R & D pacu bidang STEM

Kesungguhan sekumpulan penyelidik muda menjalankan penyelidikan bagi membantu menyelesaikan beberapa masalah dalam  kehidupan manusia wajar dipuji.

Ini kerana, kejayaan tersebut bukan sahaja memberi sinar dalam usaha menghasilkan inovasi yang dapat dimanfaatkan manusia tetapi juga memberi gambaran bahawa Malaysia masih mempunyai bakat dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Kejayaan menjalankan R&D itu adalah bertitik tolak daipada pelbagai isu yang perlu  diselesaikan.

               Misalnya, bagaimana mengatasi masalah tangan berbau selepas makan? Justeru kumpulan tersebut yang dianggotai oleh Prof. Yatimah Alis selaku ketua penyelidik, dan dua orang penolong penyelidik iaitu Kumuthini Chandrasekaram dan Siti Mastura Mohamad Zakaria menghasilkan bahan pembersih atau pencuci tangan  (hand sanitizer) menggunakan bahan semula jadi iaitu aloe vera atau lidah buaya.

Mereka merupakan penyelidik daripada University Malaya Centre for Ionic Liquids (UMCiL), Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya.

Mereka menggunakan bahan-bahan mentah yang  mudah diperoleh dan tidak melibatkan kos tinggi.

Untuk tujuan itu, mereka juga menjalankan kajian  literasi  mendapatkan  idea dan metodologi terbaik bagi mengatur langkah kerja teratur menjalankan penyelidikan.

Menurut  Kumuthini,  idea  kajian  tercetus daripada keperluan dan minat pelajar.

‘’ Tujuan kami  menjalankan  program ini ialah untuk member pendedahan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) kepada pelajar sekolah supaya mereka minat kepada bidang sains.

“Kami ingin mengubah persepsi  pelajar sekolah bahawa STEM adalah sebahagian daripada kehidupan harian kita.

“Kami ingin mengalakkan pelajar sekolah agar lebih meminati STEM. Kami telah menjalankan beberapa projek penyelidikan kecil dengan pelajar sekolah khususnya, ‘’ ujarnya yang mewujudkan inisiatif  tersebut menerusi Program Jaringan Masyarakat

Penglibatan  pelajar dalam setiap projek yang dijalankan, akan mendedahkan mereka secara tidak langsung untuk memahami konsep projek penyelidikan tersebut.

Ia diharap mampu meningkatkan minat pelajar untuk memahami bidang  STEM. STEM bagi mereka bukan sekadar hafalan ilmu dari buku kerana ia berlaku dalam sebahagian kehidupan seharianmereka

Sekolah yang terlibat kata beliau aadlah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (SBPI, Gombak).

Dengan cara itu pelajar diberi pendedahan kepada teknik-teknik asas menjalankan satu projek penyelidikan.

Katanya sambal memberitahu kumpulannya katif dalam  program tersebut poada penghujung 2017.

Dalam pada itu beliau memberitahu, program tersebut dijalankan tanpa sebarang pembiayaan , dan mereka hanya menggunakan sumbangan wang persendirian secara  kecil-kecilan.

Justeru, bagi menjimatkan kos pihaknya cuba mengenengahkan konsep menggunakan produk natural yang boleh didapati di halaman rumah, contohnya aloe vera.

Apa yang pasti kos mekanisme ini adalah minimum.

Menurut Kumuthini  lagi , objektif utama pihaknya lebih kepada memupuk minat  para  pelajar akan konsep STEM  supaya mata pelajaran  sains dan teknologi  bukanlah subjek yang berat.  

“Menerusi STEM, kami dapat melihat  para pelajar menunjukkan minat  yang  mendalam dan pendedahan daripada program ini dapat menarik minat pelajar , ujarnya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, buat  masa sekarang, pihaknya banyak terlibat dengan SBPI, Gombak sahaja.

Pada masa akan datang, pihaknya berharap supaya program tersebut melibatkan sekolah-sekolah lain, terutamanya sekolah luar bandar.

“Ini adalah sebahangian usaha kami untuk berkhidmat kepada masyarakat dan pada masa yang sama memberI keyakinan kepada pelajar kita demi pembangunan STEM dan masa hadapan negara. ‘’ ujarnya lagi. –  LAUPA JUNUS

Pengiktirafan dan  anugerah

*Anugerah Utama – Science Castle Singapore 2017.

*Pingat Perak Karnival Sains dan Pameran Inovasi dan Kejuruteraan SBP) MIYIO 2018

*Anugerah Emas Berganda I-ENVEX 2018 (Pameran Inovasi, Reka Cipta , Kejuruteraan Antarabangsa UNIMAP).

*Pingat Perak  COMIIC IDEA 2018 (Pertandingan Idea Pengkomersialan Inovasi Antarabangsa).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *