Hargai hidupan liar

Tarikh 3 mac lalu merupakan Hari Hidupan liar Sedunia . Ia diisytiharkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang flora and fauna liar di dunia.

Sejak pengistiharan, Hari Hidupan Liar Sedunia sudah menjadi acara tahunan yang penting berkaitan hidupan liar. Tahun 2022 ini tema Pulihkan spesies utama untuk pemulihan ekosistem”.

Tema ini sangat unik dan memerlukan kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu spesies terutama tentang ekologi spesies flora dan fauna yang kritikal. Dengan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu spesies itu akan membantu dalam membuat keputusan untuk memulihara spesies berkenaan.

Pemuliharaan hidupan liar memenuhi permintaan matlamat pembangunan lestari (SDG 1,2,12,13,14,15).

Kepupusan hidupan liar, kehilangan habitat dan ekosistem yang terancam menjadi perkara penting dibincang oleh banyak agensi penting di dunia sejak beberapa tahun terakhir ini.

Manusia bergantung kepada sumber hidupan liar dan kepelbagaian biologi secara amnya untuk makanan, bahan api, perubatan, perumahan dan pakaian. Ramai masih bergantung kepada alam semula jadi sebagai pendapatan dan ekonomi penduduk tempatan.

Tahun 2022 Hari Hidupan liar sedunia memfokuskan kepada perkara penting untuk memulihara spesies yang kritikal menghadapi kepupusan. Pemulihan habitat dan ekosistem sangat penting bagi memastikan kelestarian mereka.

Merujuk kepada Harimau Malaya yang menjadi fokus kerajaan sejak persidangan harimau di St. Petresburg 2010, kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa inisistif dan tindakan sewajarnya. Antaranya ialah cadangan untuk menambah baik habitat Harimau Malaya seperti mengadakan CFS (Central Forest Spine), menyambung hutan-hutan, laluan melintas haiwan liar di lebuh raya yang merentasi hutan, kempen menanam 100 juta pokok, menambah baik undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan.

Namun begitu populasi Harimau Malaya terus berkurangan kepada kurang daripada 150 ekor dan meningkatkan konflik dengan manusia.

Dengan komitmen baharu kerajaan pada Januari lepas apabila 13 menteri Asia bersidang tentang harimau, diharapkan hasil yang lebih baik dapat di tunjukkan.

Tarikh-tarikh antara Januari 2022 hingga 29 Julai 2022 mungkin kita dapat menunjukkan sesuatu apabila kita menyambut hari hidupan liar sedunia, hari perhutanan sedunia, hari bumi, hari alam sekitar sedunia, hari kepelbagaian biologi antarabangsa dan akhirnya hari harimau antarabangsa.


Antara perkara penting bagi menjayakan pelindungan dan pemuliharaan harimau Malaya adalah dengan mengadakan aktiviti pendidikan dan penyelidikan. Senarai hidupan liar yang kritikal mesti di kenalpasti dan kajian mendalam perlu diadakan. Penyelidik dan institusi penyelidikan yang berwibawa perlu ditentukan bagi menerajui penyelidikan dalam tempoh singkat dengan peruntukan kewangan yang sesuai. Bagi haiwan liar mugkin Harimau Malaya, Tapir Malaya, Gajah Asia, rusa , seladang dan tenggiling misalnya menjadi keutamaan. Selari dengan itu program pendidikan perlu di adakan disemua peringkat dan kawasan terpilih.

Kerjasama semua pihak diperlukan untuk membincangkan kaedah terbaik untuk mempercepatkan program pemuliharan harimau berjaya.

Pendekatan bersepadu sangat diperlukan. Kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan mestilah sepakat dalam hal ini. Penyelidikan tentang ekologi, pembiakan, tingkah laku, genetik dan lain-lain mesti dilakukan segera.

Selain spesies, habitat juga perlu di uruskan sengan baik. Bagi Harimau Malaya misalnya, Kompleks Hutan Belum-Temenggor dan Taman Negara (Pahang, Kelantan dan Terengganu) antara kawasan penting yang boleh difokuskan untuk pemuliharan Harimau Malaya.

Dengan adanya harimau maka seluruh sistem ekologi hutan berkenaan akan stabil.

Sempena hari hidupan liar juga, mungkin habitat lain seperti Tapak ramsar diberikan perhatian.

Malaysia mempunyai tujuh tapak Ramsar dan mungkin ada kawasan lain juga yang sesuai untuk ditengahkan sebagai tapak Ramsar baharu seperti Taman Alam Kuala Selangor, Matang-Kuala Gula dan Teluk Air Tawar-Kuala Muda.

Semua tapak Ramsar ini perlu di uruskan dengan baik. Mungkin boleh dicadangkan Tapar Ramsar pertama Tasik Bera di Pahang menjadi contoh yang boleh dirujuk dunia sebagai tapak Ramsar yang diuruskan dengan baik secara saintifik.

Pengurusan tapak ramsar yang baik bukan sahaja menjadi habitat bagi hidupan liar tetapi juga membantu meningkatkan pendapatan penduduk tempatan dan sebagai tarikan pelancong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *