Politeknik Nilai Negeri Sembilan (PNS) mengorak langkah setapak lagi dalam usaha mempromosi pertanian bandar dengan membangunkan sistem Smart NFT Kit bagi memudahkan sesiapa sahaja yang berminat memanfaatkan sistem tersebut di rumah mereka.
Ini kerana dengan pembangunan kit berkenaan. ia amat memudahkan pengguna memasangnya , sekaii gus menggalakkan mereka menceburi pertanian bandar.
NFT atau Nutrients Film Technique, merupakan kaedah hidroponik aliran iaitu air yang sangat cetek, mengandungi semua nutrien terlarut yang diperlukan untuk pertumbuhan dan tanaman disalurkan semula melalui akar tanaman yang tidak terdedah dalam saluran air yang tahan air.
Laman NFT boleh dimanfaatkan untuk tanaman pelbagai jenis tanaman sayur yang menggunakan seperti bayam merah, kailan, sawi, terung, cili dan lain-lain.
Kejayaan PNS itu bukan sahaja memberi manfaat pelajar mereka tetapi kini ramai yang tahu mengenainya mula datang untuk mempelajarinya.
PNS sendiri mewujudkan Poly Agropreneur Hidroponik dan kini, projek tersebut sering menerima kunjungan daripada pihak luar yang mempunyai program di Politeknik Nilai, atau pelawat yang membuat permohonan untuk mengadakan lawatan.
Semasa lawatan, pelajar yang terlatih akan memberi penerangan mengenai projek yang dijalankan.
Ia juga dapat mendidik pelajar untuk berkomunikasi secara profesional, di samping memberi pendedahan kepada pelawat tentang projek yang sedang dijalankan di dalam politeknik berkenaan.
Menerusi projek tersebut PNS terlibat dalam jualan yang dilakukan oleh pelajar di beberapa pasar tani.
Sehingga kini terdapat beberapa pasar tani yang disertai antaranya Pasar Tani Shah Alam, Selangor dan Pasar Tani Paroi, Negeri Sembilan. Selain itu, jualan turut diadakan di perkarangan Magic Cyberjaya dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Bandar Enstek.
Aktiviti ini berjaya melatih pelajar berurusan dengan orang awam serta memberi pendedahan bagaimana menjadi seorang usahawan.
Program seperti ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari sistem tanaman moden dan pengenalan mengenai teknik hidroponik yang ada.
Kaedah ini turut diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat dalam semua program yang disertai oleh Politeknik Nilai antaranya Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN), Program anjuran PUSPANITA dan Seminar Kebangsaan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN).
Seiring dengan kemajuan teknologi pertanian terkini, usaha pelbagai pihak untuk meningkatkan sumber makanan negara perlu disokong. Menerusi inovasi terkini beberapa pensyarah di Politeknik Nilai telah berusaha membangunkan teknologi hidroponik, NFT bagi menjayakan hasrat kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
Menurut seorang penyelidik yang membangunkan Smart NFT-Kit Amir Afuan, kit tersebut kini mula dipasarkan memandangkan pertanian bandar sekarang adalah gaya hidup yang semakin mendapat perhatian.
“Kawasan perumahan dan bandar yang terhad dari sudut penggunaan tanah mendorong beliau dan beberapa pensyarah lain mencipta kaedah penanaman yang lebih efisen dari sudut penggunaan tanah selain mesra pengguna, ” ujarnya.
Seperti sedia maklum, Politeknik Nilai, bukan sahaja melahirkan graduan TVET, tetapi juga menyumbang kepada kemudahan dan keselesaan rakyat melalui pelbagai pendekatan.
Antaranya ialah dengan memperkenalkan NFT Smart Kit yang mempunyai cari-ciri istimewa dari segi ruang, pemasangan, mesra pengguna dan yang paling utama ialah berpatutan.
Kelebihan NFT Smart Kit ini, menjadikan ia semakin mendapat sambutan. Menerusi penyelidikan yang dijalankan, SmartNFT-Kit bukan sahaja hanya boleh ditanam sayur-sayuran malah boleh juga ditanam pokok cili untuk kegunaan sendiri.
Menurut seorang lagi penyelidik yang Kamal Hat, melalui NFT Smart Kit, pengguna boleh mengawal kuantiti pembajaan untuk apa juga jenis tanaman yang ingin ditanam.
Malah pengguna dapat menjimatkan penggunaan baja dan air kerana ianya digunakan semula melalui pam yang beroperasi.
“Politeknik mengharapkan kesedaran dan minat masyarakat untuk berkebun sendiri di rumah dapat ditingkatkan lagi pada masa-masa akan datang dengan produk inovasi yang dihasilkan ini, ” ujarnya.
Ia juga seiring dengan hasrat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk meningkatkan hasil makanan negara melalui tema ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’.
Dalam pada itu menurut pegawai pemasaran Mohd Saifuddin Ahmad, pada peringkat awal politeknik hanya memasarkannya sekitar Nilai, Seremban, Sepang dan kawasan terdekat dahulu.
Pada yang berminat bolehlah mendapatkannya dan menikmati hasil tanaman sendiri.
Pada peringkat awal ini, politeknik hanya memasarkannya sekitar Nilai, Seremban, Sepang dan kawasan terdekat dahulu.
Pada yang ingin mendapatkan NFT Smart Kit ini boleh berhubung dengannya di talian 013-4898247.
MB tertarik dengan rumah sayur
Sementara itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin ternayata tertarik dengan inisiatif pelajar dan dan pensyarah PNS semasa melawat Pameran Kerjaya yang diadakan di Palm Mall Seremban dan memberi satu set untuk dipasang di rumah rasminya.
“Saya tertarik semasamelawat pameran tersebut dan (berpendapat) perlu sokong supaya dapat bantu mereka yang tiada tanah dan mengurangkan kos sara hidup.
“Cuma saya mencabar Politeknik Nilai supaya berusaha menurunkan kos bagi membo;ehlam ramai masyarakat bandar memilikinya ” ujar beliau.
Beliaui juga berharap dapat berbincang dengan Jabatan Pertanian bagi mengembangkan projek tersebut di kawasan rumah yang tiada tanah di kawasan mereka.
Untuk itu beliau berharap dapat jika mereka berjaya, maka tidak mustahil pengguna akan dapat menjualnya pula kegunaan sendiri sudah mencukupi.
Beliau juga berhasrat supaya projek tersebut dapat dikembangkan melibatkan Baitulmal bagi membolehkan golongan asnaf mendapat manfaat daripada projek tersebut.
Kelebihan hasil tanaman yang menggunakan kaedah hidroponik NFT adalah:
* Pengeluaran hasil melalui sistem hidroponik adalah seragam dan dapat dikeluarkan sepanjang masa.
* Penggunaan air dan baja yang lebih cekap.
* Pengambilan nutrien lebih sempurna.
* Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.
* Pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan .
* Mudah pengendalian – tidak perlu berpanas, tergigit lipan, menyiram, merumput dan membajak.
* Guna sistem 3T (tanam, tunggu, tuai).
* Jimat masa – tahap kematangan tanaman yang lebih cepat daripada penanaman di atas tanah.
* Segar – melebihi tiga hari jika dicabut dengan akar dan jika tidak ada peti sejuk, boleh dalam baldi dan tidak layu.
Satu set Kit
i. Paip 4 inci
ii. Paip 3/4 inci
iii. pam
iv. Pot
Bagi harga satu set merangkumi pam, baja dan tiga jenis benih sayuran ,harga ditawarkan hanya RM290 sahaja.