Veggie factory galak pertanian bandar

Peningkatan populasi penduduk Malaysia sebanyak 32,049,700 orang pada 2017 (1.3 peratus) seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Statistik Malaysia  (Julai, 2017) di tambah dengan kawasan pembangunan yang terhad menjadi cabaran utama bagi pembangunan sektor pertanian di negara ini.

Kawasan – kawasan pertanian yang sedia ada juga berhadapan dengan persaingan sektor pembangunan dengan nilai hartanah yang semakin meningkat berbanding nilai pengeluaran dalam negara (GDP) bagi sub sektor pertanian yang rendah 17.7 peratus (Jabatan Statistik Malaysia, 2015) selain faktor bencana alam yang sering terjadi.

Ini menjadikan kawasan-kawasan tapak pertanian yang berkualiti juga agak terhad terutamanya di negeri-negeri yang membangun seperti Selangor dan Johor dan menjadikan pembangunan kawasan pertanian hanya tertumpu di kawasan yang kurang agronomik untuk aktiviti pertanian secara konvesional di kawasan membangun selain daripada kawasan pertanian di luar bandar.

Justeru itu, Jabatan Pertanian telah memperkenalkan teknologi Veggie Factory atau kilang sayur yang diharapkan dapat memberi nafas baru kepada pembanguan sektor pertanian di Malaysia.

Kilang sayur yang berasal daripada perkataan Vegetable Factory merupakan kaedah tanaman secara menegak (vertical farming) di dalam kawasan terkawal yang boleh diaplikasikan di dalam kawasan bangunan industri mahu pun di dalam setiap unit kediaman.

Sistem tersebut di inspirasikan daripada teknologi Jepun sekitar tahun 2004 setelah berlakunya bencana alam di Fukushima, dengan beberapa pendekatan bagi memudahkan teknologi ini diaplikasi di Malaysia dengan kos yang lebih rendah dan mampu milik.

Selain itu, pendekatan teknologi ini juga diharap dapat membantu peningkatan hasil produktivi tanaman di dalam kawasan yang terhad khususnya tanaman sayuran dengan hasil yang berkualiti tinggi serta bebas daripada bahan racun makhluk perosak.

Penggunaan bahan racun makhluk perosak dapat seratus peratus dikurangkan sekiranya pengusaha sentiasa memastikan kebersihan dan sanitasi kawasan bangunan dapat dikekalkan.

Faktor pengcahayaan merupakan salah satu elemen yang memainkan peranan yang penting di dalam Veggie Factory, pencahayaan menggunakan lampu LED (Light Emitting Diode) berterusan selama enam 16 jam sehari mampu mempercepatkan tempoh tuaian hasil tanaman berbanding kaedah konvesional.

Sebagai contoh tempoh tuaian sayur sawi Jepun atau pak choi dapat disingkatkan daripada 35 hari kepada 20 hari.

Selain itu, kaedah tanaman juga boleh diperlbagaikan mengikut kesesuaian ekonomim individu dan projek sama ada menggunakan kaedah hydroponik, aeroponik atau nutrient film technique (NFT) yang bebas daripada penyakit bawaan tanah dan kotoran daripada tanah.

Ini secara tidak langsung dapat menarik golongan muda untuk berdaya maju di dalam sektor pertanian dengan menarik balik tanggapan pertanian itu kotor.

Selain memberikan pengeluaran dan pendapatan yang lebih stabil kepada pengusaha dengan mengurangkan risiko kepelbagaian perubahan semula

jadi kawasan persekitaran akibat bencana alam dan cuaca yang tidak menentu.

Pengusaha juga dapat memperitngkatkan nilai pendapatan dengan tanaman sayuran atau herba yang biasanya ditanam di kawasan temprate atau kawasan tanah tinggi yang mampunyai nilai pasaran yang lebih tinggi seperti daun salad, daun basil, dan lain-lain yang boleh dijual dengan harga premium.

Kawalan suhu boleh dibuat dengan menggunakan penghawa dingin bagi mengekalkan suhu persekitaran di antara 25°C dan  27°C selain kawalan kelembapan persekitaran sesuai dengan keperluan pokok.

Kawalan suhu dan kelembapan ini boleh diabaikan sekiranya aktiviti ini dijalankan di dalam unit kediaman bagi tujuan sara diri.

Tambahan penggunaaan gas karbon dioksida (CO2) dengan nilai 1000 bahagian perjuta (ppm) selain daripada saliran sistem pengudaraan yang baik juga disarankan bagi pengusaha yang menjalankan aktiviti pertanian Veggie Factory secara komersial.

Sebagai jabatan yang dekat kepada petani, Jabatan Pertanian Malaysia telah menjalankan beberapa kajian kesesuaian di beberapa Makmal R& D Veggie Factory di Bahagian Hortikultur, Kompleks Komuditi Serdang, Selangor dan Pejabat  Pertanian Daerah Gombar, Selangor bagi tujuan perkongsian maklumat selain memberi bimbingan kepada usahawan yang berminat.

SEJARAH Veggie Factory

Kajian mengenai pencahayaan tiruan bagi tanaman telah bermula sekitar 1861.

• Perkembangan teknologi pencahayaan LED pada tahun 2008 dengan kos yang ekonomik membantu perkembangan teknologi penanaman di dalam bangunan selain tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun sekitar tahun 2011.

Veggie Factory berasal daripada perkataan Vegetable Factory atau Plant Factory.

• Merupakan kaedah tanaman di dalam bangunan di dalam persekitaran yang terkawal.

• Antara elemen yang di kawal di dalam persekitaran veggie factory adalah:

  • Suhu persekitaran
  • Kandungan gas karbon dioksida
  • Pembajaan
  • Kelembapan ruang (humidity)
  • Pencahayaan (artificial light)

Kenapa Veggie Factory

Kurang risiko kepada perubahan biotik dan abiotik persekitaran (bencana alam, perosak tanaman, dll).

Pengeluaran yang lebih cepat dan konsisten. Menjamin kebercukupan bekalan bahan makanan.

Kualiti bahan makanan yang premium dan bebas daripada penggunaan racun makhluk perosak.

Mengoptimumkan penggunaan sumber (Contoh: Penggunaan air, tanah)

Mengurangkan sisa hasil pertanian

KOMPONEN VEGGIE FACTORY

  • Pencahayaan
  • Pembajaan & Pengairan
  • Dioksida (CO2)
  • Suhu
  • Kelembapan
  • Pengudaraan

OPERASI SISTEM

SISTEM KEPERLUAN
Suhu 25°C ~ 27°C
Kelembapan  50 ~ 70% RH
CO2 ~ 1,000ppm
Intensity 150 umol m-2 s-1
Kelajuan angin Up to 0.2m/s
Hidroponik Rak pelbagai peringkat
Deep Culture
Sumber cahaya Diod pemancar
cahaya (LED)

KOS AWALAN & PEMBANGUNAN VEGGIE FACTORY BERSAIZ 16 X 20 X 9 kaki

SISTEM KUANTITI Kadar (RM) JUMLAH (RM)
Pembangunankawasan veggie factory 320 kaki persegi pukal 15,000.00
Pendingin hawa / kipas (pilihan) 1 unit 1,000.00 1,000.00
Kelembapan 1 unit 500.00  500.00
Sistem CO2 3 set 1,000.00 3,000.00
Sumber cahaya LED 200 unit 30.00 6,000.00
Rak 5 tingkat (2×5 kaki) 8 set rak 500.00 4,000.00
Hidroponik set 120 set 50.00 6,000.00
JUMLAH     35,500.00

KOS ELEKTRIk

SUMBER KOS (RM)
Sumner cahaya LED (200pcs) RM334.08/bulan (200pcs x 16w x 8 jam/1000 = 25.6kwh x 30 hari)
Pendingin hawa (1 unit) RM51.92/bulan (1hpx0.796×8 jam x20 hari x 0.435kwh)
Kos RM386

UNJURAN PENDAPATAN

PERKARA BULANAN TAHUNAN CATATAN
Luas bilik (320 kaki persegi)  
Pengeluaran tanaman 960 point 11,520 point 150gram/point
Kadar Harga Jualan RM1.50/point RM1.50/point Min. organic price
Harga Jualan RM1,440.00 RM17,280.00  
Kos Jualan
Penyelesaian Nutrien RM50.00 RM600.00 A.B
Benih RM20.00 RM240.00 RM0.02/benih
Lain-lain RM10.00 RM120.00 Span, Co2
Keuntungan
kasar
RM1,360.00 RM16,320.00 Jualan – kos jualan
Kos tetap RM500.00 RM6,000.00 Elektrikal & penyelenggaraan lain
Untung bersih RM860.00 RM10,320.00 Kasar – Tetap
  • Untung bagi 1 point adalah RM0.89

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *