Amaran impak fenomena gerhana anulus

Fenomena gerhana bukan asing bagi rakyat Malaysia memandang negara ini berada  di Khatulistiwa.  Walau bagaimanapun pada 26 Disember 2019, rakyat Malaysia akan sekali lagi berpeluang menyaksikan fenomena astronomi yang jarang-jarang berlaku di negara ini iaitu Gerhana Matahari Anulus.

Fenomena yang turut dikenali sebagai Gerhana Matahari Cincin pernah berlaku dalam tempoh 21 tahun yang lalu iaitu pada 22 Ogos 1998, di
Mersing, Johor.

Bagi Dr. Noordin Ahmad yang pernah mengetuai Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) apa yang  menariknya adalah fenomena yang boleh disaksikan di bahagian selatan negara,  gerhana matahari akan berbentuk seperti cincin pada kemuncaknya.

“Juga dikenali sebagai gerhana annulus, ia berlaku apabila Bulan merangkumi tengah Matahari, meninggalkan tepi luar yang membentuk “cincin api atau cahaya.

Dr. Noordin Ahmad

“Gerhana bulan ini akan menjadi “cincin api” di Arab Saudi, India dan Asia Tenggara, dan ia akan muncul sebagai gerhana separa di Asia dan Australia, ” ujarnya.

Beliau berkata , laluan cincin api ini bermula dari Riyadh, Arab Saudi iaitu pukul 6.34 pagi (waktu tempatan), Singapura (1.22 tengah hari waktu tempatan) dan berakhir di Guam (4.54 petang waktu tempatan).
Beliau berkata,  bagi Malaysia, fenomena “cincin api” ini hanya dapat dilihat sekitar Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.

Katanya, kali terakhir cincin api kelihatan di Malaysia adalah pada 22 Ogos 1998.

Bagi mereka yang akan ke Tanjung Piai, adalah digalakkan tidak berada di atas jeti kerana menurut Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) paras air laut akan meningkat di situ kepada 3.4 meter, berbanding tahap biasa, iaitu antara dua dan tiga meter.

Pelbagai program telah disediakan dan dianjurkan untuk mereka yang ingin mencerap gerhana cincin ini di Tanjung Piai.

Antaranya oleh agensi – agensi Kementerian Tenaga, Sains. Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) seperti (Planetarium Negara dan Agensi Angkasa Negara atau MySA), Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) bersama JUPEM, dan beberapa institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Malaya  (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Mereka yang ingin mendapat maklumat boleh melayari EclipseWise.com.
Dalam pada itu Planetarium Negara dalam kenyataannya berkata, fenomena alam semesta tersebut  jarang dapat disaksikan di negara ini.

Planetarium Negara telah memilih Tanjung Piai yang juga terkenal dengan jolokan “Penghujung Paling Selatan Tanah Besar Benua Asia” di Daerah Pontian, Johor dan bandar Serian di Sarawak sebagai lokasi rasmi Program Gerhana Matahari Anulus.

“Planetarium Negara di Kuala Lumpur lokasi rasmi bagi Gerhana Matahari Separa, ” kata kenyataan tersebut.

Agensi tersebut bekerjasama Taman Negara Tanjung Piai, Tourism Malaysia serta Majlis Daerah Pontian turut mengatur pelbagai acara berkaitan selama tiga hari bermula 24 Disember sehingga 26  Disember ini  yang dinamakan sebagai SolarFest Malaysia 2019.

Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk dijalankan di lokasi lokasi rasmi termasuk ceramah sains dan Bengkel Peralatan Melihat
Gerhana, Edaran Edu-kit Gerhana dan Pencerapan Gerhana untuk
awam manakala Penganjuran SolarFest Malaysia 2019 di Taman Negara
Tanjung Piai pula bakal disertai secara aktif oleh ahli-ahli astrofizik, duta
acara, tokoh dan selebriti tempatan melibatkan pelbagai acara sampingan
seperti tapak pameran solar, kempen kesedaran alam semesta, solar
Gastronomi, kempen penanaman pokok bakau, persembahan muzik dan
makanan etnik Johor, program keagamaan, Eksplorasi Alam serta banyak
lagi.

Pada acara kemuncak 26 Disember 2019, orang ramai khususnya
peminat aktiviti astronomi berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari
Anulus secara Live Streaming selain liputan di media sosial yang
dijangka diikuti oleh dua juta peminat astronomi di seluruh dunia selain
sasaran himpunan sebanyak 2,000 teleskop yang akan dicatatkan di
dalam Malaysia Book of Records. –Laupa Junus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *