Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia nyata membimbangkan kerana ia boleh mengancam nyawa. Justeru bagi membendung virus tersebut pergerakan manusia juga perlu dikawal bagi memutuskan rangkaian pergerakan, salah satu cara membendung penyebarannya adalah dengan menggunakan bahan pencuci beralkohol.
Walau bagaimanapun permintaan terhadap cecair tersebut meningkat dengan mendadak menyebabkan agak sukar diperoleh. Justeru bagi mengatasi masalah tersebut beberapa pihak termasuklah antaranya institusi pengajian tinggi (IPT).
Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai contoh menghasilkan cecair pensanitasi bagi tujuan penggunaan petugas barisan hadapan.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul cecair pencuci tangan untuk membasmi kuman dinamakan Covinizer dihasilkan oleh staf dan pelajar di Makmal Bersepadu UMS.
Beliau berkata, bagi memastikan cecair tersebut berkesan untuk membunuh virus seperti COVID-19, pihaknya menggunakan 75 peratus kandungan alkohol sebagaimana disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
UMS mempunyai kapasiti menghasilkan 500 hingga 1000 liter cecair Covinizer setiap hari.
Pengeluaran dibuat bergantung kepada ketersediaan bekalan bahan kimia dan botol yang diperlukan.
Covinizer dipakejkan di dalam botol berkapasiti 50 mL, 500 mL dan 10 Liter.
Sebagai sebuah universiti, UMS komited untuk menggunakan tenaga pakar dan sumbernya dalam membantu kerajaan menangani penularan COVID-19
UMS katanya sudah membekalkan Covinizer yang dihasilkan kepada petugas barisan hadapan termasuk hospital kerajaan di sekitar Kota Kinabalu, Regimen Askar Wataniah, dan petugas barisan hadapan di UMS serta pelajar.
“UMS akan terus menghasilkan Covinizer ini bagi memastikan bekalan cecair pensanitasi tangan itu sentiasa mencukupi.” tambahnya lagi.
Mengulas lanjut Ramzah berkata, usaha menyekat penularan pandemik COVID-19 terus diperhebatkan dan memerlukan sokongan dan kerjasama seluruh lapisan masyarakat dan organisasi.
Selain tanggungjawab individu agar patuh kepada langkah-langkah mengawal penularan pandemik ini, tindakan anggota masyarakat termasuklah organisasi sangat penting dalam memastikan segala usaha yang dititikberatkan mencapai kejayaan.
Dalam hal ini, UMS tampil membantu menyediakan keperluan terhadap peralatan pelindung diri termasuk topeng penutup hidung dan mulut, pelindung muka, pakaian pelindung dan cecair pensanitasi tangan untuk dibekalkan khususnya kepada para petugas barisan hadapan bagi melindungi mereka daripada risiko dijangkiti COVID-19.
Walau bagaimanapun, dengan seluruh dunia berjuang mengekang penularan COVID-19 dan pemakaian perintah mengehadkan pergerakan, maka pengeluaran bekalan cecair perlu diteruskan