Mi kuning Muhibbah Raya Tawau

Warga Tawau pastinya pernah menikmati mi kuning kering keluaran seorang anak jatinya sendiri.

Pengusaha berkenaan Jula Majurani,47, yang berasal dari Pulau Sebatik sudah mengusahakan projek penghasilan mi kuning kering sejak 2003 di Kampung Muhibbah Raya, tidak jauh dari bandar tersebut.

Dengan modal awal yang dilaburkan kira-kira RM 20,000 dan beroperasi di kilang yang lengkap  dengan dibantu enam pekerja, Jula kini boleh tersenyum puas dengan pencapaiannya setakat ini.

Berkongsi lebih lanjut Jula memberitahu, perusahaan mi tersebut kini berkembang dan beliau berpuas hati kerana dapat mengeluarkan makanan yang bersih dan halal untuk keperluan orang ramai.

“Kemudahah di kilang ini okey, boleh menerima pelawat , mampu  memberi khidmat dan kursus sambil belajar, ” ujarnya kepada jurnal.my

Walau bagaimanapun, beliau mengucapkan penghargaan kepada beberapa pihak yang membantunya sampai ke tahap sekarang  termasuklah antaranya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang menyumbangkan peralatan dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menerusi bantuan  pembungkusan

Beliau juga menghadiri  kursus pemprosesan mi yang dianjurkan oleh LKIM.

Mi kuning jenama Julaa yang semakin mendapat sambutan

Dalam pada itu beliau akur bahawa  dunia perniagaan sering berdepan cabaran terutama kos peralatan dan bahan mentah yang mahal . Meskipun bahan mentah diperoleh daripada bandar ini, harganya tetap membebankan.

Ketika ditanya individu yang berada di belakang  yang memberi semangat dan dorongan sepanjang mengusahaka pengeluaran mi kuning kering tersebut Jula yang juga Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Persatuan Nelayan (PNK) Tawau berkata, beliau sentiasa menerima kata kata perangsang daripada isterinya.

Mi kuning kering jenama Julaa tersebut kini dipasarkan di seluruh negeri Sabah pasar, menerusi pasar raya dan hingga ke Indonesia dan Filipina.

Bagi mereka yang berminat menceburi projek seumpama itu Jula berkata, sekiranya usahawan bimbingan menerima bantuan daripada mana bantuan daripada  mana-mana agensi, mereka jangan mensesiakan peluang tersebut.

“Janganlah kita  sia-siakan (bantuan kerajaan),  sebab peluang hanya datang sekali dan hargai bantuan kerajaan  berterima kasih kepada kerajaan.

“Tujuan saya adalah mengeluarkan produk halal kerana tanpa kita sedar produk luar berleluasa  menguasai negara kini yang dicurigai halal atau sebaliknya , ‘’ ujarnya yang juga merupakan seorang anak nelayan dan pekebun kecil.

Jula Majurani

Napenuh: Nama Jula Majurani
Umur: 47 tahun
Asal: Pulau Sebatik Tawau.
Pendidikan:  Lepasan SPM melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Vokasional Tawau.
Falsafah perniagaan : Minat , rajin, usaha, sentiasa memandang kehadapan dan  mengambil berat tentang hala tuju kerajaan dalam industri makanan negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *