Cari ikan di laut guna satelit

Dalam mimpi berkata sang duyung
Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan, ada balasannya

Itu antara lirik lagu Kumpulan Kembara – Impian Seorang Nelayan yang menggambarkan jerih perih mereka ke laut mencari rezeki menangkap ikan. 

Lautan luas, meskipun banyak cabaran yang perlu ditempuh, namun merupakan sumber rezeki dan tempat golongan nelayan bergantung harap dan menyumbang kepada sumber protein kepada kita.

Banyak atau tidak tangkapan yang mereka bawa balik ke darat tidak menjamin pendapatan juga banyak kerana bergantung kepada kos operasi ke laut.

Faktor cuaca, ombak, bahan api dan banyak mana hasil  tangkapan antara faktor pemboleh ubah  yang menentukan untung rugi mereka ke laut.

Di sebalik semua itu, apakah kita tidak melakukan apa-apa kepada mereka bagi memastikan kelangsungan hidup dan kita mendapat bekalan ikan tanpa ada putusnya.

Sejak sekian lama golongan nelayan yang jumlahnya dikatakan antara 90,000 hingga 100,000 orang di negara ini berdepan dengan  cabaran menyabung nyawa  untuk mencari rezeki  dengan kudrat yang termampu. Sebahagaian besarnya menggunakan pelbagai kaedah menangkap ikan dengan alat dan teknologi sedia ada.

Alkisahnya ada beberapa petua tradisonal yang biasa yang diamalkan  nelayan sejak dahulu  lagi bagi mengesan kumpulan ikan apabila turun ke laut. Antaranya melihat keadaan air atau terpaksa menyelam.

Kaedah sebegini biasanya diketahui oleh mereka yang telah lama sebagai `orang laut’ menangkap ikan.

Hari ini, kecanggihan teknologi  mengambil tempatnya dalam setiap kerja-kerja manusia.

Sebab itu, idea untuk membantu manusia menyelesaikan masalah mendorong kepada tercetusnya teknologi baru. Ini termasuk kaedah menentukan lokasi ikan yang sudah lama difikirkan

Kumpulan pencetus dan penggerak teknologi ini termasuk  Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) yang kini dikenali sebagai Agensi Angkasa Malaysia (MySA),  Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Perikanan dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat).

Projek perintis dimulakan di perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia (2007-2010) dan  telah diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat mulai Januari 2011.

Projek tersebut yang dinamakan Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan  (FSI) bermatlamat membolehkan  agensi perikanan negara meningkatkan hasil tangkapan nelayan menerusi penggunaan teknologi remote sensing (penderiaan jauh), sistem maklumat geografi (GIS) dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) .

Seandainya  sebelum ini nelayan banyak guna tekong untuk menjadi panduan penangkapan ikan , teknologi  FSI itu  merupakan satu pendekatan baharu membantu nelayan.

FSI boleh dianggap menggantikan kaedah konservatif menjejak lokasi ikan menggunakan kaedah manual atau kepakaran berenang nelayan atau menggunakan lampu.

Sistem ini memanfaatkan teknologi satelit daripada  antaranya yang pernah digunakan adalah Terra , Aqua  NOAA dan  NPP  dengan menganalisis data yang diterima dan menggunakan data tersebut untuk diproses membentuk satu maklumat lengkap FSI.

Sistem tersebut yang mula digunakan secara meluas pada sejak 2011 ke seluruh  melibatkan kira-kira 40,000 nelayan.

Malah satu ketika penggunaannya dikatakan membantu peninkatan sehingga 20 peratus tangkapan ikan

Sistem tersebut juga dilengkapi dengan pusat sebaran FSI di Semenanjung Malaysia melibatkan 35 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

Ada cara maklumat lokasi disebarkan iaitu sistem pesanan ringkas (SMS dan portal. Mereka yang mahu menggunakan perlu   melayari http://ikan.remotesensing.gov.my

Syarat penggunaan

  • Hanya untuk nelayan berdaftar dengan PNK sahaja
    • Maklumat lokasi penangkapan ikan semasa
    • Arkib data sehingga 14 hari
    • Maklum balas hasil tangkapan
    • Pendaftaran pengguna
    • Maklumat cuaca

Penyebaran maklumat lokasi menerusi SMS

taip RSENSING IKAN (NO VESEL) 
dan hantar ke 15888

  • Lima lokasi bagi setiap SMS
    • Hebahan SMS adalah percuma
    • RM 0.35 per SMS (Caj Telco) – Servis on DemandP

Pengenalan FSI ternyata menggembirakan nelayan kerana membantu mereka mencari ikan ia perlu ditambahbaik pada masa akan datang.

Ia mungkin membantu ekonom nelayan meningkatkan ekonomi  mereka tetapi ia bergantung kepada musim tertentu dan keadaan laut itu sendiri.

IMPAK

  • Peningkatan hasil tangkapan ikan sebanyak 24 peratus;
  • Peningkatan kecekapan operasi menangkap ikan;
  • Penurunan kadar import bekalan ikan negara sebanyak 40 peratus
  • Mengurangkan aliran keluar wang negara sebanyak RM350 juta;
  • Memberi manfaat kepada 30,000 nelayan di seluruh negara; dan
  • Penguatkuasaan yang lebih cekap di perairan negara.

Teknologi satelit yang membantu

Hari ini, kecanggihan teknologi  mengambil tempatnya dalam setiap kerja-kerja manusia.

Sebab itu, idea untuk membantu manusia menyelesaikan masalah mendorong kepada tercetusnya teknologi baru. Ini termasuk kaedah menentukan lokasi ikan yang sudah lama difikirkan dan kini sedang dalam proses penyempurnaan.

Teknologi yang diperkenalkan seperti FSI yang dibangunkan oleh keempat-empat pihak terbabit.

Antara teknologi sistem penentuan kedudukan ikan (FSI) bersama Agensi Remote Sensing Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kuantan Pahang.

Sistem tersebut memanfaatkan teknologi remote sensing atau penderiaan jauh, melibatkan satelit sebagai medium penghantar data.

Apakah teknologi remote sensing yang menjadi teras atau tulang belakang kepada sistem ini.?

Dalam sejarah teknologi tempatan, remote sensing merupakan  satu daripada empat bidang teknologi angkasa  telah diperkenalkan  di negara ini sejak 1980-an.

Teknologi tersebut memerlukan penggunaan satelit sebagai teras untuk mengambil gambar imej , komputer, teknologi sistem pesanan ringkas (sms) dan mesin faksimile.

Dalam pada itu, tujuan penggunaan teknologi remote sensing adalah pelbagai antaranya, untuk  pengurusan bencana, pengeluaran pertanian,  sumber asli, keselamatan dan strategik dan pembangunan tanah.

Menyedari kepentingan itu agensi kerajaan yang menguasai teknologi tersebut memainkan peranan untuk menggunakan sepenuhnya  imej-imej satelit yang diterima di Stesen Bumi di Temerloh, Pahang bagi melaksanakan projek kerjasama yang memberi manfaat kepada golongan nelayan dan kepada ekonomi negara secara keseluruhannya.

Empat pihak terbabit telah mula melaksanakan projek tersebut pada 2007 dan sejak beberapa waktu kebelakangan, nelayan telah mula menggunakannya, terutama di kawasan Pantai Timut Semenanjung Malaysia.

Sistem tersebut terdiri daripada empat komponen utama iaitu

*Penerimaan, pemprosesan dan penghasilan produk .

*Pangkalan data

*Sistem sebaran maklumat (portal dan sms)

*Nelayan (pengoperasian)

Sistem remote sensing yang di gunakan nelayan di pusat pendaratan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kuantan Pahang.

Bagaimana berfungsi

  1. Data satelit  diterima setiap hari di Stesen Bumi Agensi Amgkasa Malaysia (ARSM) Temerloh, Pahang dan terus diproses bagi penghasilan maklumat lokasi  penangkapan ikan
  1. Pangkalan data yang terdiri daripada maklumat lokasi penangkapan ikan dan profail nelayan  dikemaskini
  1. Maklumat lokasi penangkapan ikan disebarkan melalui sistem pesanan ringkas san berbayar (MySMS-15888) dan  portal.
  1. Nelayan menerima maklumat lokasi penangkapan ikan dan operasi penangkapan dijalankan.

Nelayan yang ingin menggunakan sistem tersebut perlu mendaftar  dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di kawasan masing-masing. Selain layak menerima kad e-nelayan dan diesel bersubsidi, butiran diri mereka juga perlu disimpan dalam pangjkalan data. Mereka juga hendaklah menggunakan pukat jerut.

PNK tersebut yang mana nelayan berdaftar memainkan peranan sebagai pusat bagi sistem tersebut.

Ketika ini diperingkat fasa pertama,  melibatkan 12 daripada 22 PNK di kawasan Pantai Timur  Semenanjung yang mempunyai vesel pukat jerut

Kos awal projek

Agensi                                Perbelanjaan sebenar (RM)

MySA (ARMS)                               1.2 juta

Jabatan Perikanan                           1 juta

LKIM                                              1 juta

JUMLAH                                           3.2  juta

Impak projek

*Pengurusan kos operasi vesel

*Menjimatkan masa pencarian ikan di laut

*Peningkatan hasil tangkapan

*Membangunkan sosioekonmi nelkayan

*Membantu membangunkan industri perikanan negara

Membantu penguatkuasaan marin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *