MAFI, JPV anjur sambutan Sayangi Haiwan di Putrajaya

Sambutan Sayangi Haiwan di MAFI Putrajaya

BANGI: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan mengadakan majlis perasmian sambutan Malaysia Animal Loving Day 2022 bermula Sabtu ini hingga Ahad di ruang legar kompleks ibu pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya

Antara program menarik sempena sambutan tersebut adalah pertandingan kucing tercantik , pameran Aquaspace,pameran ikan hiasan dan konservasi perikanan, ceramah dan seminar, gerai jualan pertandingan mewarna dan permanan didik hibur serta cats adoption.

Program selama dua hari itu bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Antara ceramah yang akan diadakan bertajuk Penjagaan Kesihatan Haiwan dan Tanggungjawab Pemilik Dari Perspektif Islam daripada penceramah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Program yang mendapat kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dijangka dirasmikan Menteri MAFI, Datuk Seri Dr. Ronland Kiandee.

Terdahulu Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr. Norlizan Mohd Noor akan menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *