Penyelidik UPM hasilkan PUTRA® Frame daripada kenaf

Kenaf merupakan sejenis tanaman komoditi yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Pokok kenaf biasa ditaman kerana boleh dimanfaatkan untuk tujuan penggunaan industri berrkaitan perabot .

Gentian teras kenaf yang terdiri daripada 60 peratus  daripada pokok kenaf merupakan produk sampingan industri kenaf yang tidak berguna dan bernilai rendah.

Ini disebabkan ia mempunyai sifat mekanik yang rendah (lembut) berbanding dengan gentian kulit kenaf yang merupakan 40 peratus daripada pokok kenaf.

Penggunaan gentian teras kenaf untuk menghasilkan produk komposit polimer akan meningkatkan nilainya yang sebelum ini kurang digunakan oleh pihak industri.

Pelan Induk Pembangunan Industri Kenaf Negara  juga menganggarkan RM350 juta dapat dijana bagi pasaran domestik manakala permintaan di pasaran dunia dijangka mencapai RM3.5 bilion menjelang 2025.

Ini merupakan pasaran yang amat luas bagi mengembangkan produk sampingan daripada bahan mentah alternatif kenaf ini.

Menyedari potensi tersebut sekumpulan penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) daripada pelbagai kepakaran menjalan penyelidikan daripada teras kenaf dan berjaya menghasilkan inovasi bingkai dinamakan  PUTRA® Frame

Kumpulan tersebut dianggotai oleh Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit daripada Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) selaku ketua penyelidik, Prof. Dr. Paridah Md. Tahir (penasihat) dan beberapa staf penyeldiik dan pegawai sains lain yang semuanya daripada institut yang sama.

Mereka ialah Dr. Ahmad Adlie Shamsuri, Dr. Syeed SaifulAzry Osman Al-Edrus

Mohd Shazwan Jamhari , Mohd Hafizie Manap  dan seorang pereka bentuk daripada Fakulti Reka Bnetuk dan Seni Bina (FRSB),  UPM iaitu Dr. Hassan Ali.

Kejayaan penghasilan inovasi tersebut jug merupakan  hasil kerjasama yang unik dalam kalangan staf FRSB, Pejabat Bursar dan Pelajar Asnaf di UPM, Serdang.

Berkongsi mengenai inovasi tersebut, Dr. Mohd Sapuan berkata, PUTRA® Frame adalah produk biokomposit yang dihasilkan daripada teras pokok kenaf yang jarang digunakan dalam industri kenaf

PUTRA® Frame adalah bingkai diperbuat daripada gentian kenaf yangmencerminkan generasi moden, ‘’ ujarnya.

Menurutnya, penggunaan PUTRA® Frame adalah fleksibel sama ada dalam kedudukan landskap atau potret serta boleh ditegakkan di atas meja atau digantung di dinding.

Rekaan komponen logo UPM juga versatil yang boleh diubah kedudukannya mengikut keperluan dan kesesuaian.

Mengenai bahan yang digunakan, beliau berkata, ia  adalah gentian teras kenaf dan plastik komoditi.

Beliau berkata, terdapat lima peringkat yang terlibat dalam penghasilan PUTRA® Frame iaitu, pemilihan bahan, komposisi bahan, penyemperitan bahan, penyuntikan komposit dan pemasangan komponen.

Yang menariknya kata Dr Sapuan, PUTRA® Frame tidak menyebabkan kesan toksik kepada manusia serta mesra alam dan boleh dibiourai oleh mikrob disamping harganya yang berpatutan. Selain itu, ia mempunyai kekuatan hentaman yang tinggi disebabkan kehadiran gentian teras kenaf. Ia juga mempunyai kestabilan terma yang baik berbanding dengan plastik asal. PUTRA® Frame adalah ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Inovasi tersebut memberi banyak kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan penggunaan bahan biokomposit dalam kehidupan seharian bagi memelihara alam sekitar dan kesihatan manusia.

PUTRA® Frame sudah sedia untuk dikomersilkan oleh pihak industri yang berminat di dalam menghasilkannya pada skala yang lebih besar.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan PUTRA® Frame, produk juga telah dijual oleh pihak INTROP ditanam di Malaysia dan juga plastik industri serta menggunakan kemudahan dalaman. Ia tidak bertoksik dan boleh terbiodegradasi yang direka khas untuk harga RM 35 seunit

Penyelidikan tersebut yang bermula pada 2017 berjaya disiapkan setahun kemudian menggunakan dana dalam daripada UPM.

Inovasi terseut telah didaftarkan di bawah perlindungan harta intelek dan nombor  rujukan reka bentuk industri: AR2017004139

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *