Teknologi nuklear hasil varieti padi IS21, pengeluaran lebih tinggi

Dengan kemampuan menghasilkan antara 20 hingga 40 peratus hasil , benih padi IS21 yang mengambil sempena nama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob (IS) 2021 (Is21, maklum balas pesawah amat positif apabila yang mendapati hasil tuaian adalah lebih tinggi mengambil kira faktor benih yang tahan dengan cuaca ekstrem dan mempunyai rintang terhadap beberapa penyakit padi.

Menurut seorang penyelidiknya, Dr. Sobri Hussein yng juga pegawai penyelidik di Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) selain itu, para pesawah dan petani juga dapat menjimatkan kos pengurusan sawah memandangkan penanaman padi jenis ini tidak memerlukan penggunaan baja yang banyak.

” Penyelidikan padi nuklear ini telah dimulakan sejak tahun 2006 oleh Dr. Abdul Rahim Harun menggunakan teknologi sinaran gamma.

“Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mendapatkan padi yang mempunyai hasil yang tinggi dan juga tahan kepada masalah kekurangan bekalan air.

“Walaubagaimanapun Analisis LVT (local Verification Trials) dijalankan adalah di dapati bahawa variety padi baharu ini mampu bertahan kepada masalah cuaca yang extrem.

“Oleh yang demikian padi ini telah berjaya mendapat pengiktirafan oleh DOA (Jabatan Pertanian) sebagai salah satu varieti padi baharu negara pada 19 Feb 2020.

“Varieti padi baharu ini juga telah berjaya meningkatkan pendapatan petani antara 20 hingga 40 peratus bergantung kepada lokasi dan cara pengurusan sawah.

“Pada 29 Jan 2021 padi ini telah diperakukan oleh Kementerian Pertanian dan Indusri Makanan sebagai salah satu varietI padi yang boleh digunakan oleh pesawah. Makapadi ini telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 20 Nov 2021 di Sekinchan Selangor,”ujarnyua

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 9 Mac lalu menyempurnakan Majlis Penyerahan Benih Padi IS21 kepada Komuniti di Endau,
Johor melibatkan 500 guni benih padi IS21 seberat 20kg setiap satu.

Benih padi IS21 dihasilkan oleh Agensi Nuklear Malaysia iaitu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini telah dijana melalui teknologi
nuklear.

Untuk rekod, Perdana Menteri telah melancarkan Benih Padi IS21 di Sekinchan, Selangor pada 20 November 2021. Sejak pelancaran, MOSTI telah menerima maklum balas daripada para pesawah dan petani

Ismail Sabri berkata, peluasan penggunaan benih padi IS21 di Endau diharap dapat memberi manfaat kepada para pesawah dan petani kerana penghasilan padi daripada varieti IS21 ini mampu meningkatkan pendapatan dan seterusnya taraf hidup rakyat.

Tambah beliau, golongan belia dan anak muda juga diharap dapat menyemai minat dan menceburi pertanian moden.

“Jika diletakkan sepenuhnya minat untuk berbakti kepada tanah, pertanian moden mampu meningkatkan taraf hidup, meningkatkan sumber pendapatan dan seterusnya membasmi kemiskinan.”ujarnya.

Menurut YAB Perdana Menteri lagi, tumpuan perlu diberikan kepada golongan belia ke arah memodenkan sektor pertanian yang digabungkan dengan elemen keusahawanan bagi melahirkan lebih ramai agropreneur muda yang mahir dan arif dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi dan inovasi dalam industri pertanian.

“Dalam hal ini, MOSTI juga dapat membantu memperkenalkan pelbagai teknologi dan inovasi yang mampu merancakkan lagi sektor pertanian khususnya dalam kalangan golongan belia.” ujarnya.

Sementara itu, Menteri MOSTI, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata, “Selain daripada penggunaan teknologi nuklear dalam bidang pertanian, agensi penyelidikan yang lain di bawah MOSTI turut memainkan peranan penting dalam bidang pertanian.

Penyelidikan berkaitan bioteknologi oleh Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) mampu menghasilkan persekitaran optimum untuk hasil tanaman yang baik”.

Tambahnya, penggunaan remote sensing (penderiaan jauh) di bawah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) juga telah membantu dari segi pemantauan pengurusan di jelapang padi melalui pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi).

Hasil inisiatif MOSTI dan agensi-agensinya sebagai sebuah keluarga diyakini dapat membantu golongan petani dan pesawah di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *