MESTECC tawar 1,200 peralatan untuk manfaat industri

Bagi menggalakkan sektor industri untuk bekerjasama dengan sektor awam Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTEC) baru-baru ini mewujudkan inisiataf  Fasiliti Perkongsian Kemudahan dan Peralatan Saintifik Nasional  (NSFE) melibatkan penggunaan 1,200 peralatan saintifik.

Inisiatif tersebut membolehkan komuniti sains, teknologi dan inovasi (STI) melaksanakan aktiviti Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan (R&D&C) pada kos efektif menerusi sewaan atau perkhidmatan analisis berkaitan tanpa perlu membuat pembelian peralatan yang mahal.

Pada masa sama, pihak industri juga berpeluang memperoleh khidmat nasihat pakar dalam bidang sains dan teknologi menerusi kerjasama perkongsian kemudahan dan peralatan saintifik.

Timbalan Menteri MESTECC Isnaraissah Munirah Majilis semasa mengumumkan inisiatif tersebut dalam satu majlis di Institut Genom Malaysia (MGI) sebelum ini berkata, program tersebut diharap dapat meningkatkan sumbangan perbelanjaan sektor industri dalam R&D mencapai sehingga 70 peratus.

“Menerusi NSFE juga, negara mempunyai maklumat berpusat mengenai kemudahan dan peralatan saintifik sedia ada yang akan mengelakkan pertindihan pembelian peralatan baharu seterusnya menjimatkan perbelanjaan.

“Sehingga hari ini, data dalam fasiliti yang dibangunkan oleh Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), MESTECC ini, mengandungi 318 kemudahan dan 884 peralatan saintifik yang sedia dikongsikan bersama pengguna.

Peralatan ini dimiliki oleh 32 jabatan dan agensi kerajaan, institusi penyelidikan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan syarikat milik kerajaan (GLC),’’ ujarnya.

Beliau berkata , fasiliti NSFE dalam talian diwujudkan buat pertama kalinya bagi membuka peluang potensi penggunaan 1,200 peralatan saintifik kepada sektor industri dalam usaha merancakkan lagi kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Bilangan ini dijangka bertambah pada penghujung tahun 2019 kepada 1,200 peralatan saintifik daripada 100 jabatan atau agensi pemilik peralatan.

Perkongsian kemudahan dan peralatan saintifik bagi inisiatif ini adalah merujuk kepada skop dan definisi seperti yang berikut:

  1. Skop perkongsian kemudahan dan peralatan saintifik merangkumi sewaan peralatan, kerjasama R&D, penganalisisan sampel, tawaran khidmat nasihat teknikal dan perkongsian hasil data analisis;
  • Definisi kemudahan STI adalah merujuk kepada tempat atau ruang iaitu aktiviti penyelidikan dijalankan seperti makmal penyelidikan, pusat pemantauan dan tempat pengujian yang menempatkan peralatan saintifik; dan
  • Definisi peralatan saintifik pula merujuk kepada semua peralatan yang digunakan bagi tujuan penyelidikan, pemantauan, pengujian dan pembelajaran yang bernilai melebihi RM100,000 dan ke atas.

Bagi tujuan perkongsian dan tempahan, pengguna boleh mencapai maklumat kemudahan dan peralatan saintifik ini melalui:

  1. Direktori Kemudahan dan Peralatan yang boleh dicapai melalui URL nsfe.mestecc.gov.my. Pengguna boleh membuat carian senarai peralatan yang dikongsi menggunakan medan carian seperti nama kemudahan dan peralatan, organisasi, perincian peralatan saintifik dan lokasi kemudahan; dan
  • Aplikasi “MESTECC Scientific Equipment Directory (yang  akan dijenamakan sebagai National Scientific Facilities & Equipment) yang boleh dimuat turun melalui Google Playstoreuntuk urusan tempahan perkongsian penggunaan.
  • Pengguna boleh membuat tempahan secara atas talian dan tempahan tersebut akan terus diemelkan kepada pengurus kemudahan dan peralatan saintifik berkenaan.

Untuk memudahkan pengguna menentukan kemudahan dan peralatan yang bersesuaian , aplikasi ini menyediakan medan carian yang terbahagi kepada empat jenis analisis iaitu Analisis Biologi, Analisis Kimia, Analisis Fizik dan Analisis Matematik.

Setiap rekod yang dipaparkan mengandungi nama kemudahan, nama peralatan, fungsi, anggaran yuran, maklumat perhubungan dan skop perkongsian.

Amatlah diharapkan dengan pewujudan NSFE, pihak industri berpeluang melaksanakan R&D bagi menghasilkan produk-produk yang lebih inovatif, berkualiti, berdaya saing dan menempatkan produk mereka pada kelompok yang mendahului pesaingnya di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Bagi mengukur keberkesanan pelaksanaan NSFE, MESTECC telah menetapkan indeks petunjuk prestasi pada 85 peratus tahap penggunaan peralatan saintifik yang dikongsi. Penetapan tahap penggunaan ini dianggap paling optimum penggunaannya bagi memberi masa pemilik untuk melakukan aktiviti penyelenggaraan, penentukuran (calibration) alat dan pembaikan kerosakan.

Kewujudan fasiliti ini turut menggalakkan perkongsian kemudahan dan peralatan saintifik dalam kalangan komuniti penyelidik dan industri dalam pelbagai sektor. 

MESTECC akan terus memperkayakan fasiliti ini dengan menambahkan bilangan peralatan yang dikongsikan.

MESTECC mengalu-alukan pelbagai agensi , jabatan dan swasta yang memiliki kemudahan dan peralatan saintifik berharga RM100,000.00 ke atas untuk disenaraikan dalam fasiliti ini.

Maklumat boleh dimajukan kepada melalui e-mel i[email protected].

SENARAI ORGANISASI YANG MEMPUNYAI KEMUDAHAN DAN PERALATAN SAINTIFIK

Bil Organisasi Bilangan Kemudahan Bilangan Peralatan
1 Universiti Malaya(STI) 90 216
2 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)(STI) 64 155
3 Agensi Nuklear Malaysia (NUKLEAR Malaysia)(STI) 43 114
4 Institut Agro-Bioteknologi Malaysia(ABI)(STI) 18 38
5 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (STI) 15 30
6 Lembaga Koko Malaysia(STI) 14 48
7 Universiti Teknologi MARA (Kampus Shah Alam)(STI) 14 59
8 MIMOS Berhad(STI) 8 71
9 Universiti Malaysia Terengganut (STI) 7 7
10 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)(STI) 7 7
11 Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) (STI) 6 13
12 Malaysian Palm Oil Board 5 16
13 SIRIM Berhad (SIRIM) (STI) 5 5
14 Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)(STI) 5 13
15 Malaysian Genome Institute (STI) 4 20
16 Minerals Research Centre(STI) 3 6
17 Inno Biologics Sdn Bhd (STI) 3 14
18 Malaysian Institute of Pharmaceuticals and Nutraceuticals (IPharm) (STI) 3 21
19 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) 3 3
20 Planetarium Negara (STI) 2 2
21 Technology Park Malaysia(TPM)(STI) 2 9
22 Jabatan Laut Malaysia (STI) 1 1
23 Craun Research Sdn. Bhd.(STI) 1 2
24 Cancer Research Initiatives Foundation (STI) 1 1
25 Perbadanan Bioteknologi Melaka (STI) 1 2
26 Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia)(STI) 1 1
27 Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)(STI) 1 3
28 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)(STI) 1 1
29 Universiti Kuala Lumpur (UniKL)(STI) 1 1
30 Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)(STI) 1 2
31 Institute for Medical Research (IMR)(STI) 1 1
32 Universiti Malaysia Pahang (UMP)(STI) 1 2
  Jumlah 318 884


LAMPIRAN 2

SENARAI LIMA PERALATAN POPULAR YANG DIKONGSI

1. Fourier Transform Nuclear Magnetic Resonance

2. Gas Chromotography

3. High Performance Liquid Chromotography

4. Liquid Chromotography – mass spectrometry

5. Mamalian Cell Culture

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *