Aroma kacang bilis Tawau seantero Sabah

Mengenali Tawau, sebagai sebuah bandar di Tenggara Sabah , pastinya mengingatkan anda kepada produk kering hasil laut yang begitu popular, sesuai dengan kedudukannya di tepi laut.

Populariti Tawau sebagai  pengeluar hasil laut  kering dan basah nampaknya  tidak disesiakan oleh salah seorang anak jati bandar ini.

Meskipun beroperasi secara kecil- kecilan di rumahnya di Kampung Jawa, Am Fadzrina Sjamsulbari tidak melepaskan peluang untuk membina perniagaan kecil kecilan mengusahakan kacang ikan bilis yang beroperasi di belakang rumahnya.

“Saya mengusahakan projek membuat kacang ikan bilis ini pada 2017,  mula beroperasi di rumah yang mempunyai kelengkapan untuk memproses produk,” ujarnya kepada jurnal.my

Am Fadzrina memberitahu, ketika itu beliau hanya mengeluarkan modal sekitar RM1, 500 manakala saudara mara serta anak- saudara yang yatim piatu banyak membantunya dalam penyediaan produk.

Namun begitu, dalam usaha menambah ilmu dan kemahiran, beliau menghadiri pelbagai kursus, latihan dan bimbingan berkaitan projek yang diusahakan anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“LKIM banyak membantu dalam mengembangkan dan menjayakan projek saya. Sebagai contoh, agensi berkenaan sentiasa memberi peluang kepada saya untuk mengikuti program berkaitan keusahawanan, kursus dan acara jualan besar-besaran di seluruh negara, ‘’ ujarnya.

LKIM juga menghantar beliau mewakili usahawan Sabah untuk menghadiri Konvensyen Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) pada 2017.

“LKIM juga  membawa saya menyertai program terbesar seperti MAHA (Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia) 2018, ‘  ujarnya lagi sambil memberitahu antara program yang membawa beliau kepada tahap sekarang adalah geran pemadanan Produk Peningkatan Perubahan (CUP).

Geran tersebut membantu usahawan yang layak membeli peralatan kelengkapan mengusahakan produk seperti mesin , penyejuk,  meja jualan dan lain-lain.

Berkongsi lebih lanjut beliau berkata, antara cabaran utama sepanjang mengusahakan perusahaan tersebut  adalah berdepan masalah kehabisan bahan mentah seperti ikan bilis atau kacang terutama apabila pihak pembekal tidak dapat memastikan bila dapat menghantar bekalan tersebut untuk diproses.

Ketika ini, beliau bergantung kepada syarikat ejen dan Pasar Besar Tawau bagi mendapatkan bekalan bahan mentah

Namun bagi Am Fadzrina, adalah menjadi adat dalam perniagaan yang sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran.

Bagi dirinya, dorongan keluarga terutama ibu , adik beradik dan juga rakan rakan menjadi azimat untuk meneruskan projek ikan bilis kacang dan mereka sentiasa berkongsi pandangan agar beliau terus mengembangkan perniagaan tersebut.

Ketika ditanya soalan mengapa memilih ikan bilis untuk diusahakan dalam projek perniagaannya  Am Fadzrina berkata, ikan berkenaan mengandungi banyak khasiat dan mempunyi nilai tinggi di pasaran temapatan pada musim perayaan seperti hari raya dan Tahun Baharu Cina.

Selepas kira kira tiga tahun beroperasi, produk keluarannya yang membawa jenama Baraqah sudah mula meneroka pasaran Tawau dan seluruh negeri sabah menerusi pelantikan ejen ejen pengedar,  koperasi sekolah, stesen minyak , kedai runcit,  kiosk,  serta vendor vendor yang dilantik

Mengenai perancangan jangka  panjang beliau merancang menarik lebih ramai pengedar yang kini jumlahnya kira-kira 100 ejen

Beliau juga berhasrat memiliki sebuah kilang pemprosesan produk sendiri agar proses pengeluaran lebih produktif dan efektif.

“Saya ingin memberi lebih  banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat Sabah khasnya di Tawau dan menyasarkan untuk mengambil pekerja daripada golongan ibu tunggal dan orang kurang upaya supaya hidup mereka terbela, ‘ ujarnya.

Malah beliau bukan sahaja bercita cita memasarkan produk jenama Baraqah itu  ke serata Malaysia, tetapi juga ke pasaran antarabangsa seperti Indonesia dan Singapura jika diberi peluang.

Am Fadzrina juga menitipkan sedikit nasihat kepada mereka yang ingin menceburi perniagaan supaya sentiasa menguatkan semangat terutama apabila menghadapi masalah

Ini kerana katanya, mana-mana perniagaan akan sentiasa diuji pelbagai dugaan yang diluar jangkaan.

Beliau turut berpesan kepada mereka yang baru memulakan perniagaan supaya bermula dengan apa yang ada di tangan, dan mengelakkan daripada membuat pinjaman.

“Kita perlu sentiasa mencari rangkaian atau kawan kawan yang positif untuk kita terus maju dalam perniagaan serta rajin menyertai sebarang program dan aktiviti yang boleh menambahkan ilmu perniagaan supaya kita tidak ketinggalan, ‘’ujarnya.

Produk Baraqah kini semakin popular dalam kalangan mereka yng sering mengembara atau bercuti kerana kesesuainnya sebagai makanan proses dalam bentuk kering.

Mereka yang berminat boleh menghubungi 012 829 5325

Nama penuh: Am Fadzrina Sjamsulbari
Umur: 34 Tahun
Asal:  Tawau, Sabah
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Convent St Ursula Tawau
Falsafah perniagaan : Menjadi usahawan yang berjaya, bermanfaat dan berguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *