MARDI Cameron Highlands kini COE pertanian hijau

Kejayaan Institut Penyelidian dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) terus dipacu menerusi usaha terbaharu agensi tersebut dengan penubuhan Pusat Kecemerlangan (COE) Pertanian Hijau MARDI Cameron Highlands yang dirasmikan pada 29 April  lalu.

Stesen tersebut  merupakan satu-satunya stesen penyelidikan yang ditubuhkan bagi memantapkan R&D yang fokus kepada tanaman tanah tinggi.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor berkata ia berfungsi sebagai stesen kecemerlangan penyelidikan teknologi pertanian hijau dan pertanian tanah tinggi. Ia juga merupakan stesen sokongan kepada pemindahan teknologi MARDI.

Menurutnya MARDI sudah lama memulakan program tersebut apabila melancarkan agen kawalan biologi  dengan  melepaskan serangga  yang akan memusnahkan ulat perosak pada 2019.

“Bagi tujuan tersebut, beberapa pegawai penyelidik telah memulakan kajian berpusat di Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands dan akan ditambah kepada 10 orang secara berperingkat,” ujarnya sempena pembukaan rasmi  Pusat Kecemerlangan Pertanian Hijau MARDI di Cameron Highlands baru-baru ini yang disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Info

Antara aktiviti penyelidikan yang dijalankan di MARDI Cameron Highlands:

*  Penyelidikan agronomi dan sistem pengeluaran, pengawalan perosak      

   dan penyakit, serta pengendalian lepas tuai bagi sayur-sayuran, buah- 

   buahan dan bunga-bungaan.

*  Penyelidikan pemuliharaan tanah

*  Pengumpulan, pemuliharaan dan penggunaan sumber genetik tanaman     

    tanah tinggi.

* Penyelidikan sistem kawalan persekitaran dalam rumah tanaman.

* Penyelidikan agen kawalan biologi serta pertanian organik

* Pengurusan sisa tanaman bagi penghasilan biogas

* Pemindahan teknologi melalui test bed produk minuman

 

Selain daripada itu, dua lagi teknologi MARDI turut dilancarkan, iaitu :

Teknologi Biopestisid Multi Virus

  • Berkesan mengawal serangan empat ulat perosak Lepidoptera di ladang kubis
  • Mesra alam & tidak memusnahkan serangga bermanfaat seperti pendebunga (lebah/kelulut)
  • Tidak meninggalkan sisa dan hasil sayuran boleh terus dituai
  • Mengurangkan perkembangan masalah kerintangan/ kekebalan serangga perosak terhadap racun kimia

Baja Organo Plus

  • Membekalkan unsur nutrien makro dan surih yang penting. Ia telah diuji keberkesanannya pada sayuran serta bungaan dan dalam masa yang sama bukan sahaja meningkatkan hasil tanaman, malah menyuburkan tanah dengan aplikasi yang berterusan.
  • Kombinasi baja mineral dan organik yang berteknologi baharu dan mesra alam
  • Gabungan baja lengkap dengan asid humik, silika dan kompos
  • Mempunyai keupayaan baja lepas perlahan
  • Meningkatkan kecekapan nutrien dengan mengurangkan kadar larut resap (50% berbanding dengan kawalan)
  • Meningkatkan kesuburan dan kualiti tanah dengan penggunaan berpanjangan
  • Sesuai untuk semua jenis tanah dan tanaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *