktor Kebolehakisan hujan dn kebolehruntuhan tanah bagi kawasan bercerun amatlah kritikal walaupun ada cerun yg hanya ada penutupan pokok dan rumput.

PROF ROSLAN ZAINAl ABIDIN

Dr Roslan Zainal Abidin yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (NASEC) Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari 2001 hingga 2010 berkata. keadaan hujan yang berterusan selama tiga hari pasti akan melemahkan tanah untuk bergerak.
Menurut Roslan lagi, hujan harian yang melebehi 20 mm diikuti dgn hujan berterusan melebehi 3 Hari berturut turut walau pun tiada kerja pembalakan mahu pun kerja kerja projek pembangunan sudah pasti akan berlaku nya Tanah runtuh

“Bagi faktor klebolehruntuhan tanah, kandungan pasir, kelodak Dan tanah liat di sesuatu kawasan merupakan ukuran tahap kebolehruntuhannya. Jika banyak kandungan pasir Dan kelodak maka berisiko tinggi la kawasan tersebut (untuk berlaku runtuhan)

“(Justeru) perlu lebih berjaga jaga pada musim monsun yangg melanda etiap Tahun. Data hujan dari Stesen hujan yang ada di seluruh negara diperlu dianalisis untuk mengetahui keamatan hujan, tenaga hujan dan kebolehakisannya.

Maka kata beliau, bagi kuantiti tanah runtuh iaakan bergantung kepada panjang cerun, kecuraman cerun, penutupan cerun dan bentuk permukaan cerun

Menurut beliau lagi, lagi panjang cerun, cerun yang lebih curam, tiada penutupan permukaan cerun akan mengakibatkan Kuantiti tanah Runtuh yg besar.

Bagi Ketua Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS) Institut Kejuruteraan Integrasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Ts. Dr. Nor Azizi Yusoff bencana tanah runtiuh bukanlah suatu perkara baharu bagi negara ini .

DR. NOR AZIZIZ YUSOFF

“Kejadian serupa juga pernah berlaku sebelum ini. Hujan tanpa henti sejak beberapa hari mungkin menjadi salah satu faktor utama perkara ini terjadi.

Secara teknikalnya, cerun tanah akan stabil apabila kandungan air dan tekanan dalam tanah berada pada tahap di bawah ‘Takat pembuburan’ atau liquid limit. Curahan hujan yang sangat tinggi menyebabkan kekuatan antara zarah-zarah tanah terurai dan seterusnya hilang kekuatan, “ujarnya.

Menurut beliau bagi cerun batuan pula, proses lulu hawa kebiasaaannya boleh mengganggu kestabilan cerun batuan. Pergerakan air dan juga tumbuh-tumbuhan juga mampu mengurangkan kekuatan cerun seperti ini. Aktiviti manusia juga boleh menjadi penyebab bencana sebegini.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi bencana ini. Antaranya faktor cuaca ekstreme yang sukar dijangka yang kerap melanda negara pada ketika ini. Ini bukan sahaja mendedahkan negara kepada bencana tanah runtuh, malah bencana lain seperti bencana banjir yang melanda Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain itu, faktor-faktor pembangunan, keperluan guna tanah, praktis lapangan serta keperluan ekonomi setempat turut menyumbang. Kes kegagalan struktur kejuruteraan di negara ini masih terkawal dan mempunyai standard yang agak tinggi.

Walau bagaimanapun, negara kita telah mempunyai amalan kejuruteraan yang agak bagi dan dapat mengekang tragedi lebih buruk dan tidak terkawal di negara ini. Pihak Jabatan Kerja Raya sendiri mempunyai unit khas bagi melihat risiko-risiko cerun dalam negara. Pihak Jabatan Mineral dan Geosains juga telah mengambil banyak inisiatif bagi mengurangkan risiko bencana ini.

Di UTHM sendiri, sebuah pusat kecemerlangan iaitu RECESS telah diwujudkan lebih 10 tahun lalu sebagai tanda keseriusan pihak universiti dalam sama-sama cuba membantu negara dalam menangani bencana alam sebegini. Tidak ketinggalan, banyak juga universiti lain yang terlibat dalam bidang kejuruteraan awam yang turut sama menjayakan penyelidikan berterusan ke arah ini. Kajian-kajian serta inovasi-inovasi yang diwujudkan diharapkan dapat membantu negara berdepan dengan keperluan ini.

Baru-baru ini, saya dan rakan-rakan penyelidik RECESS dan UTHM juga berpeluang dalam mengkaji kejadian tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat, Selangor dan sekitar Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini. Kami telah berada di lapangan dengan kerjasama Pejabat Daerah Hulu Langat, Jabatan Kerja Raya (JKR) , Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), beberapa sukarelawan syarikat swasta serta masyarakat setempat.

Sangat menggusarkan, curahan hujan luar biasa di sesetengah tempat terjejas boleh mencecah sekitar 300 mm hujan baru-baru ini. Untuk rekod, Jelebu merupakan antara tempat paling kering di negara kita. Sebahagian dari cerun gagal kerana pendedahan hujan ini terlampau besar dan diluar kemampuan rekabentuk yang biasa diamalkan.

Fenomena alam yang kian sukar dijangka ini meruntun lebih banyak usaha dari semua pihak. Saya pasti, pihak berwajib seperti Jabatan Kerja Raya Malaysia sedang berusaha sebaiknya bertindak mengikut keperluan ini. Di universiti pula, lebih banyak kajian perlu digerakkan bagi sama-sama membantu menangani risiko ini.

Orang awam juga punya peranan yang tersendiri. Jika kita melihat terdapat kebocoran air berhampiran muka cerun, ia boleh dilaporkan kepada pihak yang berkenaan. Walaupun menjadi tanggungjawab PBT setempat atau pihak berwajib menjaga kebersihan longkang contohnya, komuniti boleh sama-sama membantu sekiranya melihat ada longkang-longkang di cerun yang tersumbat.

Penduduk yang lalu lalang di suatu lokasi cerun boleh memerhatikan keadaan cerun. Jika kita mendapati jajaran longkang berubah, ini antara petanda awal pergerakan cerun. Selain daripada itu, sekiranya kita melihat rekahan tanah pada atas cerun, ini juga petanda awal pergerakan cerun tersebut. Muka cerun yang tidak diliputi rumput atau kaedah kejuruteraan yang sesuai, sangat berisiko untuk runtuh sekiranya mendapat curahan hujan yang tinggi. Sekiranya pembinaan sedang dijalankan, menutup muka cerun dengan kanvas adalah antara kaedah termudah dan termurah bagi sama-sama mengurangkan risiko ini.

Akhir kata, walaupun kita tidak mampu mengawal ketidak tentuan cuaca dan lain-lain, orang awam dapat membantu menjadi mata dan telinga agensi terlibat dalam membuat tindakan sewajarnya. Laporkan pengamatan anda di kawasan kejiranan anda bagi mengelakkan tragedi sama berulang.

Sementara itu bagi Agensi Angkasa Negara (MySA) TEKNOLOGI SATELIT YANH DIMILIKI MEMBOLEHKAN agen berkenaan membangunkan sistem pengurusan cerun (e-slope) dengan kerjasama MPAJ.

MySA juga mengadakan kerjasama dengan Plus bagi menentukan zin bahaya tanah runtu di sepanakng laluan lebuh raya PLUS menggunakan teknologi remote sensong dan Sistem Maklumat Geografi (GIS).

Kandungan e slope

-Modul Pengurusan cerun

Fungsi : Menyediakan maklumat cerun bagi kerja kerja pemantauan dan persediaan awal tanah runtuh

Kandungan:

-Maklumat cerun dan geografi

-Tahap bahaya cerun
-Impak runtuhan

-Pandangan 3 dimensi

-Perubahan guna tanah

-Analisis penialain kerosakan

-modul pembangunan bukit dan tanah tinggi

Fungsi: Menyediakan input bagi kesesuaian pembangunan sesuatu kawasan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *