wARna suntikan teknologi mewarna kanak-kanak

Mewarna merupakan salah satu aktiviti penting dalam membentuk minda yang kreatif terhadap kanak-kanak.   Secara umumnya boleh dikataka semua tadika di seluruh dunia mengadakan aktiviti mewarna.   Namun tidak semua kanak-kanak berminat untuk menghasilkan dan menyelesaikan aktiviti mewarna dengan sempurna.   Olehyang demikian, dengan gabungan teknologi Augmentasi Realiti (AR), aktiviti mewarna dapat dilaksanakan dengan lebih menarik.  Menyedari keperluan memanfaatkan aktiviti mewarna melibatkan kanak-kanak dengan suntikan teknologi, sekumpulan penyelidik  daripada Media and Game Innovation Centre of Excellent (MAGICX), Fakulti Komputeran Universiti  Teknologi Malaysia (UTM) memulakan penyelidikan pada awal tahun 2014 mengenai buku mewarna interaktif yang menggabungkan antara buku konvensional dan teknologi augmented reality (AR) untuk diaplikasikan.   Teknologi AR membolehkan pandangan dari dunia nyata fizikal yang ditambah dengan imej yang dihasilkan dalam bentuk virtual 3D (maya).  Penyelidkan tersebut  berjaya disempurnakan dan siapkan pada 2015 oleh sekumpulan enam penyelidik dianggotai oleh Prof Madya Dr. Mohd Shahrizal Sunar, Mohd Azhar  M. Arsad, Mohd Khalid Mokhtar, Dr. Mohd Kufaisal Mohd Sidik, Mohd Naim Shah Abdul Rahim dan Dr. Zakiah Mohamad Ashari dengan penghasilan prototaip yang mereka namakan sebagai wARna ialah produk buku mewarna interaktif .  Mereka mepunyai kepakaran dalam aplikasi mudah alih AR dan gamification  wARna dihasilkan dengan mengambilkira keperluan untuk kanak-kanak agar menjadi lebih kreatif dan inovatif melalui aktiviti mewarna.   Berkongsi lebih lanjut ketua kumpulan penyelidik berkenaan Dr. Mohd Shahrizal berkata ,idea kajian tercetus apabila kanak-kanak belajar mewarna secara konvensional dan tidak interaktif iaitu pelajar fokus terhadap aktiviti mewarna sahaja.   Maka idea gabungan antara konvensional dan…