InfraStar pastikan projek pembinaan lebih lestari

Dalam usaha memastikan sektor pembinaan negara tidak menjejaskan kelestarian alam sekitar, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengambil inisiatif untuk membangunkan alat penarafan Penarafan Infrastruktur Mampan (InfraStar).

Berkongsi lebih lanjut mengenai inisiatif tersebut Ketua Eksekutif, CIDB Datuk  Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata, Sustainable InfraStar menggabungkan elemen pendekatan hijau untuk mengukur tahap kemampanan sesebuah projek infrastruktur, termasuk reka bentuk, bangunan dan pembinaan projek tersebut.

Ketua Pegawai CIDB,Datuk Ir Ahmad Asri Abdul Hamid

“ Menerusi Sustainable InfraStar, kita dapat menilai sejauh mana langkah kemampanan yang diguna pakai oleh projek infrastruktur di Malaysia terutama sekali di peringkat prareka dan prapembinaan.

“ Ia melibatkan sistem penilaian yang objektif dan “evidence-based”, ‘’ ujarnya.

Beliau berkata . sustainable InfraStar menilai setiap projek infrastruktur melalui elemen-elemen kemampanan yang penting seperti penggunaan tanah, impak hasil penggunaan peralatan, sumber dan pengurusan sisa buangan di tapak pembinaan, dari segi ekologi dan persekitaran.

Menurut beliau lagi , sistem penarafan tersebut merupakan hasil kerjasama penggiat-penggiat industri daripada pihak swasta dan kerajaan menerusi pelbagai jawatankuasa yang telah diwujudkan dan diselaraskan oleh CIDB.

Sustainable InfraStar telah pun diteliti dan ditanda aras dengan alat penarafan atausistem yang sama seperti yang diguna pakai di peringkat antarabangsa seperti CEEQUAL dari United Kingdom (UK) , Envision dari Amerika Syarikat, ISCA dari Australia dan Pearl Estidama dari UAE.

  • Antara objektif Sustainable InfraStar adalah:
    • Untuk mewujudkan kesedaran yang berterusan mengenai kepentingan kemampanan dalam seluruh peringkat di dalam projek-projek infrastruktur.
    • Untuk mengutamakan elemen-elemen kemampanan seperti alam sekitar, sosial dan ekonomi bermula dari peringkat awal projek pembinaan.
    • Untuk meningkatkan prestasi berkaitan dengan kelestarian alam sekitar dan sosial menerusi reka bentuk projek dan pembinaan.
    • Untuk mengenal pasti dan memberi pengiktirafan terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan dalam projek untuk mencapai tahap infrastruktur mampan yang tinggi.
    • Untuk memastikan pelaksanaan amalan terbaik kelestarian alam sekitar dan sosial adalah berdasarkan standard yang telah diamalkan di dalam dan luar negara.
    • Untuk menilai tahap kemampanan projek-projek infrastruktur.

Penilaian Sustainable InfraStar yang mencapai 40 peratus dan ke atas akan diiktiraf  dengan penarafan bintang (starrating).

Dalam pada itu beliau memberitahu pewujudan Sustainable InfraStar pastinya menjadi satu lagi pencapaian hebat kepada Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 dalam melestarikan alam sekitar.

Ini kerana katanya, CITP telah mengenal pasti bahawa terdapat kekurangan dalam pembinaan terutama sekali yang tidak terancang.

Beliau memberi contoh, pembangunan yang tidak terancang akan menyebabkan pelbagai bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya.

Oleh itu, CIDB telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengatasi keadaan tersebut.

Pada tahun 2016, Alat Penarafan Pengurangan Karbon dan Kemampanan Alam Sekitar Malaysia (MyCREST) telah diperkenalkan bagi membimbing, membantu, mengukur dan mengurangkan impak pembinaan kepada alam sekitar seperti pengurangan pelepasan karbon dan kesan alam sekitar, dengan mengambil kira pandangan kitaran hayat yang lebih holistik.

“Sebelum  ini, hanya tahap kemampanan alam sekitar untuk projek bangunan sahaja dinilai.

“ Akan tetapi, kini dengan adanya Sustainable InfraStar, ia akan menjadi pelengkap kepada usaha tersebut supaya  tahap kemampanan sesebuah projek infrastruktur juga dapat dinilai, ‘’ ujarnya lagi.

Jika dibuat perbandingan antara manfaatnya, kebanyakan sistem penilaian infrastruktur mampan sedia mempunyai fungsi-fungsi yang khusus.

Sebagai contoh, Malaysia Green Highway Index (MyGHI) diwujudkan khusus bagi menilai tahap kemampanan projek-projek lebuh raya di negara ini/

Kelebihan Sustainable InfraStar pula berbanding penilaian infrastruktur sedia ada adalah alat penarafan ini bersifat generik iaitu boleh diguna pakai untuk semua jenis projek infrastruktur.

Justeru ,pengenalan program tersebut adalah relevan bagi memastikan projek-projek infrastruktur di negara ini dibina secara terancang dengan mengambil kira elemen-elemen kemampanan secara menyeluruh seperti alam sekitar, sosial dan ekonomi sejak di peringkat awal projek pembinaan bagi mengelakkan berlakunya bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

Program perintis di lima  projek

Ketika ini Projek perintis Penarafan Infrastruktur Sustainable InfraStar telah dilaksanakan ke atas lima  projek infrstruktur di negara ini,  iaitu tiga daripadanya merupakan projek kerajaan manakala dua lagi projek merupakan projek dari sektor swasta.

Projek-projek tersebut adalah:

  1. Loji Rawatan Kumbahan di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang
  2. Loji Janakuasa di Sandakan, Sabah
  3. Pembinaan empangan Kahang di Kluang, Johor
  4. Lebuhraya Setiawangsa – Pantai (SPE) @ DUKE 3
  5. Lebuhraya Pantai Barat (Banting ke Taiping– Seksyen 4)

KEKANGAN  & CABARAN

  • Kurang atau tiada kesedaran mengenai pembinaan yang mampan
  • Kurang kemahiran dan kepandaian (know-how) dalam melaksanakan pembinaan yang mampan
  • Kesediaadaan produk dan perkhidmatanyang mesra alam di pasaran tempatan terutamanya dalam industri pembinaan
  • Kurang kapasiti industri tempatan dalam mengeluarkan produk dan perkhidmatan mesra alam
  • Kurang penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam penghasilan material dan perkhidmatan yang mesra alam
  • Persepsi negatif pengguna mengenai kualiti produk dan perkhidmatan yang mesra alam dari segi kualiti dan kos
  • Profit oriented mindset iaitupemaju-pemaju mengambil mudah hal-hal seperti pembinaan mampan dan keselamatan di tapak bina

Menyedari kekangan dan cabaran dalam pelaksanaan ini, CIDB telah mengambil inisiatif dengan penubuhan Sustainable Construction Excellence Centre atau lebih dikenali sebagai MAMPAN sebagai sebuah pusat kecemerlangan dan pusat rujukan bagi semua perkara berkaitan pembinaan mampan.

MAMPAN dipertanggungjawabkan untuk menyediakan sebuah ekosistem yang lengkap bagi memastikan pelaksanaan pembinaan mampan ini dapat direalisasikan. Bagi mengatasi kekangan dan cabaran tesebut, MAMPAN menyediakan perkhidmatan:

  1. Khidmat nasihat serta kerjasamakepada penggiat industri
  2. menyediakan infrastruktur yang lengkap dari sudut pembangunan tenaga kerja dan pakar
  3. Memperkenalkan teknologi-teknologi baru serta inovasi menerusi R&D
  4. Menjalankan program pensijilan MyCREST dan Sustainable InfraStar
  5. Menggiatkan program kesedaran dan promosi bukan sahaja di kalangan penggiat industri malah di peringkat pengguna dan masyarakat bagi mewujudkan kesedaran dan kemahuan atau permintaan terhadap projek-projek mampan.

Dalam pada itu CIDB telah merangka strategi bagi memastikan sasaran di bawah teras strategik Kemampanan Alam Sekitar,

CITP untuk mencapai 50 peratus projek infrastruktur yang bernilai lebih RM100 juta dan ke atas mendapat persijilan ‘Sustainable InfraStar atau alat-alat penarafan infrastruktur lain yang diiktiraf bermula Disember tahun depan (2020).

Oleh itu, CIDB ingin menyarankan semua penggiat industri dan agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan, negeri atau wilayah untuk menyokong usaha ini dengan mendapatkan penilaian ke atas projek-projek infrastruktur mereka dengan menggunakan Penarafan Infrastruktur Sustainable InfraStar.

Buat masa ini, perbelanjaan untuk menjalankan penilaian ini disubsidisepenuhnya oleh CIDB. Oleh yang demikian, ini merupakan masa yang sangat sesuai untuk mereka mendaftar projek-projek bagi mendapatkan penilaian.

Lebih banyak penilaian yang dijalankan, lebih banyak yang kita dapat pelajari dan ketahui mengenai infrastruktur mampan di dalam industri tempatan.

Maka dengan itu, pihak CIDB dapat memberi bimbingan yang lebih berkesan kepada pemilik-pemilik projek dan tenaga kerja mereka mengenai element-elemen penting dalam infrastruktur mampan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *